Showing posts with label KOLEKSI RAYA. Show all posts
Showing posts with label KOLEKSI RAYA. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

Coretan Perjalanan Raya di Kedah hingga ke Johor

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, tahun ini kami beraya di Kedah. So perjalanan balik dari Klang sekitar jam 3.30 petang, dan highway pun boleh tahan jugak banyak kereta tapi sampai di Sg. Perak singgah solat Asar sahaja dan beli makan sikit kemudian teruskan perjalanan ke Sg. Petani. Waktu berbuka pun singgah hentian(x ingat) itupun makan n minum dalam kereta jer dengan air mineral dan kurma. Lepas Sg. Perak jalan tenang sahaja tak banyak kereta dan akhirnya kami sampai di Sg. Petani sekitar jam 9.00 malam. Syukurlah mak dah masak lauk pauk tinggal nak ngap saja...hi3..tapi sebelum tu singgah sebelah Kelab Cinta Sayang tu beli KFC budak..budak tak boleh lepas dengan KFC.

Raya pertama di Sp, itupun tak sempat kemana-mana, tok Jah tak larat sangat, hari raya cuma masak, kari daging, ketupat dan mee rebus. Itupun jiran sekeliling dah serbu sampai nak keluar beraya pun tak sempat. Petang sekitar jam 4.00 barulah kita semua gerak ke Machang Bubuk rumah Tok Long ( Abang Tok Jah) yang dah lama jadi single father sejak Mak Long meninggal 10 tahun lepas dia tinggal dengan anak-anak dara saja.Gambar--gambar kita layan lepas ini...




Kita beraya di Sg. Petani sehingga raya ke lima ( Khamis) baru gerak ke Johor. Bertolak dari Sp jam 6.00 pg, singgah solat sebelum bukit Merah dan teruskan perjalanan ke Klang, ikut jalan dalam saja, lama ayah cakap tak ikut jalan dalam, so mama as usual mengikut perintah jerk....maklumlah kiterkan co pilot jerk..ha3...Sampai Klang lebih kurang 12.30 t/hari.  Makan dan mandi manda dulu baru gerak sekitar jam 3.30 ptg, so sampai Segamat dah hampir jam 7.00 malam.

Masa, kita sampai tu, Aunty Morrie, kawan Tok Mak ada kat sana, so sempat la bergambar dengan family dia ...padahal Aunty ni duduk dekat dgn rumah kita jerk di Klang je sebelah rumah ibu yang jaga anak-anak mama dulu....

Kita beraya di sini sehingga hari Isnin(mama masih cuti) so Isnin baru gerak balik jam 9.00 pg sampai Klang jam 2.00 ptg. Ayah pun masuk keje semula sekitar jam 3.00 ptg..maklumlah 'bos'..hah..hah..bos laa sangat...

Jom kita layan antara gambar raya yang sempat mama rakamkan....untuk kenang..kenangan.

 Our Family pic Raya 2012..theme cacar merba jerk...hi3

 My sweet hunny bunny mama..the only boy

 Lovely son and daughter

 Little gurls - Faqihah

 My gurls




 Tok Ayah & Tok Mak dengan anak-anak2nya..kaya anak lelaki...tapiiiiiiii



Kaya jugak dengan cucu-cucu perempuan....1 boy vs  7 girls


Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Tuesday, September 28, 2010

En3 Raya Sambung - Umbai Kami Datang

Hari Sabtu,mother in law masak laksa johor, lepas tu kami semua bertolak dua buah kereta ke rumah Abg Ipar kat Melaka. Sampai Melaka sekitar jam 5.00 ptg dah, hujan pun renyai-renya sepanjang perajalanan.

Malamnya, kami semua pergi makan kat Umbai..Actually, memang tak pernah pergi situ...Wah...makanannya menarik sekali suasananya pun oklah, macam tepi2 muara sikit...Org sekitar Melaka tau la tempat ni...


 adik ipar, actually, dia lar paling pelahap(mkn byk)...bila nak amik pic ni, pinggan makan dier diletakkan tepi, then ambil pinggan yg kosong sket...hi3

 Humaira, Hanani & Hakim atas bot

 mother in law n brother

 my beras...opps silap..biras lar..hi3





 

 

budak comey

tercurah air..mujuq tak berapa panas....kalau tgk pic kt atas kan baju lain...lill girl nih.....


Raya 2010 and Small Gathering





En3 yang dah nak naik kulat...hu3....Disebabkan pic baru upload, so baru boleh karang citer..hi3..Seperti yang telah diberitahu lepas2, tahun ni kami beraya di Sungai Petani iaitu rumah mak ayah has. Bertolak dari Klang jam 8.30 malam, sampai di Sp jam 4.00nya. Kereta sepanjang perjalanan banyak sekali, jadi perjalanan slow jerklah. Sampai-sampai, tunggu sehingga jam 5.00pg dan subuh baru semua pakat2 tidur. Anak-anak dah puas tidur, aku ngan ayahnyer jerk yang dah terkulat2 sgt dah....

 pic raya yg tak semenggah, dek kerana my mum yg amik.tangan terketar2..hi

Raya kali ni, seperti biasa, raya ke2 pergi ke rumah ibu ayah kandung kat Kuala Ketil, pic ntahlah, cam takder hati jerk nak amik pic twon ni tak tau pasai paa..Tidur semalam rumah mak, esoknya lepas makan kenduri rumah Pakcik (adik mak), baru kami sekeluarga gerak ke kg Jeneri, jumpa kawan-kawan rumah, mmg yang dah dirancang awal-awal.

 anak-anak dengan fesyen di hari raya..

  ibu yg penyayang memujuk Hakim yang dah merajuk di 
pagi raya dek kena marah ngan ayah..

Raya ketiga, ada small gathering sekolah rendah-menengah lama aku di Jeneri, so tempat biasa adalah di rumah June.  Namun, ramai juga yang tak dapat hadir,biasalah masing-masing ada agenda tersendiri.




 faizalsyam and maswan
 with ruzi and zha


 macam-macam gelagat

dari kiri, Faizalsyam, Maswan, Mazwan and his wife, Ruzina, Zhawati, Maton, June and me.

Then, raya ke lima baru kami bergerak ke Segamat, bertolak dari Sungai Petani jam 7.00 pagi, tiba di Segamat pada jam 3.30 ptg. Itupun berhenti dua tiga kali, ada yang nak buang2 dan berhenti sarapan dan sebagainya.

Sampai di Segamat, ramai adik-adik ipar pun dah pulang semula ke Klang, abang ipar sekeluarga pun dah pulang ke Melaka.

Hari Sabtu..........sambung next en3...








Monday, September 28, 2009

AIDILFITRI 2009- Part 2- Sg. Petani-Jeneri-Kuala Ketil


from left: naim (anak abg ayie)abg ayie, kak nor, ayah n me
hani, hakim with their cousins..
dengan mak di Kuala Samak
with ayah - dirumahnya di Labu Besar
with my old frens..since primary school..from left: Syarida, me, Jun, Maton and Nani




AIDILFITRI 2009- Part 1





Tawon, ni kiranyer tawon pertamala, raya pertama anak beranak kami beraya di Segamat, biasanya tawon2 sebelum ni kami beraya di Klang Selangor, sebab mil n fil beraya n tinggal di Klang. So, starting by this year kenalah wat turn. Maklumlah dah jauhkan..dari Selatan ke Utara. Apapun, kami tetap akan balik ke Utara, kalau raya pertama di sebelah Selatan so begitulah sebaliknya. This year, kira sebok jugaklah, mak n ayah mertua pun first time dowang beraya di rumah baru kat Segamat nun, so adik beradik n saudara mara sebelah mil n fil..sekampung jerk...so mana taknyer kami menyinsing lengan sampai ke tengah malam laaa..sampaikan ke umah mak cik Ani kat bawah tu pun dalam jam 6.00 ptg baru berkesempatan, itupun, masing2 mcm lari jerk dari umah..hu..hu...memang penat..tapi setawon sekali macam ni melayan tetamu yang datang...seronoklah jugak....

Aku n family balik ke Segamat hari Jumaat lagi, aku sebenarnya tak cuti...tapi call boss emergency jerk...so tukarlaa cuti yang sepatutnya 28hb tu aku cancel jerk.....Sampai Segamaat around 7.30 ptg, so berbuka atas keta jerk....mana tidaknya, tersangkut jammed kat Nilai-Seremban tu...byk accident rupanya..last2 masuk semula jalan Sepang..ikut jalan dalam...tp lewat jugaklah..sepatutnya 3 hours dah jadi 4 jam lebih.....

Keesokkanya (sabtu) menolong mil masak rendang ayam, daging, n wat kuah laksa johor...itu yg best beraya kat Johor, coz laksa johor yang mil masak mmg sedap...jilat sampai ke siku gitu..(sorry pic tak sempat nk amik coz sebok melayan tetamu)...

Menu kitaorang pagi raya tu: Laksa Johor, Rendang Cili Padi Ayam, Rendang Daging mix Paru, Nasi impit, Lodeh...dan biskut raya.




Raya ke 2- bersiap2 pulak beraya sekitar Segamat, sempat pegi rumah, Mak Cik Limah (kakak fil) n umah mak ngah(kakak mil)..lain2 tak sempat coz, ujan turun lebatttlaaa)...itupun kelam kabut balik umah coz adik2 tiri mak datang umah pulak..Malam tu around 9.30 kami balik ke Klang..sampai klang dalam jam 2.00 pagi...Esoknya (Selasa) baru bergerak ke Sungai Petani. Tiba di Sp dalam jam 5.00 p etang..itupun berhenti sana sini...dah tu tersangkut kat Semanggol, keta banyak sgt, last2 kami tapau then makan jerk bawah pokok kelapa kat hentian Semanggol tu berlapikkan paper jerk.....hmm dah darurat..nk wat camne..budak2 termasuk mak pak budak2 dah kelaparannn..hu..hu..cian kan?



posing2 di pagi rayaaa..lepas jerk amik photo ni..tetamu datang berderum deram....sampaiiilah jam 12.00 t/malam...aku dah collapse terus....mujurlah Hadirah penyelamattt..hu..hu...cayang anak mama..



my lovely hubby


My family..look blue this year


me and anak2


with family in law di Segamat














Wednesday, September 16, 2009

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA





Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin buat semua kengkawan yang mengenali. Untuk McDa di Dublin dan Atie di Jerman, Selamat Menyambut Aidilfitri pada sabtu ini. Jangan sedih-sedih diperantauan, InsyaAllah, esok lusa tetap akan kembali ke bumi bertuah ini..hu..hu..

Dikesempatan ini juga, has ingin memohon maaf salah dan silap dan andainya ada terkasar bahasa dan coretan2 yang bisa mengguris hati. Kepada yang akan pulang berhari raya dikampung tu...BERHATI-HATILAH KETIKA MEMANDU, INGAT ORANG YANG TERSAYANG ..(ingatan untuk diriku dan keluarga jugak). InsyaAllah, raya tahun ini, kami sekeluarga akan berhari raya di Segamat Johor sehingga raya ke 3, kemudian seawal pagi akan bergerak ke Sungai Petani pulak..Seperti kebiasaan raya, tahun ini juga kami akan ke Selatan kemudian ke Utara pulak, memandangkan, tahun lepas dari Utara kemudian ke Selatan. Begitulah sambutan raya kami tiap2 tahun...pasti kedua2 belah pihak keluarga akan kami kunjungi. InsyaAllah, hari Jumaat ini has dan family akan bertolak ke Segamat. Oleh itu, blog akan ditutup sementara seminggu raya, sehingga kita bersua lagi minggu hadapan selepas raya dan kemungkinan has akan masuk pejabat semula pada 29 September 2009.

Oleh itu, ATIE-JERMAN, JUE-LONDON, MCDA-DUBLIN, AINIL, NORA, IDA, SUE, NANI, EJAY, WATIE-BANGKOK, INTANAZIELA...amiklah kad raya dari blog has yang tak seberapa ini...dan sesapa laie yang singgah2 kt blog ni, amiklah kad ucapan raya yg tak seberapa canggih manggih nih...hu..hu..

Salam Aidilfitri buat semua..