Showing posts with label MENU. Show all posts
Showing posts with label MENU. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Pasukan Malaysia dan Tiada Kena Mengena Dengan Pulut Kuningku....

Assalamualakum w.b.t.




Terlebih dahulu sekalung ucapan TAHNIAH buat pasukan Malaysia di atas kejayaan mereka bergelar Juara setelah mengidamkannya selama 14 tahun untuk mendapatkan gelaran tersebut bagi pertandingan bolasepak Piala Suzuki AFF 2010.  Malaysia menang secara agregat (4-2) mengalahkan Pasukan Indonesia. Semua sudah maklum, jadi tak usahlah bercerita panjang. 

  Mohd. Safee Mohd. Sali  penyumbang terbesar 'goal' kepada pasukan seterusnya di nobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010.

Walaupun pelbagai suka duka dan cabaran dan rintangan akhirnya anak-anak buah jurulatih K.Rajagopal telah memberikan hasil pulangan yang lumayan untuk diri sendiri dan tempias tersebut turut dirasai seluruh rakyat Malaysia di mana PM(Dato' Seri Najib Tun Razak) telah mengumumkan CUTI UMUM untuk esok ( 31 Disember 2010) untuk seluruh rakyat Malaysia.

Mama, malam pertandingan tersebut tidak mengikuti sepenuhnya, kerana sebok di dapur masak Sambal Ikan Bilis dan Nasi Lemak. Bukan tak nak tengok, tapi biasalah darah gemuruh ni tak boleh nak kawal dah, silap hari bulan ada yang sakit jantung. Hanya, ayah sahaja kelihatan bersorak dan menjerit...'goal..goal sekali sekala.

Sebenarnya, bukan disebabkan kemenangan Pasukan Bolasepak Malaysia yang mama masak Pulut Kuning pagi ini, tapi memang malam tadi dah berhajat disebabkan atas permintaan kawan sepejabat untuk temankan bersama Ikan Terubuk Asin pemberian boss mama yang dibelinya dari Sarawak. So, sekali sekala makan macam ni memang menyelerakan. Kebetulan, pagi ni, Pak Long dan keluarganya bermalam lagi di rumah kita, kerana pagi ni Shahira(anak Pak Long) akan mengambil ujian untuk memasuki darjah 1 di sekolah rendah Sepang. Jadi sebelum mereka bergerak, sempatlah mama hidangkan mereka tadi, nasi lemak yang hanya berlaukkan sambal ikan bilis, ikan bilis goreng, timun, telur dadar sementara  pulut kuning berlaukan ikan terubuk asin.  Disebabkan mama memang masak banyak, jadi semua hidangan tu juga telah dibekalan kepada anak-anak mama(kecuali pulut kuning) selain sup ayam dan kacang buncis goreng telur.  Kemudian set nasi lemak dan pulut kuning tadi mama bawa ke pejabat.

Tadi, ramai kawan-kawan mama dah menikmati hidangan tersebut. Alhamdulillah, rezeki buat semua.

Coretan:

Thursday, December 16, 2010

Hantu Masak Kurma..

Assalamualaikum w.b.t.


Semalam, banyak perkara yang perlu diselesaikan, biaslah kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Semalam  keluarga kita, hanya menikmati hidangan nasi goreng dengan ayam goreng (Ramlee) untuk hidangan makan malam tersebut. Selepas selesai makan dan membasuh, mama basuh dan jemur baju anak-anak mama seterusnya, menggosok kemeja ayah untuk dipakai pada hari ini dan esok(Jumaat). Selesai menggosok, solat dan tidur......tup..tup pagi ni pun dah terjaga hampir 5.30 pagi. Apalagi bangun terjunlah, tergopoh gapah. Dengan masih lagi mengesat2 mata, pergi tanak nasi dulu.

Selepas solat, seperti biasa sambung lagi memasak, menu kita hari ni cuma, Kurma Ayam mix Kentang, Sambal Ikan Bilis dan Sayur Baby Kailan mix fishcake. As usual, selespas menyiapkan bekalan, ayah pergi hantar anak-anak mama kerumah ibu, sementara mama bersiap di rumah.

On the way ke pejabat, lihat lori yang mama buat laporan semalam dan kelmarin masih lagi tersadai. So, action, report and sebagainya telah diambil, tapi masih lagi tiada apa-apa perubahan. Tengok jerklah, what will happen next.

Coretan:

Tuesday, December 14, 2010

Macam-Macam Hal

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni seperti biasa, mama masak yang simple- simple saja. Menu kita hari ni, Ikan Tenggiri Masak Kicap Mix Carrot and Potato (resepi baru bukan seperti biasa mama masak), resepi dari Kak Hanieliza,  Sambal Ikan Pari Kering dan Sup Sayur Kundur campur Udang, lain-lain cuma buah-buahan sedikit yang mama sempat beli di Ekomart semalam. Selesai semuanya, ayah seperti biasa hantar anak-anak mama ke rumah 'Ibu', mama kemudian bersiap untuk ke pejabat sementara menanti ayah balik dari rumah ibu. .

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapalah mama ni suka sangat masak, tak penat ker, awal-awal subuh hari dah bangun, blender cili, masak itu masak ini. Sudahlah tidur lewat malam, awalnya dihabiskan dengan kerja-kerja rumah yang lain. Padahal mama juga bekerja dan bukannya surirumah. Tak penatke ataupun nak kaya cepat?.

Hi3....Mama sendiri nak tergelak dengan persoalan-persoalan ini. Sebenarnya tujuan mama masak sendiri dan membawa bekalan ke pejabat serta bekalkan untuk anak-anak mama juga  bukanlah sebab nak kaya cepat mahupun tak penat.  Siapa kata tak penat, penat memang memenatkan, mana ada orang sanggup bangun seawal jam 5 atau 4.30 pagi semata-mata untuk memasak, lainlah bagi mereka yang kerja tukang masak, kantin sekolah dan masak untuk menjual yang lain-lain.

Tapi mama rasanya ianya suatu ibadah, mama lebih suka anak-anak atau ayah makan hasil dari air tangan mama, orang cakap apa, air tangan ibu lebih berkat lagipun kebersihannya lebih terjamin daripada kita makan kat luar. Dengan keadaan ekonomi sekarang, semua barang-barang makan mahal, rasanya  lebih jimat kalau mama masak sendiri cuma perlu modal dan kudrat saja. Nak kaya, mana lah ada orang yang nak kaya cepat sampai sanggup ikan perut. Mama tak perlu kan kekayaan dunia, tapi yang penting kaya kasih sayang pada anak-anak mama dan kasih sayang dari ayah yakni suami mama tercinta.

Ada yang tanya kenapa tak pakai saja 'Maid' ataupun orang gaji. Cakap memang tak semudah yang disangka. Dengan keadaan situasi dan sejarah--sejarah kawan-kawan mama sendiri, mama sendiri takut untuk menggajikan seorang 'maid'.  Namun, InsyaAllah dalam perancangan, itupun setelah mama mengenalinya agak sudah lama, dan dia pun selalu datang ke rumah jiran (Nenek), mama dan ayah dalam perancangan untuk jadikan dia 'maid' di rumah, paling awal pun tahun depan. Namun, mama tetap usulkan pada ayah, kerja-kerja menjaga anak-anak ( sementara mama ayah pergi kerja) serta kerja-kerja rumah lain mungkin akan dilakukannya. Namun kerja atau hal-hal memasak, mama tetap dan akan selamanya menggalas tanggungjawab tersebut.

*****************************
Dalam perjalanan hari ini, sebenarnya bukanlah hari ini sajalah malahan sejak minggu lepas lagi, ada sebuah lori tayar 6 tersadai di tepi jalan utama berhadapan dengan sekolah Menengah Tengku Zarina Pelabuhan Klang. Sudahlah tiada kon atau apa-apa tanda yang menunjukkan ianya rosak dan tersadai di situ yang mana boleh mengundang bahaya kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain, terutamanya yang berisiko tinggi seperti penunggang motosikal.  Mama dengan ayah semalam semasa melalui jalan tersebut pun hampir-hampir tersondol lori tersebut.

Jadi tiba saja di pejabat tadi, tanpa ragu-ragu lagi. Sebelum ada nyawa yang melayang, mama terus menghubungi Balai Polis yang berhampiran dan membuat laporan berkenaan dengan lori yang tersadai tersebut. Pegawai tersebut Lans Kopral......cuma memberitahu dia akan menghantar pegawai untuk membuat pemeriksaan.  So, harap-harap balik kerja nanti sudah ada tindakan kepada lori tersebut.

Coretan:



Monday, December 13, 2010

Resepi Baru - Kurma Rasa Sup

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu ni, 11hb Disember 2010, hari Keputeraan Sultan Selangor. Jadi ayah pun tidak bekerja, mama semestinya memang tidak bekerja setiap sabtu. Cuti dua hari ni kita semua tidak kemana-mana pun berehat-rehat di rumah saja, sementara mama menyiapkan kerja-kerja rumah yang tidak pernah akan habis ini.


Hari Ahad, 12 Disember 2010 sesuatu peristiwa yang mama tak akan lupa sampai bila-bila dan ianya akan jadi pengajaran buat mama untuk selama-lamanya. Disebabkan hari tersebut kita masing-masing breakfast sudah lewat hampir jam 10.30, itupun ayah yang masakkan 'char kow tew' kegilaannya, jadi mama fikir, biarlah mama masak lambat sikit untuk lunch hari tersebut.  Jam 1.30 t.hari lebih gitu, baru mama teringat, yang kawan pejabat ada menjemput untuk majlis kenduri anak-anaknya di Teluk Gadong Indah. So, mama pun cadang ajaklah ayah pergi, sekali ayah malas pergi, dah tu pakat pulak bertekak Teluk pasal Gedung Indah dan Teluk Gadong. Sebab setahu mama Teluk Gadong dekat jer sekangkang kera jerk dengan rumah kita. 

Mama tak puas hati, then, minta kawan mama sms kan alamat rumah kenduri tersebut, sekali bila check GPRS rupanya Teluk Gadong Indah dan Teluk Gedung tu tempat yang berbeza walaupun nama hampir sama. Tapi try lagi pujuk ayah. Namun ayah tetap berdegil tak mahu pergi. Tak apalah, so mama ingat mogoklah hari tu tak mau masak. Hadirah pula dah tidur, Hakim dan Hanani mungkin masih kekenyangan sebab baru lepas menyusu dan leka bermain. Lepas solat zuhur mama terperap jerk dalam bilik.

2 hours later...................hu3 rupanya perut sudah berkerongcong. Hadirah pun bangun, nak tak nak mama masakkan jugalah nasi. Dah tanak nasi semua, buat sup Kundur campur Udang, dengan situasi yang agak kelam kabut, mana Hadirah dah pandai meminta-minta, masa tu mama baru nak potong bawang, nak masak Kurma Telur, sebab itu saja yang terlintas di fikiran nak masak selain mudah dan cepat. Sekali.............


Sudah siap menumis dan rempah naik bau,dan masukkan kentang serta bawang besar mama pun nak rasalah cukup garam ker tidak kurma mama ni, sekali rasa, apsal laaa kurma mama ni rasa pijar, tak macam selalu masak. Kemudian teringat, tadi mama ambil rempah yang mana satu ye. Bila belek kembali bungkusan serbuk tu, sekali baru perasan rupanya serbuk rempah tu, bukan serbuk 'Kurma Adabi'  yang mama selalu masak tapi mama sudah Terambil serbuk Rempah Sup. Haaa.....kan dah terkena, itulah sapa suruh merajuk lagi. Nak tak nak, mama bersihkan semula kentang dan bawang-bawang tadi then, tumislah semula. At last mama tengok jam 4.15 petang barulah kita semua ambil lunch hari tu. Mama tengok ayah pun dah pulun, rupanya di apun dah lapar tapi cuma tak tunjuk jerk.. Hi3.... 

Ingat ya, pengajaran ni, walau merajuk mana sekalipun, kalau perut dah kelaparan memang hilang pertimbangan, masak pun dah jadi haru biru....Jadi lain kali sikit-sikit tu jangan asyik nak merajuk saja.....rajuk...rajuk inilah padahnya........:-)


Coretan:



Friday, December 10, 2010

Apa Masak Hari Ini.

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam, Pak Long dan keluarganya sekali bermalam di rumah kita. Balik kerja semalam, mama pun tak sempat nak masak apa sangat, sekadar goreng mee saja. Lepas Maghrib, kita kemudiannya kelam kabut gerak ke surau seperti biasa ada pengajian setiap Isnin dan  Khamis.  Balik dari surau dah hampir jam 10 lebih. Akibat kepenatan mama tidur awal malam tu, tapi nama jerk tidur telinga masih dengar2 orang bercakap, tidur2 ayam gitu. Biasalah mata mama ni selagi jam tak menunjukkan angka 12 memanglah susah nak tidur.

Esoknya ( hari ni), rasa badan berat semacam. At last bangun jam 5.30 sudah. Memang kelam kabutlah sikit. Lepas tanak, nasi dan sempatlah masak menu hari ni Ikan Bawal Masak Tauchu dan Sup Sawi serta Sambal Ikan Bilis semalam yang masih elok mama panaskan.

Lepas mandi dan solat sekitar jam 6.30, baru mula menggosok pakaian untuk ke pejabat hari ini. Selalunya gosok disebelah malam. Tapi semalam agak kepenatan sehingga mama terlupa yang baju belum 'ion'. Hu3.  Pak Long anak beranak pun kelam kabut juga, kejutkan sorang-sorang bangun. Sebab diorang kena gerak awal ke pejabat PakLong di Sepang, sementara Mak Long ada urusan dengan sekolah barunya di Puchong dan permohonan kuaters di Putrajaya. Sebab diorang pun nak keluar awal-awal, mama dah tak sempat nak buatkan 'breakfast' lagi.

Lunch tadi balik rumah kejap. Disebabkan semua lauk pauk dah ada, memang mama dengan ayah makan kat rumah saja hari ini. Sementara tunggu ayah balik dari Solat Jumaat mama terlelap sekejap. Lepas Solat Zuhur baru mama dan ayah gerak semula ke pejabat.

Alhamdulillah, sempat juga mama sampai ke pejabat hari ini.


Coretan:


Thursday, December 9, 2010

Menu Hari Ini

Assalamualaikum w.b.t

Dengan izinnya pagi ni, mama bangun seperti biasa seawal jam 5.00 pagi. Seperti biasa menyiapkan menu untuk kita semua. Satu bekalan untuk anak-anak mama, satu set lagi untuk ayah dan mama.

Sebelum tu, on dulu washing machine, so sebelum pergi kerja nanti bolehlah jemur tual-tuala yang mama dah rendam semalaman. Kemudian baru membersihkan ikan-ikan yang mama dah keluarkan dari  'frige' semalam. Setelah menggoreng ikan dan 'blend' cili untuk dibuat sambal, seperti biasa, lepas azan subuh berkumandang, mama akan berhenti dulu untuk mengadap Illahi.  Setelah mandi dan solat semua, barulah sambung masak semula. Menu hari ini, Ikan Tenggiri Masak Lemak Minang, Sup Sayur Campur dan Sambal Ikan Bilis.

Kemudian, ayah bangun, dia sambung gorengkan 'Char Kow Tew'. Bukannya apa, kebetulan, PakLong (Abg Ayah) satu keluarga ada kat rumah. Diorang tumpang tidur semalam. Sebab hari ni, Pak Long nak meronda cari rumah lagi sekitar Sepang atau Puchong.

Lebih kurang 7.45 ayah pergi hantar anak-anak mama ke rumah 'Ibu', kemudian mama dan ayah pun gerak ke pejabat. Hari ni kena naik kereta sebab hujan renyai-renyai, kalau naik motor alamatnya basah jugaklah nanti.

Coretan:


Glitter Text @ Glitterfy.com

Wednesday, November 24, 2010

Cerita Menu dan Blood Test

Pagi ni seawal 5.15 pagi mama dah bangun, bimbang apa yang dihajatkan nak masak takut tak sempat dek kerana jam berputar terlalu pantas kini.  Pagi ni hajat memang nak masak kurma daging, malam tadi dah rebus jadi takderlah ambil masa lama sangat nak masak. Selesai masak kurma, tumiskan sup telur campur sooun. Selain, sayur buncis + carrot+fishcake+telur dan sambal ikan bilis. Semuanya mama masak dengan kuantiti yang agak banyak jugalah untuk dibahagikan kepada 6 perut yang perlu diisi.

 Sementara menunggu sambal masak dengan api yang kecil mama berhenti dulu untuk mengadap Illahi seketika. Azan subuh berkumandang tepat jam 5.45 pagi di kawasan rumah kita ni. Setelah selesai segala-galanya barulah sambung masak semula dan isikan bekalan ke dalam bekas masing-masing. Satu set untuk anak-anak mama, satu set untuk bekalan mama dan ayah dan lebihnya mama tinggalkan untuk Acu Akie di rumah. Satu bekas kecil mama bekalkan kurma untuk kawan mama di pejabat memandangkan daging korban tersebut yang mama dan kawan mama sama-sama dapat dari korban Kelab Jabatan mama ini.

Lebih kurang 7.45 ayah pergi hantar anak-anak mama ke rumah ibu, sementara mama bersiap untuk ke pejabat. Tapi mama hampir terlupa rupanya hari ini ada blood test . Sampai di klinik lebih kurang jam 8.10 pagi, seperti biasa keadaan sesak, tapi sebab untuk blood test  cuma perlu ambil nombor  ke bilik blood test saja. Sampai situ, mama dapat no giliran 47, padahal waktu tu baru 9 orang berlalu...Aduhai ni mungkin lambat la lagi. Lebih kurang 10 minit kemudian, ada sorang makcik tu letakkan kembali no gilirannya sebab tersalah ambil. Kebetulan mama berada berhampiran dengan no giliran tersebut jadi mama tukarkan saja. Alhamdulillah no tersebut adalah 14, jadi tak lama selepas itu giliran mama pun tiba.  Masa ambil darah, pembantu jururawat tersebut dengan tak sengaja telah tumpahkan darah dalam picagari sebelum memasukkan ke dalam botol tapi mujur baki yang ada tu masih cukup untuk diisi di dalam botol-botol kecil untuk di hantar ke makmal. Selepas  mama hantar ke makmal lebih kurang jam 8.25 pagi mama pun gerak ke pejabat dengan ayah yang setia menanti di luar.


 Coretan:


Semalam Yang Sebok

Semalam, balik dari pejabat singgah kejap kat 'buah hati' korek-korek lagi baki-baki yang ada tu disebabkan semua barang dapur dah hampir kekeringan.

Sebelum sampai rumah, hubby hantarkan pasaraya SSW dekat rumah tu nak beli bahan-bahan dapur kemudian dia balik dulu ke rumah. Lebih kurang jam 6.30 ptg baru aku selesai membeli segala keperluan dapur biasalah kebanyakkannya bahan basah dan keringlah. Langsung pergi ambil budak-budak. Sampai rumah rehat-rehat kejap dah masuk waktu Maghrib.

Lepas solat dan mengadap anak-anak kejap sementara Isyak. Lepas Isyak, ingatkan adik Ikie taknak makan lagi, ayah je dah taknak makan sebab masih kekenyangan petang tadi tu mama belikan goreng pisang. Anak-anak mama pun ingatkan dah tak nak makan jugak sebab dah makan  'Apple Doughnut' yang Acu Ikie belikan. Tup..tup semua cakap nak makan. Apalagi..mama singsing lengan sampai ke siku la. Last-last masakkan mee hailam saja. Lagipun senang dan simple. Sepeket masak hampir tinggal semangkuk saja yang tinggal, yang lain semua dah masuk ke perut.

Sedang yang lain-lain merehat2kan badan sementara ayah ngajarkan Hakim dan Hanani mama masih meneruskan kerja-kerja di dapur.  Angkat jemuran dan sidai baju-baju lain yang siap di basuh kemudian, siap-siapkan bahan untuk masak pagi esok (hari ini) dan rebus daging yang berbaki lagi tu. Cadangnya  nak ion baju sorang dua pasang, sekali rancangan terbantut, sebab Hadirah dah melalak-lalak minta ditidurkan, so mama gagahkan jua siapkan sorang sepasang, mama sepasang, ayah sepasang baru keluarkan Hadirah dari buaian dan tidurkan. Jam dah menunjukkan angka 11.30 malam sudah....pejam celik pejam celik entah jam berapa mama tertidur...

 Coretan:


Friday, November 19, 2010

Salam AidilAdha 1431H

Maybe it's too late. AildiAdha tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lepas, selalunya kami sekeluarga akan pulang ke rumah di Sungai Petani ataupun Segamat. Tapi tahun ni kemana-mana pun tidak pulang, kami sekeluarga hanya beraya di Klang sahaja memandangkan cuti yang amat terhad.

Hari Jumaat tu, mama half day sahaja, memandangkan mama dan ayah  sama-sama puasa sunat (Arafah). Sementara tu, tiada apa-apa persiapan pun di rumah. Masa balik lunch hour tu, sempat la belikan ayam pencen kemudian mama rendang ayam, then nak masak lodeh bahan pulak tak cukup, so jadilah sayur lemak jerk untuk si nani dan dirra. 

Keesokkannya pagi-pagi seperti biasa mama dah bangun awal-awal. Lepas solat dan kemudian panaskan lauk-lauk serta nasi, kejutkan anak-anak mama bangun mandi awal-awal. Mujur ada air panas kalau tak ada yang meraung, hi3. Selepas selesai semua dan jamah apa yang ada, dalam jam 7.30 pagi terus gerak ke surau untuk tunaikan solat sunat AidilAdha. Biasalah ke surau Jemaah kita yang selalu pergi tu.

Selepas solat semua, balik dulu ke rumah untuk tukar pakaian, sebab lepas tu masing-masing nak mengadap lembu dan kambing2 yang dijadikan korban hari tersebut. Ayahlah yang lebihnya kerja melapah daging lembu dan kambing. Masa dah nak keluar rumah semula, jiran sebelah auntie Jue atau anak-anak mama panggil 'nenek' jemput datang ke rumah dia.  Alhamdulillah, rezeki lagi buat kita, mana tidaknya nenek masak macam-macam, nasi impit, kuah kacang, nasi tomato, dalca, ayam kurma, ayam masak merah dan rendang daging. Jadi sekali lagi kita jamu selera. 

Kemudian, dah dekat jam 10.00 baru sampai ke surau semula. Proses penyembelihan pun sudah bermula, dan dah ramai pakat-pakat melapah. Mama tak sampai hati tengok keadaan lembu-lembu yang tengah disembelih tu, lepas paking kereta, cepat-cepat mama lalu dari situ menuju ke khemah dengan kaum-kaum ibu yang lain-lain. Kaum ibu ini termasuk mama ditugaskan untuk memasak jamuan untuk semua pekerja yang bertungkus lumus menyiapkan daging korban hari itu. Tapi mama tolong makan jerk, lagipun memang masak sedikit sahaja mama tolong-tolong hidangkan saja. Menu hari tu, daging kambing masak gulai, sayur kobis dan telur dadar. Itupun dah habis licin.

Leibh kurang jam 2.30 petang, kerja-kerja memotong dan bahagian-bahagikan semuanya hampir selesai. Selepas mendapat bekal-bekal daging korban hari tu, semuanya dengan riang nak balik saja. Mana tidaknya, dengan Hadirah yang dah tak berbaju, baju dah basah kena air. Mama tinggalkan dia di dalam surau dengan jemaah lain, sementara mama dan ayah masukkan daging ke dalam kereta. Hakim dah tertanya-tanya mana baby..mana baby, dia yang berlari dulu dapatkan baby dia, kemudian mama hanya menyusul. Sayang jugakan Hakim dengan baby. Mama bukan nak tinggalkan, cuma tangan dah tak cukup nak dukung Hadirah.

Alhamdulillah, rezeki daging korban yang banyak keluarga kita terima, mama bagikan sedikit pada nenek dan ibu ( pengasuh anak-anak mama).

Kemudian, esokknya, mama seperti biasa kembali bertugas, kerana tidak cuti lama memandangkan cuti hanya tinggal  tiga hingga 4 hari saja lagi.



coreten:

Glitter Text @ Glitterfy.com

Thursday, November 11, 2010

Menu Hari Ni...




Syukur Alhamdulillah, dengan rezekiMu hari ini Ya Allah. Hari ini mama masak Kari Ikan Kering campur terung dan kentang, ikan bawal masak kicap campur kentang juga, kerabu tomato serta ikan gelama kering pemberian kak Rahmah, kawan sepejabat digoreng sekali. Separuh bekalkan untuk anak-anak mama, separuh lagi mama bawa dan menjadi kebiasaanlah during lunch hour memang akan makan dengan ayah.

Biasanya, mama akan bangun seawal 4.30 atau pun jam 5.00 pagi, tapi entah kenapa hari ini terjaga dah jam 6.00 pagi. Kelam kabut bangun masak nasi dulu, kemudian mandi dan tunaikan solat Subuh. Lepas solat barulah mula masak menu2 tersebut. Mujurlah hari ini memang pergi lambat sikit ke pejabat, dek kerana perlu ke tadika Fareez Hakim dulu.

Selepas berjumpa dengan guru tadika dan buat pendaftaran untuk Hakim dan juga Hanani untuk sesi tahun depan. Pada mulanya mama nak sekolahkan Hanani bila umur 5 tahun nanti, memandangkan keputusan abang Hakim tidak memuaskan sebab itu mama terus daftarkan Hanani sekali. Mungkin bila boleh sama-sama belajar, masa tu bolehlah 'challenge' sesama sendiri. Challenge in a good way in study nop in fighting etc.





Glitter Text @ Glitterfy.com

Tuesday, November 2, 2010

Nasi Ayam Madu and Spaghetti Malay Style

Weekend Story.

A lot of things to do.  I started off on Friday because there was no nanny. So I as a mother have a responsibility to my children because the husband was no longer leave. During these days are too busy with the house cleaning, biasalahkan orang pompuan.

The next day, Saturday the husband does not work that week. Initially planning to cook chicken rice and spaghetti, but since a friend had to cancel to come home so we all went to Jaya Jusco to buy a shirt and trousers for my husband coz he just got his salary. Shopping again, but not too much, because we've to spend our money to do 'Akikah' for Hadirah  on Raya Haji coming soon.

Then, the nextday on Sunday. As usual, I woke up early in the morning,  then my husband buy some breakfast  for us and three chickens, it's looks like there is a big feast on the day. My children also woke up early on that day, after got shower on them and breakfast I start cooking. Dah selesai potong ayam dah bersihkan, dah nak rebus ayam untuk jadikan  stok nasi ayam, tup..tup gas  pula kehabisan. My enhubby terus ke kedai beli gas baru, spare gas pon dah habis. Dah dia balik masa nak pasang ke kepala salur, tak mahu juga, at last pergi tukar ambil gas shell barulah boleh. Huhh berpeluh aku, mana tidaknya jam 11 baru start masak.

Tengah sebok menggoreng ayam madu yang dah diperap pagi tadii dan merebus spaghetti my FIL datang dengan MIL(tiri) untuk ambil Hanani. Sebab dia nak ke Segamat petang tu jugak.  Dalam masa tu lar, nak kemas baju Nani, lepas siap berkemas, suapkan nasi pula kedua beradik tu, masa tu jam dah 2.00 ptg. Hakim dah makan sendiri dengan atok ayahnya. Disebabkan Nani makan tak berapa sangat, coz atok dah nak gerak dah, aku pun bekalkannya nasi ayam madu tersebut. Unfortunately, sejam dua lepas tu baru aku teringat yang ayam madu tu aku terlupa nak letak. Lain-lain dah letak mcm sambal kicap, salad,timun and tomato serta kuah sup. Lepas tu call mak lar cakap terlupa nak masukkan kerana keadaan kelam kabut masa tu.

Menu hari tu, Nasi Ayam Madu...yang tak berapa madu aku cakap hi3, Spaghetti Malays Style, Watermelon and Manggo Juice. Around at 3pm, my hasben's fren datang with his family, aku dah terbongkang atas tilam selepas solat dikejutkan hakim beritahu kawan ayah dah datang. Lepas tukar pakaian layan mereka anak beranak. Actually, dah biasa dengan keluarga kawan hasben ni, diorang pun tinggal area2 situ juga, datang ke rumah pun jalan kaki jerk.

Mulanya, niat nak masak awal tu, sebab ada kawan sorang tu cakap tak pernah datang rumah aku, actually, bukan rumah aku lagi, rumah my father in law, kitaorang masih menumpang disebabkan tiada siapa yang tinggal kat situ lagi kecuali adik yang berlayar tu jerk. Itupun mcm chipssmore....Lepas kawan hasben datang tu, aku sempat terlelap sebentar dalam 4.30 ke 5.00 pm. Tunggu kawan tu tak datang...datang juga, msg, call or apa pun tak last2 late night baru baca msg dia kat FB dia tak leh datang....itu ini..itu ni...mula tu frustrated gaksla. Bukan apa, dia ngada-ngada cakap....'siapalah aku kerani cabuk jerk org nak jemput',. Dia ingat selama ini kawan-kawan aku semua2 CEO,CCO, Akauntan, Engineer ker. Aku tak pernah amik kisahlah, aku pun sapalah sangat. Hidup pun belum tentu lamaaaaa.

Tapi, Alhamdulillah, maybe not her rezeki, malam tu kawan--kawan rapat hasben datang dua family..Haaa ambik engkau. Semua juadah selesai, habis, booleuw, licin, sampai seketul ayam pun tak tertinggal, spaghetti ker kuah ker haper semua licin, senang sikit nak cuci. Lepas basuh pinggan mangkuk, periuk kuali gantung semua, mop lantai jam dah hampir 11.30 malam. 

Tapi Alhamdulillah sekurang-kurangnya aku suka dan gembira tengok diorang makan, tak sia-sia pulun masak. Sebenarnya, bukan nak masak banyak sangat, cukup untuk family aku dan kawan yg nak datang tapi tak jadi tu, tapi hasben pula request nak ajak kawan-kawan dia juga. So mana tidaknya masak macam ada feast dah semua pakat puji  sedap..sedap...sedap. Aduhai kembangla vontot yg tak berapa kembang ni. Hi3. Tapi aku bukanlah jenis yang hidup dan mati dengan pujian, sekadar untuk memuaskan hati semua pihak walaupun kadangkala hati ini terusik. Hu3

InsyaAllah, kalau ada kuasa dan kudrat ku, semua teman-teman sesiapa sahaja terbuka untuk datang kerumah walaupun bukan di bulan raya. Tetamu yang datang itu adalah rezeki, walaupun tidak nampak dengan mata kasar. Begitu juga bila kita pergi melawat orang sakit atau kematian. Ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.



Wednesday, September 2, 2009

Kuih Sagu pada 11Ramadhan 1430H

Semalam dah dapat MC sempat lagi aku gi shoppin ke Tesco..beli brg2 dapur, act nk beli kasut si hani n hakim jerk..dah tu alang2 beli sekali laa brg2 dapur tu....Iyelah

kadang2 kalau tk der or kekurangan brg2 dapur, so otak pun kering idea tak tau nak mask apa bulan2 pose nih....So, disebabkan masa yang banyak..balik semalam...aku masakkan Kuih Sagu..act.kuih ni mmg my favorite, sebelum ni tahu makannnn jerk...wat tk pernah sekali pun..disebabkan tk ke PARAM, so aku pun wat laa sendiri...so google jerk..recepi senang sangat...





Bahan2 as below:
2 cawan sagu, 3 cwn air, 1 cwn gula dan sedikit pewarna.
1. Panaskan air dan masukkan gula dan kacau. 2. Masukkan pewarna dan kacau. 3. Tutup api dan masukkan sagu yang dibasuh dan ditoskan tadi..kacau sehingga pekat kemudian kukuskan. (Kukus untuk bagi nampak mcm shining sket or nampak mcm guli jerk so takder la nampak putih2 kt dalama tuh...).



So, menu lain berbuka semalam...Isnin, 1 Sept. 2009- 11 Ramd 1430H
Ayam goreng kicap, Sambal sotong basah, sayur goreng..dah tu jiran bagi pulak...tauhu sumbat, agar2 santan, dan asam pedas keladi..hmm so menu penuhlaa kt meja gak..even org pose mkn berdua jerk...Betul la kan, bulan pose ni..bulan rezeki pun jua..tgklah kalau kita saling tukar2 menu hidangan ngan jiran kalau sebelah rumahpun cukuplah....dah tu...meja kita pun akan penuh ngan menu pelbagai...

Monday, September 15, 2008

Biscuit Made By Me

Samperit 3 balang yang berjaya buat..hu.hu


Biskut Idaman Hati Hanie



Hari sabtu dan ahad (12,13-14/9/2008) aku pulun habis buat samperit, then esoknya tu buat Biscuit Idaman Hati(campuran biskut merry dan conflakes). Then 3rd day after sahur buat biscuit Kelapa. Memanglah penat sangat, apatahlagi, sabtu dan ahad tu tak terjaga bangun sahur. Tidur mati kepenatan buat kuih... So, weekend adalah hari untuk aku memasak, setelah seminggu MIL ada di rumah so dia ajerklah yang masak. So sabtu aku sempat masak...sambal sotong, Stim ikan Siakap Chinese Style and sayur campak lobak dan bebola ikan...Yang makan aku, SIL(siter inlaw) and my son. Malam aku pulun pulak dengan SIL buat biscuit jadi keesokkannya pun sama tak terjaga...penat sangat buat kuih. So on sunday we started it after Sahur..finished by 2 o'clock. Dah siap aku terus tertidur ngan hakim sampai 5.30 petang. Dah bangun tu solat Asar dululah..then nak pergilah masak..tup-tup gas pulak tak der..alamak rasa nak meraung..semua orang tak der kt umah..adik pompuan aku tu bukan leh harap sangat..Nak tak nak..gi pula kedai...mujurlah kedai selalu beli gas tu tak tutup lagi...dah sampai terus masak apa yang segera, mujurlah sempat masak Kurma Terur dan Sotong dgn Kacang Panjang. Hakim pulun makan nasi sungguh..jarang aku tengok dia pulun makan mcm tu..sedap agaknya kena penangan lauk Kurma Telur mama.

So, dalam temoh 3 days tu aku sempatlah buat..Samperit, Biskuit Idaman Hati and Biscuit Kelapa. So next week tak rancang lagi nak buat kuih apa pulak....


Stim Chinese Style


(Sawi bebola ikan, Sambal Sardin, Stim Chinese Style and Sambal Sotong Kering)