Showing posts with label KEMALANGAN. Show all posts
Showing posts with label KEMALANGAN. Show all posts

Friday, November 11, 2011

Digilis Didepan Mata

Assalamualaikum w.b.t,

Rasanya fenomena budak kecil digilis di China belum reda lagi....dan hati masih lagi berdebar2 mengingatkan tragedi di China tersebut. Tup..tup kejadian hampir serupa berlaku di depan mata.

Pada Rabu lepas 8.11.2011, kami team volleyball ada training bersebelah dengan kuaters Jabatan ni, sekali masa tengah training tu ada kereta wira ni mengundur dengan agak laju, sekali terlanggar seorang budak lelaki (lebihkurang 5-6 tahun) yang berlari menuju ke rumah dia  dan terus digilis dibahagian tayar belakang kereta tersebut, kami semua dah menjerit2 dan berlari ke arah kereta terbabit minta dia memberhentikan kereta. Ya Allah, dengan mata sendiri melihat kejadian tersebut dan sampai sekarang masih lagi dibayangi, bayangkanlah kalau anak-anak kita yang jadi macam tu....Masa kami menjerit suruh kereta tu berhenti dia masih lagi bergerak, sampailah budak tadi betul2 berada di tengah2 kereta dan hampir digilis tayar hadapan pula, mujurlah dia sempat berhenti. Mama, terus berlari ke arah budak tu, ramai dah turun dari kuaters, tengok bapa dia dah usung ke sana kesini, jadi mama jerit dah arahkan bawa terus budak ke hospital, sebab tadi dah nampak sendiri bagaimana budak   tu digilis.

Sebenarnya, mama tak berapa kenal sgt, kebanyakkan kuaters tu didiami staff yang bekerja di Wilayah Tengah, dan bukan di ibu pejabat. Dari apa yang mama dengan memang budak tu masih lagi di tahan di HTAR dan sebelah kaki disemen. Ya Allah lindungilah dia dari sebarang musibah yang lebih teruk.( kecacatan). Nanti kalau mama dapati info terkini tentang budak tu mama akan updated di sini.



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Thursday, May 5, 2011

Part 2- Cuti Sempena Labour Day

Assalamualaikum w.b.t.,
 
Sabtu, tak kemana-mana lagipun Tok Mak sebok merewang di rumah kenduri. Hari Ahad baru 1st Mei baru kenduri. Sebelah malamnya ada majlis berinai, pengantin berdandan ala2 Jawo gitu. Keesokknya, pengantin persalinan serba pink/purle. Ayah, sebok jugaklah membantu keluarga sebelah perempuan, mama jerk bersantai dengan anak-anak sementara menunggu ketibaan pengantin. Laluan pihak pengantin telah disekat oleh hulubalang-hulubalang bertombakkan sudip kayu panjang....yakni abang-abang pengantin perempuan( anak perempuan sorang dari 6 adik- beradik). Gambar semuanya dalam camera Pak Cik Faris, kena tunggu dia upload dulu.

Lebih kurang jam 3.00 petang, kita semua gerak balik ke rumah Tok Mak, sebab Pak Jang (abang Tok Ayah) nak tumpang solat. Ramai jugalah saudara mara Tok Ayah turun dari Pontian dan seluruh pelusuk Johor lah, so tempat rest house diorang rumah Tok Maklah. Nak tak nak kena balik dulu, lagipun mama dah tak larat, anak-anak mama pun dah masing-masing meragam nak balik, panas dan sebagainya

Esoknya, kita tak balik lagi, sebab mama dengan ayah still cuti sampai Selasa (3rd Mei). Petang tu, Pak Long balik dulu dengan anak beranak, sementara kita semua keluar pergi ke rumah Tok Long( abang Tok Mak) berdekatan situ jerk. Sekitar jam 6.30 macam tu, dapat call dari Pak Long yang diorang accident anak beranak, lagipun memang hujan. Tapi menurut Pak Long, diorang semua tak ada apa-apa cuma kereta jek tak boleh jalan terus. Mujur ada kereta tunda Pluss lalu dan tarik ke simpang Alor Gajah, sampai kat situ, kawan Pak Long ambil diorang sementara Tow Trak lain datang bawa keretanya ke bengkel.

Tok Mak plak, dah tak tentu hala, kalau boleh malam tu jugak dia nak gerak ke Melaka, mama pun dah Tok Mak cakap nak ke Melaka, kemas lah kain baju siap-siap, alang-alang esok gerak terus jerk ke Klang, tak payah nak berpatah balik semula. Tup..tup atas nasihat Tok Ayah, sebabkan hujan dah tu hari dah malam. Lagipun Pak Long dan keluarga dah selamat sampai ke Melaka, jadi tak jadilah balik malam tu. Hmm sabarjerklah, mana taknya dah siap-siap berkemas, sekali tak jadi plak. Esok sekitar jam 9.30 pagi, baru gerak ke Melaka. Mak Long bibir pecah jugaklah, belaga dashboard, baby mujur dia pegang kuat, padahal dah pakai seat belt katanya, Syahira terjatuh ke bawah, lebam sikit kat pipi, Humaira pulak terlanggar ke pintu lebam jugak kat mata, cuma si Sara jerk, lagilah dia tak sedar langsung, sebab yang jatuh atas dia Syahira kecik jerk itu yang tak terasa, sebab dia tidur kat bawah, dia cuma perasan bila masa kereta dah on tow. hi3...

Tapi kalau tengokkan keadaan kereta memang teruk Waja tu, kemik rapat kat depan. Hantar ke bengkel mahu sebulan dua barulah nak siap, so buat sementara ni, Pak Long pakai kereta Tok Ayah, sementara Tok Ayah pakai kereta Pak Uda yang ditinggalkan sementara dia tengah berlayar sekarang ni. Rasanya di dah kali ke dua kereta tu dilanda kemalangan, mula-mula dulu Mak  Long yang drive, dia terbabas ke divider jalan, habis bumper depan.  Walau bagaimana pun syukur Alhamdulillah, semuanya tiada apa-apa.



Coretan:





Tuesday, June 8, 2010

Al-Fatihah Buat Enam Sekeluarga.

ALFATIHAH............Hari demi hari, siang malam berganti, dalam pelbagai keadaan manusia dijemputNya. Baru sahaja musim cuti sekolah menjengah, kita akan kedengaran di sana sini, ada yang mati lepas dan yang paling ketara adalah kemalangan jalan raya. Begitulah pengakhiran hidup seorang manusia pagi ketawa riang, petang kaku tiada sahutan. Semalam sebenarnya kejadian ini berlaku di mana enam sekeluarga  iaitu seorang ibu adik serta anak-anaknya maut apabila kereta Iswara yang mereka naiki bertembung dengan lori treler yang sarat dengan muatan papan. Salam takziah buat keluarga mangsa.Untuk makluman lanjut baca di bawah ini:

PEKAN: Enam sekeluarga terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di KM78 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan pada 8.45 malam tadi.

Mereka dikenali Norfaizah Mansor, 31, dan empat anaknya Norsyahira Atika Saudi, 13; Norsufia Saudi, 10; Norsuhaila Saudi, 7; dan Mohd Shahrul Amir Saudi, 3, serta adik Norfaizah, Mohd Saiful Anwar Mansor, 14. Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintendan Amran Sidek, berkata ketika kejadian, kesemua mangsa yang menaiki kereta Proton Iswara yang dipandu Norfaizah, dalam perjalanan pulang ke Pekan dari rumah ibu bapanya di Keratong 2, Pekan. "Sampai di tempat kejadian yang berhampiran dengan Kampung Runchang, kenderaan yang dinaiki mangsa dari arah Segamat cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya namun gagal dan bertembung dengan sebuah treler," katanya di sini, hari ini.

Amran berkata, kereta yang dipandu Norfaizah itu terperosok ke bahagian bawah treler berkenaan.

Beliau berkata, kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan dada manakala pemandu treler yang berusia 44 tahun serta isterinya berusia 43 tahun cedera ringan di kaki.

Ayah Norfaizah, Mansor Hamid, 55, berkata kebiasaannya, cucu beliau yang paling kecil, Mohd Shahrul Amir, jarang ikut ibunya balik ke Pekan.
"Tetapi hari ini semua nak ikut balik," katanya yang mengetahui kemalangan itu pada 11 malam sebelum terus bergegas ke tempat kejadian.

   
keadaan kereta yang hancur selepas bertembung dengan lori membawa muatan kayu



Beliau berkata, anaknya sekeluarga berangkat pulang ke Pekan sekitar 7 malam tadi kerana Norfaizah, yang juga adalah Ketua Pusat Amanah Iktiar Malaysia (AIM) kawasan Tanah Putih, terpaksa pulang ke rumahnya bagi membuat persiapan menghadiri satu mesyuarat AIM hari ini.

Ibu Norfaizah, Arfah Sulung, 54, pula berkata, anaknya itu pulang kerana mahu menemui suaminya yang jarang ditemui kerana bekerja di Bukit Ibam, Muadzam Shah.

"Menantu saya juga berhasrat untuk membawa arwah sekeluarga pergi bercuti di Melaka sempena cuti sekolah ini," katanya. - 
Sumber: Bernama





Empat daripada enam jenazah yang selesai dikafankan disembahyangkan di perkarangan bilik mayat Hospital Pekan. Semoga semua ibu, adik dan anak-anakknya ditempatkan bersama golongan yang beriman.


Meluru sambil meraung

PEKAN: “Berapa mak? Hah! Semua?” kata Saudi Sulaiman, 40, penuh kesedihan sejurus dimaklumkan ibu mentuanya isteri bersama semua empat anaknya serta seorang adik iparnya terbunuh dalam kemalangan ngeri dengan sebuah lori di Kilometer 78, Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini, malam kelmarin.
PILU...Saudi (dua dari kanan) tidak dapat menahan sebak selepas 
menatap wajah arwah isterinya  sebelum dikebumikan, semalam.
PILU...Saudi (dua dari kanan) tidak dapat menahan sebak selepas menatap wajah arwah isterinya sebelum dikebumikan, semalam.
Situasi menyayat hati itu disaksikan sebaik saja Saudi tiba di Rumah Mayat Hospital Pekan (HP) dan meluru menemui ibu mentuanya, Arfah Sulung, 54.

Isteri Saudi yang terkorban dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu ialah Nor Faizah Mansur, 31, yang juga pengusaha kantin, manakala empat anaknya ialah Nur Sahera Atikah Saudi, 13, Nor Safiana Atikah, 10, Nor Suhaila Asirah, 7, dan Md Sahrul Amir, 3. Adik lelaki Nor Faiza yang terkorban ialah Mohamad Saiful Anwar, 14.

Sebaik saja dimaklumkan mengenai lima kematian itu, Saudi bergegas ke bilik mayat dan mengecam semua jenazah mangsa sebelum meraung sekuat hati memanggil nama isteri dan anak-anaknya yang terbujur kaku.

Terdahulu, Saudi tiba di bilik mayat itu kira-kira jam 3 pagi kerana ketika kejadian, dia berada di tempat kerja di dalam hutan di Bukit Ibam, Muadzam Shah, sejak seminggu lalu.

Raungan pilu Saudi menyebabkan suasana duka menyelubungi perkarangan bilik mayat berkenaan yang dipenuhi anggota keluarga lain serta kenalan yang menunggu jenazah seawal jam 12 tengah malam.
S


sumber: Harian Metro.


Monday, April 19, 2010

Al-Fatihah- Achik (Spin)

TANGGAL 17 APRIL 2010, sekali lagi dunia hiburan dikejutkan dengan kematian Achik atau nama penuh beliau Abdillah Murad Md. Shari, 27 tahun akibat kenderaan MPV yang dipandunya terbabas di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban sebelum susur keluar Pajam arah selatan pada jam 6.00 ptg.

Semasa kejadian, apa yang aku tengok kat Youtube, keretanya memang berbakar habis, dan api marak menjulang ke udara, membakar sekali signboard Pajam/Nilai. Sementara, ada beberapa orang ramai bantu mengangkat mangsa dan sepupunya dari tempat kejadian. Arwah, tidak lagi bergerak sementara sepupunya masih boleh duduk.

Semalam dan hari ni juga, tengok berita tentang kejadian tersebut sememangnya menyentuh hati aku. Bersimpati dengan anak2 dan isterinya yang kelihatan tabah sekali. Namun naluri sebenarnya mungkin Allah sahaja yang mengetahui kan? Sebelum ini juga, arwah pernah kehilangan anak sulung beliau Putri Rania yang meninggal dunia pada 20 Mac 2007.

Coretan ini khas buatnya, walaupun tidaklah meminatinya secara fanatik, tapi aku benar2 suka dengan lagu-lagunya duet bersama Siti Nordiana atau Nana. Antaranya seperti, Mainan Cinta, Gurauan Berkasih, Resepi Berkasih, Memori Berkasih, Paling Comel dan banyak lagi.



 



Salam takziah buat  isterinya H.M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof  atau Tasha dan ahli keluarga yang lain, semoga tabah menghadapi dugaan hidup ini.

Hidup penyudahnya adalah kematian. Kita yang hidup ini pun entah bila akan menghadapi kematian. Sesungguhnya kematian  adalah sesuatu yang pasti akan hadir untuk setiap insan. Al Fatihah buat arwah Achik.


Monday, March 15, 2010

Kemalangan di Kulim -Detik2 Cemas Ibu Mengandung Diselamatkan.


KULIM HI-TECH - Seorang wanita yang sarat mengandung, berusia lingkungan 30an, cedera apabila kereta Proton Wira yang dipandunya dirempuh oleh sebuah kren yang datang dari arah bertentangan.

Menurut mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu berkata, sebelum kejadian berlaku, beberapa kenderaan sedang berhenti di lampu isyarat berhampiran Balai Bomba Kulim.

Dia ternampak sebuah kren turun dari arah bukit dalam keadaan laju lalu merempuh lima kereta yang ada di lampu isyarat itu dan menyeret sebuah kereta Proton Wira ke dalam parit.

“Kejadian berlaku terlalu pantas. Saya nampak, sebuah kren turun dari arah bukit dengan laju dan menghasilkan bunyi yang kuat seperti mengalami kerosakan brek. Kren itu kemudiannya hilang kawalan dan terus merempuh lima buah kereta berkenaan.

“Saya nampak kren itu merempuh dan mengheret sebuah kereta Proton Wira ke dalam Parit. Pemandu kren yang cemas dengan kejadian itu melarikan diri,” katanya.

Mangsa yang tersepit di bawah kren cuba dikeluarkan oleh anggota bomba tetapi gagal.

Bomba terpaksa menggunakan sebuah kren lain untuk mengangkat kren yang terlibat dalam kemalangan itu untuk membolehkan orang ramai menarik keluar kereta mangsa yang terperosok di bawah perut kren terbabit.

Hampir satu jam usaha mengeluarkan mangsa tersepit dijalankan dan akhirnya mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaannya. Mangsa dibawa ke hospital Kulim untuk rawatan.

Satu jentera bomba dari Balai Bomba Kulim Hi-Tech dan dua ambulans dari hospital Kulim terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa itu. 

 

Detik-Detik Cemas

..........................................