Hari ini, kita akan diperkenalkan dengan ulam-ulalman, yang kini ada diantaranya sukar lagi untuk kita mendapatkannya. Antara ulam-ulaman ini juga adalah salah satu daripada kegemaran has. Has memang kaki ulam, tak sahlah kalau makan nasi tak berulam, paling tidak pun, berulamkan...timun dengan sambal belacan.
**********************
'Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya"
So, apa motifnya has letakkan..Menara Rebung TM ni?..Ha...ha..kan menara ini diambil sempena corak pokok Rebung?..Selalu jugak kita dengar pepatah. Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Maksudnya, kalau nak mengajar atau memberi pengajaran sesuatu biarlah dari muda, kalau dah tua dah tak berguna...susah hendak dibentuk lagi...Sama juga seperti buluh, masa dari rebung senang untuk dibentukkan?, tapi bila sudah menjadi buluh......sukar sekali hendak membentuk...Rebung adalah dari species buluh jugak..buluh hutan.Ianya tumbuh tepi-tepian sungai.....Tapi pernah ke tengok pokok rebung bagaimana rupa? Selalu kita tengok yang sudah diproses atau yang sudah dimasakkan?..Masak Lemak Rebung dengan Perut, Masak Lemak Rebung dan Ayam,Gulai Rebung dengan Daging...Kerabu Rebung...Hmm macam-macam lagi...
Menara Rebung Telekom
Inilah rupanya Rebung
Pokok-Pokok Buluh Rebung Masak Lemak Rebung
Jeruk RebungLemak Cili Api Rebung dan Ikan############### Tentu pernah makan Sambal Petai dengan Ikan Bilis, Sambal Petai Udang. Haa tapi mcm mana rupa pokok petai?...Inilah rupa pokok petai..pokoknya tinggi. Petai pun ada banyak jenis petai... Hmm memang sodap sekali kalau dibuat Sambal. Selain dijadikan ulam samada mentah atau rebus, petai jugak kalau dibuat jeruk tu rasa dan baunya kurang sikitlah...Makan memang sedapp..tapi baunya yang taktahan tuuu..
Petai Segar dan Petai Bakar Jeruk Petai
Sambal Bilis Petai Sambal Udang Petai ##################
Haaa...rasanya ramai yang belum pernah or menikmati buah ini..Buah apakah ini?.Ianya dipanggil Buah Kerdas ataupun sebelah utara memanggilnya Buah Genuak. Rasa buah ni sedap dan lemak. Memang sedap makan, tapi baunya tak tahannn..kuat sangat...bau..kuat baunya dari bau buah Jering dan buah Petai.....Pucuk bewarna hijau muda dan ada juga yang berwarna purle2 sikit dan ianya juga sedap dibuat ulam and normally buah ni makan sebagai ulam sahaja.....Hmm lama jugak ni.tak makan..
Ini bentuk buahnya yang belum dikupas kulitInilah buah or isi di dalamnya setelah dikupas kulitnya
Ini buah jering yang berlum berisi...kiranya masih baru-baru berbuahlarr...
Ini buahnya yang dah agak nak tua dan nak bercambah, see, kulitnya yang dah terbuka sendiri. Kalau ianya masih muda, buahnya akan terjojol dr dalam kulit dan untuk mengeluarkannya memang agak sukar perlu menggunakan pisau...dan isinya bewarna hijau-kuning muda-muda gitu. Buah jering ni, sedap kalau di buat ulam cicah dengan sambal belacan. Ada jering yang dah agak tua, diketuk dan direbus kemudian dimasak sambal dengan ikan kering...Hmm rasa pun boleh sedang jugak....
Ada juga dikalangan orang di sebelah Pantai Timur, menjadikan buah jering ni sebagai sumber rezeki. Iaitu menjual Jering Rebus. So far, has pun belum merasai bagaimana rasa jering rebus yang dimakan bersama kelapa....
################
Sebelah utara, ada yang panggil terung pipit ada juga yang panggil terung belanda. Dua-dua adalah sama sahaja, nama yang berbeza. Normally orang buat Sambal dengan Ikan Bilis atau dengan Udang. Fuhhh sedap tu......Tapi kalau direbus atau dibakar pun sedap untuk dijadikan ulam. Inilah antara ulam yang paling digemari. Biasanya pokok ni akan tumbuh sendiri, kadang-kadang buahnya dimakan burung dan burung menjadi agen penyebar utama pokok terung ni. So, disebabkan memang my favorite, kat kg MIL before ni diorang memang takpernah makan, sekali has masak kan sambal dengan udang, hmm tak cukup, so kat kg pun dah banyak, tak tanam tumbuh sendiri....so last week MIL balik kg, semalam dia dah balik bawakan...satu beg plastic terung ni...Hmm bolehlah masak sambal lepas nih....
Terung Pipit
Sambal Terung Pipit dengan Udang
##################
Dalam banyak ulam-ulaman, pokok Ubi Kayulah banyak sekali khasiat dan kelebihan-kelebihanya, dari pucuk hinggalah ke akar umbinya. Pernah tak anda menikmati, pucuk ubi kayu masak lemak atau ulaman, talam ubi kayu, ubi kayu rebus, bingka ubi kayu?...Tentu pernah kan?..Pucuk ubi kayu kalau kita nak buat ulam, hanya perlu rebus dan masukkan sedikit garam dan minyak, kemudian pucuk tadi bolehlah dimakan atau dicicah dengan air asam sebagai ulam. Seperti yang kita ketahui, zaman dulu-dulu, zaman perang dunia pertama dan kedua, atok-atok pastikan bercerita, makanan orang zaman dulu kala, inilah...Pokok ubi kayu ni.....Alhamdulillah, sekarang pun kita masih dapat menikmati kelebihan dari pokok ubi kayu ini.
Pokok Ubi Kayu
Bingka Ubi Kayu
Ubi Kayu Goreng...hmms sedap..inilah..funfries chip Malaysia...he..he.
Talam Ubi Kayu
Lemak Pucuk Ubi Kayu
################
Ini namanya Pucuk Putat, normally buat ulam sajala. Rasanya..kelat-kelat lemak sikit...Haa..makan dengan ikan rebus cicah air asam pun sedap jugak...
##################
Jus Mengkudu..tentu ramai yang tahukan apa khasiat Jus Mengkudu?..Sekarang dah banyak kat Pasaran. Jus mengkudu dihasilkan daripada buahnya, haaa..kat bawah ni lar, buah mengkudu. Tapi pernahkah anda menikmati 'Pucuk Mengkudu'?...Haaa.pucuk mengkudu ni, direbus dan letak sedikit garam nanti warna hijau tu akan bertukar jadi hitam. Kalau dimasak, gulai lemak campur ikan bilis fuhh..sedap sangat. Tapi sebelum tu, pucuk tadi dipotong halus kemudian direbus dah agak empuk, toskan. Ambil daun-daun yang direbus tadi masukan dalam gulai lemak yang dah siap ditumis bersama-sama ikan bilis tadi...hmm lama jugak tak makan nih...
Inilah rupa pokok mengkudu
################
Bunga apa ini?..Haa..haa.selama ini, mungkin ada yang hanya makan buah Betik, tapi bunga betik pun tak tahu bagaimana rupakan?...So, adakah boleh dibuat sebagai ulaman jugak?...Yea, bunga betik ni....kita rebus sekali tangkal2nya dan masukkan sedikit garam, rebus agak-agak empuk..tos lar...then buat sambal belacan atau dicicah dengan air asam pun sedap jugak. Rasanya, lemak-lemak pahit sikit...Tp kalau tak cuba tak tahu kan?
########### Apakah ini?.Inilah rupa 'Jantung Pisang'. Ini pun boleh dibuat ulam. Sedap jugak. Cuma perlu rebus dan kemudian makan dengan sambal belacanla...waaaa sedap tu.lama jugak tak makan nih...Tapi ada juga yang buat jantung pisang ni sebagai pencuk...Pencuk tu apa?..Lebih kurang macam kerabu lar, tapi ianya tak dimasak...mentah2lar.....Jantung pisang ni, buat kerabu dengan Kerang pun sedap jugakkk..
##################
Makan Peria tak?....Peria yang besar tu.digoreng berlada campur udang pun sodappp...then Peria yang kecik2 tu ada panggil Peria Katak....sedap direbus dan dibuat ulam, tapi kalau tak rebus pun sedap jugakk..makan mentah-mentah ....Biasanya orang-orang dalam berpantang, itulah ulam-ulamannyee..he.he...
Pernah Menikmati Ulam Raja?....Haaa. saper penggemar Ulam Raja tentu suka kan?..Tapi bagaimana rupanya.........?