Showing posts with label PERKAHWINAN. Show all posts
Showing posts with label PERKAHWINAN. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Imam Untukku & Bukannya Jejaka

Assalamualaikum w.b.t,

Mama ambil petikan ni dari email untuk renungan buat semua....adakalanya ia menyentuh bab kehidupan seharian kita yang boleh dijadikan sebagai iktibar.

Carilah Untukmu Seorang Imam
 

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
 
” Maybe kot. Try search kat google..”
 
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
 
” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
 
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
 
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
 
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
 
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
 
Apa peranan imam dalam solat?
 
Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
 
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
 
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
 
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
 
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
 
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
 
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
 
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
 
Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
 
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
 
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
 
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
Sekian.



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Thursday, December 9, 2010

Majlis Perkahwinan di Sungai Petani

Last week, 3 Disember 2010, kita semua balik ke Sungai Petani, kampung mama untuk hadiri Majlis Perkahwinan PakNgah Jan di rumah Tok Dak. Kita semua bertolak dari Klang jam 8.30 malam, sampai kat Sungai Petani (SP) lebih kurang jam 2.00pagi.

Sebenarnya kenduri pada 5 Disember 2010, tapi biasalah, lepas Jumaat tu pun dah bermula segala-galanya. Hari Sabtu,  4 Disember 2010, acara merewang dan kita semua makan malam di rumah Tok Daklah. Majlis kenduri kahwin rumah Tok Dak kali ini adalah yang terakhir, sebab semua anak-anak dia yakni sepupu mama dah pun berkahwin. Seperti kebiasaan juga, kenduri saudara mara kita memang tradisi gotong royong masih dikekalkan. Semuanya masak sendiri. Menu pada hari kenduri tersebut antaranya ialah Nasi Minyak, Nasi Putih, Rendang Daging, Dalca, Ayam Goreng Rempah, Kerabu Mempelam(mangga), Laksa, Rojak Buah, Bubur Kacang, Roti Jala dan Cendol. Memang meriahlah.

Kebetulan, orang yang jadi mentara atau kat sini panggil 'rewang' pun ramai. Setiap lorong di taman Ria Jaya, Sg Petani tu, memang dah dilantik 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan. Tapi rasanya yang hidup bermasyarakat lagi seperti di Taman tu cuma lorong-lorong Serampang ini sajalah sebab kawasan tu majoriti adalah melayu. Kaum Cina dan India di lorong-lorong lain seperti Joget, Makyung. Kalau diperhatikan memang taman tu kebanyakan lorong-lorongnya dinamakan dengan nama-nama tarian asli masyarakat melayu seperti Joget, Makyung, Serampang, Inai, dan Inang. 

  antara photo yang sempat diabadikan. Baju kita semua pun warna grey sempena theme pengantin hari tersebut. 

Alhamdulillah, majlis keseluruhan berjalan dengan lancar. Jam 5.30 petang, semua khemah-khemah telah diturunkan begitu juga dengan segala pinggan mangkuk dan periuk siap dibersihkan.




Selamat Pengantin Baru buat Mohd. Faizal dan Norhidayah

Keesokkan paginya, 6 Disember 2010 cuma tinggal untuk memilih dan mengasingkan antara barang/pinggan mangkuk tuan rumah dan kepunyaan surau saja. Kebetulan 6 Disember tu mama ambil cuti, orang cakap apa, cuti tersepit, mana tidaknya 7 Disember 2010 Awal Muharram jadi cuti umum untuk semua.

6 Disember tu, sempat lagi kita ke Tanjung Dawai, beli sos untuk  Char Kow Teow favorite ayah. The, 7 Disember jam 11.00 pagi baru kita bertolak pulang ke Klang dan singgah di Sg. Perak untuk makan dan solat. Tiba di rumah sekitar jam 5.00 petang.




Coretan:

Glitter Text @ Glitterfy.com

Tuesday, November 30, 2010

Majlis Persandingan

Keesokkan ( 28 November 2010) hari nya majlis bersanding di adadakan di dewan PDRM situ. Kita semua dah bertolak dari Klang around jam 12.30 hari, so budget nak sampai jam 1.30 petang. Sebab dijangkakan majlis bersanding akan berlangsung selepas azan solat Zuhur lebih kurang jam 2.00 petangla. Tup..tup masa sampai dah masing-masing bergerak nak ke padang tempat letak kereta sebelum naik ke dewan, hujan turun selebat-lebatnya.

Apalagi tunggu lar sehingga hujan berhenti sikit. Lama tak lama lar tapi dekat2 sejam jugaklah duduk dalam kereta. Dah boleh keluar sikit itupun still berpayung,  tunggu pula kedua-dua mempelai bersiap kat mana ntah tak sampai2, itupun hampir setengah jam jugaklah. Tempat majlis kawen biasalah penjual2 aiskrim ambil kesempatan lar, apalagi, anak mama, Hakim, Hanani melompat2lah nak aiskrim. Mama pun belikanlah, beli aiskrim roti. Then, your cousin   Alya pun nak jugak, so mama belikan satu untuk dia jugak. Kemudian, Haziq datang dengan Uminya, dia pun melompat-lompat jugak nakkan aiskrim tu. Dah masing-masing makan aiskrim barulah pengantin diarak dengan paluan kompang menusuk ke lubang telinga berarak ke dalam dewan.

Pengantin, berseri-seri dengan theme merah hitam bersanding di singgahsana yang dihiasi ros-ros merah dan pelamin nan indah. Memang menariklah, sayangnya mama tak ambil sekeping gambar pun dengan telephone  camera, coz itu jerk yang mama ada..hi3. Tapi lepas tu kita semua bergambar ramai-ramai bersama pengantin. Banyak jugak koleksi gambar2 pengantin dengan mama. Mama, Tokjah saja bersama pengantin, tapi dalam camera PakSu(Adik Bob) adik pengantin. Mama masih menanti dia emailkan kepada mama untuk dimasukkan ke dalam blog ini. InsyaAllah.

Coretan

Majlis Perkahwinan Sepupu - Sebelah Perempuan

Tanggal 27 November 2010, cousin mama yang mama panggil dia 'Adik Jan' iaitu anak Pak Dak berkahwin dengan orang Bandar Tasek Selatan. Pada hari Sabtu tersebut majlis pernikahan dilangsungkan di Masjid berhampiran dengan PDRM Tasek Selatan tu, tapi kita semua agak lewat akibat  jammed sepanjang perjalanan. So sampai majlis nikah dah selesai cuma tetamu dan keluarga serta saudara mara kita, Pak Dak,Mak Dak, Awan, Tok Jah, Tok Lang, Maklang, PakJang MakJang sekeluarga dan pengantin semua sedang menjamu selera.

Selesai menjamu selera, semua keluarga dari Sungai Petani, balik ke rumah rehat yang disediakan oleh pihak pengantin perempuan tidak jauh dari kuaters PDRM tersebut. Lebih kurang jam 5.00 petang, Tok Jah, Awan( ayah mama) , MakChag(Shawani), BangChag(Faiz) dan PakSu(Danial), ikut kita semua pulang ke Klang. 



Malam tu, kita makan simple2 jerk, mama masakkan sadin, daging goreng mix bawang and kentang selain sayur kubis goreng. Awan dan Tok Jah dan tidur awal..mungkin kepenatan around 9 pm diorang masing-masing dah tidor. Sampai2 Awan makan dulu sebab dia kelaparan. Awan ni susah sikit nak makan, masaklah lauk2 sedap macam mana pun dia memang tak berselera, itupun sampai kat rumah kita, mama masakkan nasi untuk dia dan sadin saja campur cili padi sebijik2. Boleh habis 2 pot yang mama masak untuk dia dulu tu.

Malam tu akibat kepenatan, mama pun tidur awal..tapi paling-paling jam 11.30 baru nak terlelap mata.

Coretan:


Monday, June 7, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU 5 DAN 6 JUN 2010



 (ini ghuper pengantin kat Bangi tu, cucu sedara my FIL..sorry tak berapa clear..amik jauh2 jerk...)

5 dan 6 Jun lalu penuh dengan jemputan walimatul urus. 5 Jun jemputan di Bangi, cucu saudara father in law.  Pasangan pengantin mengenakan busana Muslimah yang bertemakan purple mix white.. Cantiklah, tapi yang paling aku ngan Nori(my cousin) memasing tertanya coz, pengantin lelaki sebijik macam one of our lawyer at her office dan aku pun mengenali lawyer tu Encik Onn.

 (Hadirah terkini, yang pantas berjalan dan berperangai...cayang anak mama)

 (with hanani, masam mencuka ntah apa pasal....hakim biasalah sebok mkn anggur apple cicah cokelat..he..he..ini jerk pic yg sempat snap masa kenduri di Bangi..hu..hu abaikan yg buruks2 tu yerk.he3)


Then 6 Jun pula dua jemputan walimatul urus. Salah satunya, Halimah dan Megat, my office mate. Sementara, Kak Naimah also my office mate, tapi majlis anak dia ler.

6 Jun 2010. bertolak ke rumah Halimah dulu kat Sg. Serdang, Kapar. Malis meriah sekali, kedua-duanya dalam persalinan cokelat and cream nice and sweet. Setelah makan kami beredar ke rumah Kak Naimah, di Jalan Meru tak jauh dari situ. Rumah Kak Naimah bertemakan Oren Striking lagi...memang berpinau mata.tapi mmg cantiklah..kek pun color orange gitu..


Untuk semua-semua pengantin especially buat Halimah and Megat Fariz  'SELAMAT PENGANTIN BARU', Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke Syurga. Amin.






Monday, December 28, 2009

Majlis Kahwenn...

Awal minggu lalu kami sekeluarga balik ke Sungai Petani....jam 3.00 ptg pada 4hb Disember tu baru bertolak dari Klang. So, tiba di Sungai Petani, sekitar jam 10.30 malam....Dah tu singgah dulu di rumah pengantin, mak ayah still ada kat sana. Actually, ni majlis kenduri Adik Sepupu iaitu Adik Bob (Anak Mak Dak). Anak ketiga Mak Dak laa ni, abangnya lum kawen, InsyaAllah hujung tawon depan plak...Waaa majlis meriah betul..kami tiba sekitar jam 10.30 mlm tu...dah ada makan-makan..Adik (anak sulung Mak Dak)..dah masak bihun sup utara...waaa best tul..lama dah tk pekena bihun sup utara nih..mmg bestlaaa.

Keesokkannya, 5hb Disember, kami sebelah rombongan lelaki, ke rumah pengantin perempuan yang tidak jauh dari taman tu jugak....mmg meriahlaa...dekat 10 buah kereta jugaklaaa....

Malamnya, wat makan-makan lagi kt rumah Mak Dak aku tu..malam tu makan nasi jerk...s


6hb, esoknya Majlisnya telah tiba, ramai jugakla dari rombongan sebelah pengantin perempuan.......disamping makan beradap, ada sesi potong Kek.....majlis sebelah pengantin Lelaki pulak...mmg meriah giler.....penanggah pun dekat 20 orang.. Kat kawasan taman aku ni mmg best sikit coz, diorang still amalkan kerja gotong royong nih..masak pun still pakat2..kalau dulu, Pak Dak (bapa pengantin lelaki)..la yang tukang masak kat mana-mana kenduri sekitar taman tu..now turn dia plak kena siap kocek besar2 sket nak isi suapan dari tgn orng..ha..ha....Tp itulah, kalau dier dah pernah masak....mmg masakannya terkenal akan kesedapan sekitar sana...so turn rumah sendiri mesti nak masakkan pun nak sodap2 gak kan...so tak ketinggalan jugaklaaa..dalam kesebokkan tu Pak Dak pun turun jugak ke dapur jengok2 apa2 yg patut..tapi sebelah tengahhari dia hanya menunggu di depan rumah jerklaaa....he.he..Tapi, mmg meriahlaaa..kalau dulu kenduri aku.nasi boleh dikatakan masak sampai 16 kawah.....kenduri rumah pak Dak ni pun...hampir 14 buah kawah nasi gaklaaa mana lagi ngan Laksa Utara hampir 60 bungkus jugaklaa.....selain itu bubur kacang hijauu....fuhhh...melantak jerklaaa....


Keesokkannya, 7hb Monday, kami bertolak balik dari Sp sekitar jam 11.00 pagi..then tiba di Klang jam..6.00 ptg...


Psst: pic akan diupload kemudian..coz ada masalah pada phone...