Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Assalamualaikum w.b.t,

Info ni mama dapat dari forward email untuk dikongsi buat pengetahuan semua dan anak-anak mama. Mama pun tak pernah sampai tempat ni...rupanya dah tinggal sejarah...




Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971 . Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land . Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ' taman haiwan prasejarah ' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing , kawasan ' giant maze ', serta kawasan untuk merentas rimba .

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan , serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar . Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.


Kiri: Papan luncur air gergasi pada 1984
Kanan: Pintu gerbang Mimaland pada 2008

Nota tambahan
:


1980
- Filem Tuan Besar , antara filem tempatan terawal yang membuat penggambaran di Mimaland. Kelihatan pintu gerbang Mimaland dengan logo Bunga Raya, dan adegan pelakon Rahim Jailani dan Fauziah Ahmad Daud sedang melawat taman haiwan prasejarah. Juga kelihatan tasik tempat Azroy dan Suzana bersampan dalam filem Gila-Gila Remaja enam tahun kemudian.



1983
- Filem Mekanik , dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak)



1986
- Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland.



1987
- Filem Tempo '88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama. Sangat filem Melayu 80-an.


DULU:






SEKARANG:
















Dan jika anda berpeluang berkunjung ke tapak Mimaland pada waktu sekarang bersedialah untuk menghadapi situasi seram yang mana telah direkodkan 4 orang (2 penagih, 2 lgi pasangan buat maksiat) telah hilang hingga ke saat ini tidak ditemui jejaknya. Sememangnya kawasan ini
begitu keras kerana hampir2 shj pasukan penyelamat ataupun pekerja majlis yang ingin melakukan kerja-kerja didalamnya diganggu mahkluk misteri. Di malam hari kedengaran suasana riuh didalamnya seperti di waktu kegemilangannya dahulu walaupun tempat itu dah di tinggalkan

Sumber: Fwd Email.

Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Friday, December 17, 2010

Jangan Tertipu Lagi

 Assalamualaikum w.b.t.

Rasanya, pasti ramai penggemar Kicap Cap Kipas Udang di luar sana sudah mengetahui akan perkara ini. Mama pun ada juga menggunakan kicap tersebut, baru-baru ni pun telah buang botol besar yang isinya masih lagi separuh, itupun bukan disebabkan ianya tidak asli tapi disebabkan telah masuk bendasing asing, so faham faham sajalah. So, since that, mama dah tukar ke penggunaan Kicap Mudim dan kadang-kadang Kicap Jalen, rasanya masih tetap enak. Untuk teman-teman di luar sana, sebarkanlah kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang meminati kicap Cap Kipas Udang ini agar kita tidak terus tertipu. Email ini mama dapat dari teman-teman juga.

 ****************************




PERBEZAAN KICAP CAP KIPAS UDANG YANG ASLI DAN TIRUAN
Semalam terbaca kat sebuah laman forum mengenai kicap Cap Kipas Udang tiruan. Disebabkan agak sibuk dengan urusan peribadi, tak sempat nak cari info lanjut. So, hari ni ada masa terluang sket dan ZB terus cari maklumat mengenai perkara tersebut dan ini yang ZB perolehi.

ASSALAMUALAIKUM

Yang Dihormati En Azhar Ramli, merujuk emel saudara, pihak ZARA disini sebenarnya telah mengesan kewujudan kicap tiruan ini (botol kecil sahaja) sejak bulan September dan kami tidak membuat publisiti yang meluas berkenaan perkara ini kerana ingin menangkap dalang sebenar yang menjalankan kegiatan ini. Alhamdullialh setakat ini kami telah mengesan beberapa pengedar haram tetapi masih gagal lagi mengesan dalang yang terlibat.
Untuk pengetahuan saudara Azhar sebagai rasa tanggung jawab pihak kami telah membuat bancian disemua kedai runcit dan mini market diseluruh Malaysia bermula pada bulan September dan telah berkerjasama dengan pihak KPDN untuk memberi amaran dan merampas kicap tiruan daripada peruncit telibat.

Untuk jangka pendek bagi mengurangkan impak kepada pengguna pihak kami telah membuat pembaharuan kepada capseal dan label untuk memudahkan pengguna membuat perbandingan diantara kicap tiruan dan asli. Produk dengan Label baru digunakan bermula pada penghujung September hingga kini dan boleh didapati di Hypermarket dan semua kedai-kedai yang lain.
Jika pengguna masih menjumpai produk kicap dengan label lama (Capseal hitam) sila buat perbandingan seperti gambar yang dilampirkan disini sebelum membuat pembelian. Pihak kami mendapati dari segi pembungkusan, 98% peniruan sama dengan yang asli menjadikan pengguna susah untuk melihat perbezaan.
Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa monosodium glutamate(ajinomoto).
Oleh itu pihak kami sekali lagi sangat mengalu-alukan peranan Saudara Azhar untuk menyebarkan maklumat ini kepada pengguna setia kami yang lain. Kerjasama saudara amat kami hargai.
Kat bawah ni perbezaan ketara yang dapat dilihat pada patern dan label. Sila perhatikan betul-betul dan semak kicap Cap Kipas Udang yang ada kat dapur rumah anda tu. Hee..
PERBEZAAN KICAP CAP KIPAS UDANG YANG ASLI DAN TIRUAN
PERBEZAAN KICAP CAP KIPAS UDANG YANG ASLI DAN TIRUAN
PERBEZAAN KICAP CAP KIPAS UDANG YANG ASLI DAN TIRUAN
So, lepas ni sebelum beli kicap Cap Kipas Udang tu, semak-semak la apa yang patut yer. Kot-kot masih ada stok kicap Cap Kipas Udang tiruan kat kedai-kedai tu. Dan jangan lupa sebar-sebarkan info ini kat keluarga, saudara-mara atau kawan-kawan anda. Paling mudah, klik button Share to Facebook kat bawah ni.

Coretan:



Friday, December 10, 2010

SENAMAN LEHER - Pelikkan?

Article ini mama dapat dari email yang dihantar kawan-kawan hanya untuk makluman semua teman-teman yang sering mengunjungi blog ini.



NECK EXERCISE

It really helps.  
A doctor advises his patients who suffer from neck pains, owing to excessive attachment to the computer screen, to exercise their necks by just reading this message.

In the end, all patients go home happily without asking the doctor for any medications.
'It is very effective,' said the doctor.
'All my patients never come back to me again.'
 
Please scroll down
Scroll down
Scroll down.
Scroll down
 
Scroll down

Scroll down some more.

Scroll

Scroll
 
Scroll

Scroll

Scroll





 
 


cid:1.3306949@web51301.mail.re2.yahoo.com



Thursday, August 19, 2010

Think Deeply Before Buying Anything Cheap!

Just sharing the information. Be careful before buying anything cheap

Be cautious of hair bands at open markets around the city – they are probably from China since they are purchased in bulk very very cheap !!!!

Take a good look before buying hair bands in future – specially like the following kind…..




These Hair bands were made from used condoms and threads.









BEIJING (AFP) - Used condoms are being recycled into hair bands in southern China threatening to spread sexually-transmittable diseases they were originally meant to prevent, state media reported Tuesday

In the latest example of potentially harmful Chinese-made products, rubber hair bands have been found in local markets and beauty salons in Dongguan and Guangzhou cities in southern Guangdong province, China Daily newspaper said.

'These cheap and colorful rubber bands and hair ties sell well ....... threatening the health of local people,' it said.. Despite being recycled, the hair bands could still contain bacteria and viruses, it said.

'People could be infected with AIDS, (genital) warts or other diseases if they hold the rubber bands or strings in their mouths while waving their hair into plaits or buns,' the paper quoted a local dermatologist who gave only his surname, Dong, as saying. A bag of ten of the recycled bands sells for just Rs.5, much cheaper than others on the market, accounting for their popularity, the paper said.

A government official was quoted as saying recycling condoms was illegal. China 's manufacturing industry has been repeatedly tarnished this year by a string of scandals involving shoddy or dangerous goods made for both domestic and foreign markets.

In response, it launched a public relations blitz this summer aimed at playing up efforts to strengthen monitoring systems.

Check your kids hair bands and make sure they do not put them in their mouth while trying to plait or tie their hair
.

See below for Chinese Slippers now being sold in Walmart in the US . Hopefully, they are not yet in India ....

REMEMBER THE PAINT ON KIDS TOYS

?

This is very true as I heard it in news from one of our localradios here that our govt has to be extra careful on these cheap imports from china.. These includes clothes, food, toys, slippers and even glasses because the Chinese are using some strong but cheap chemical in their manufacturing process. Cheap is becoming expensive and at the same time fatal.

















Thursday, July 22, 2010

Kereta dan Kesesuaian Umur

Jom kita lihat, mungkin ada benarnya, dengan apa yang dipaparkan di sini, begitulah recycle kehidupan kita dari dah lahir hinggalah pengakhiranya kehidupan. Article ini sebenarnya diambil dari forwarded email untuk perkongsian bersama.
 
 
 
Peringkat 1 (4 bulan hingga 9 bulan - mengikut kesesuaian)


baby walker

Peringkat 2 (9 bulan hingga 3 tahun mengikut jumlah pengisian )


keta tolak (stroller)


Peringkat 3 (3 tahun hingga 7 tahun mengikut kehendak)


keta mainan

Peringkat 4 (7 tahun hingga 12 tahun mengikut kemahuan)


keta kontrol biasa-biasa aje


Peringkat 5 (12 tahun hingga 19 tahun mengikut kemampuan)


keta kontrol berjenama


Peringkat 6 ( 19 tahun hingga 50 tahun mengikut ketebalan poket)


keta mini...keta sport...MPV. ,SUV..sedan



Peringkat 7 (50 tahun ke atas mengikut keperluan)


keta berkerusi roda








Peringkat akhir.....pabila tiba masanya


kereta jenazah



Also got fm email:

Wednesday, July 7, 2010

GASTRIK & ULCER PUNCA DAN RAWATAN alternatif

Semalam, sekali lagi, penyakit gastrik ku melanda, dr jam 4 petang, sampailah ke 4 pagi...tidur pun mmg tak lelap, dalam pada tu, mujur ada sikit bekalan, gaviscon aku. Selesa la sikit, tp itulah, keselesaanya tidak seperti sediakala, kasihan Hadirah, dia nak bf pun susah...aku tak dapat sangat nak melayani kehendakknya. Alhamdulillah, pagi tadi, gagahkan diri bangun jugak, sebab tekad tak nak lagi ambil cuti, cam tak seronok jerk..sikit2 cuti, sikit2 cuti...aduh..tp apakandaya..ketika itu aku sesungguhnya tidak berdaya. Tapi kat sini nak kongsi bagaimana untuk menangani gastrik, rawatan alternatif yg dipetik dari blog sini emjayjb

Setelah diperhatian, banyak perkara dan pantang larang aku telah langgar dan menyebabkan gastrik kini menjadi lagi...Hu..




Article...

TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.

Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. "Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser," katanya.

Bagaimanapun, katanya pembengkakan permukaan perut boleh disebabkan oleh bahan kimia yang diambil dalam makanan dan kimia yang terjadi dalam tubuh manusia sendiri seperti asid regurgitasi atau hempedu .

Ubat steroid dan bukan steroid, sesetengah antibiotik dan ubat-ubat tradisional Melayu dan Cina juga boleh menyebabkan gastritis (pembengkakan perut) serta berkemungkinan terjadi gastrik.

Menurut dr Aminuddin lagi:

PUNCA GASTRIK

* Merokok
* Meminum minuman beralkohol
* Jangkitan bakteria helicobacter pylori
* Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
* Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
* Gaya hidup yang tertekan (stress)
* Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).

Setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan beberapa jenis makanan sebagai penyebab terjadinya gastrik.

Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang dihidapi.

Tambah beliau lagi:

TANDA-TANDA GASTRIK

Antara tanda-tanda yang dihidapi oleh seseorang yang menghidapi gastrik ialah:

* Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
* Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut
* Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).

Pada laman web berikut juga boleh diperolehi maklumat berkaitan penyakit gastrik:: http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/2000/kosmik5.html

Dari bahan-bahan penulisan ini bolehlah saya rumuskan penyakit gastrik atau juga dikenali sebagai gastritis sebagai:


Penyakit Gastrik / Gastritis ringan

Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.


Penyakit Gastrik / Gastritis berat

Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.



Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)

Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada Penyakit gastrik berat.

Berikut adalah pandangan berkaitan penyakit gastrik yang diturunkan oleh arwah guru saya:

Punca Penyakit Gastrik:

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Tanda-tanda penyakit gastrik:

1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.

2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.

3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.

4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.

5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.

6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Rawatan penyakit gastrik:

1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.

2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!

3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.

4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau

5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll

6. Elakkan makan terlalu kenyang

7. Elakkan cuka, makanan yang pedas

8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.

9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.

10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.

11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.

12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.



Thursday, June 24, 2010

DIAGNOS PENYAKIT

Sedikit Info yang bermanfaat untuk dikongsi bersama...

Tapak tangan menyimpan 1001 rahsia mengenai diri kita. Penyakit boleh di lihat memalui tapak tangan seseorang. Ia tidak menyakitkan dan tidak memerlukan masa yang panjang. Anda boleh mencuba sendiri dengan melihat tanda-tanda seperti didalam gambar.

Rahsia untuk sembuh dari penyakit yang dihidapi ialah doa dan yakin yang penyembunhan adalah dari ALLAH. Herba yang anda makan adalah penyebab atas usaha atau ikhtiar kepada penyebuhan tersebut.
Oleh itu setelah herba yang disarankan berada ditangan bacalah doa penyembuhan, serah diri pada Allah bertawakkallah setelah berusaha dan berdoa.

Surah Al-Insyirah ayat 5-8 : Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan maka bersusah payahlah mengerjakan yang lain. Dan kepada tuhanmu berharaplah.

> Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi. (Abu Ya’la dan Al-Hakim)
> Dan sesungguhnya doa itu memberi manfaat kepada yang telah diturunkan dan kepada yang belum diturunkan. Dan tidak ada yang dapat menangkis ketetapan Allah kecuali doa, sebab itu berdoalah kamu (Riwayat : Al-Tarmizi)

Firman Allah s.w.t : Surah Fushilat : 53
” KAMI AKAN MEMPERLIHATKAN KEPADA MEREKA TANDA KEBESARAN KAMI DISEGENAP PENJURU DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI, SEHINGGA JELASLAH BAGI MEREKA BHW AL QURAN ITU ADALAH BENAR. TIDAK CUKUPKAH BAGIMU TUHANMU MENJADI SAKSI ATAS SESUATU.”
Dari mana datangnya penyakit? Hadis Rasullah mengatakan punca penyakit adalah disebabkan oleh ketidak seimbangan racun, suhu dan angin yang akhirnya akan menyebabkan kepada kelemahan organ.
Soalan : Bagaimana ingin mengetahui kelemahan organ?
Jawaban : Diagnos dan tanya soalan.
Soalan Untuk 5 organ utama :
1. Perut
2. Usus
3. Buah pinggang
4. Jantung
5. Paru-paru

tapak-tangan-gastrik

Soalan Untuk Cek Perut
- Adakah anda terlalu banyak sendawa selepas makan?
- Adakah anda berasa pedih dibahagian perut apabila lambat makan?
- Adakah anda berasa pedih di ulu hati?
- Adakah perut terasa kembung dan banyak angin?
Jika semua jawapan ya …. hmmm mungkinkah anda terkena gastrik?
Mari kita diagnos melalui tapak tangan pula…
Apakah tanda-tanda Gastrik yang boleh dilihat ditapak tangan anda?

Tanda-tanda Gastrik

Tanda – Urat Biru / Hijau Di Tepi Perut Ibu Jari
Simtom – Cepat Letih, Mudah Lapar, Sakit di Ulu Hati
Punca – Makan Tidak Menentu, Makanan Pedas

Diantara Herba yang boleh anda cuba : D’Karm, Spirumadu, Teh herba, Tuju Angin, Madu Asli, Kopi Radix (Herba Diambil Selepas Makan) bersama-sama atau berasingan, ambil mana-mana 2,3 atau ambil semuanya…

tapak-tangan-paru2-lemah

Tanda-tanda ada kelemahan pada Paru-Paru, Resdung, Alergi, Asthma

Tanda – Urat Biru / Hijau
Simtom – Rambut Gugur, Buasir, Kulit Kepala Kering, Mata – Hidung Berair, Kerap Bersin, Gigi Berdarah, Mudah Letih, Keputihan, Cepat Penat, Hidung Kurang Deria Ciuman, Sering Bermukosa
Punca – Paru-Paru Bermasalah, Sistem Pencernaan, Masalah Darah

Herba – Coscinium, D’Deu, D’Det, Roselle, Morin-A, Spirulina, Madu Asli, Teh Herba
kuku

Diabete Militus (DM) / Gula Dalam Darah
Tanda – Di Pangkal Kuku Berwarna Gelap
Simtom
– Mudah Letih, Sering Dahaga & Lapar, Penglihatan Kabur, Banyak Makan tetapi Berat Badan Menurun, Mudah Berbisul tapi Lambat Sembuh, Kerap Kencing dan Dihurungi Semut
Punca
– Gula Berlebihan, Sembelit
Herba
– Kopi Radix, Plantisol, Herba Rebusan Kencing Manis, Teh Herba
ibu-jari

Hormon Tidak Seimbang
Tanda – Bulan Sabit Terbalik pada Kuku Jari selain daripada Ibu Jari
Simtom
– Mudah Marah, Mudah Sedih, Kemurungan Yang Mendalam, Perasaan Rendah Diri
Punca
– Faktor Keturunan, Pendedahan Berlebihan Kepada Medan Elektromagnet, Faktor Suhu Tubuh Yang Tidak Seimbang, Tidur Yang Tidak Berkualiti, Tekanan Berterusan
Herba
– Paramaria, Radix, Senggugut, Sprirulina, Teh Herba, D’Karm, D’Deu, Lady Cheer, Keputihan
kelilingking

Jari Kelingking Mewakili Rahim Wanita
Tanda – Jari Kelingking Meruncing, Membengkok
Simtom
– Haid Tak Teratur, Senggugut, Keputihan,Peranakan Jatuh
Punca
– Sembelit Yang Teruk, Tulang Belakang, Stress, Keputihan, Senggugut
Herba
– Paramaria, Senggugut, Teh Herba, Roselle, Keputihan, Omega 3, D’Deu, Herba Tuju Angin
tapak-tangan-lekuk


Saraf
Tanda – Tapak Tangan Berlopak
Simtom – Sakit Belikat, Sakit Tulang Belakang, Kebas Dan Lenguh, Mudah ke Saraf Lumpuh, Lemah Tenaga (Lelaki), Rahim (Wanita)
Punca – Stress, Berkait Dengan Imuniti, Kemalangan
Herba – Madu Asli, Teh Herba, Minyak But But, Roselle, Mengkudu


Sumber:SINIl