Showing posts with label ULANGTAHUN. Show all posts
Showing posts with label ULANGTAHUN. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

HAPPY BIRTHDAY ANAK-ANAKKU DAN ANAK2 JEMAH



Bulan June, bulan ini lah kelahiran semua anak-anakku. Fareez Hakim, Hanani Farisya dan Hadirah Farhana. Kehadiran mereka amatlah bermakna sekali di dalam hidup kami sekeluarga. Pejam celik..pejam celik..rupanya masing-masing dah berumur 5,3 dan 1 tahun. Actually, Hakim lahir pada 8 June 2005, dah seminggu berlalu, sementara, Hadirah lahir pada hari ini iaitu jam 2.45 ptg  malam setahun yang lalu, sementara, Hanani pula lahir pada 17 Jun 2007 jam 9.45 mlm  3 tahun yang lalu.





Wajah terkini Hadirah Farhana yang berumur 1 tahun....dah pandai berjalan semasa umur 11 bulan, sekarang ni, dah pandai berlari...semua orang dia panggil 'Ayah' termasuk diriku..hu3...lain-lain perkataan 'nah, nak', itujerk setakat ni yang pandai.....

Ini jua wajah-wajah anakku terkini yang sekarang masing-masing berumur 5 tahun dan 3 tahun... (actually pic ni ambil dua bulan lepas). Macam2 pandai..pandai bergaduh lagilah ..dua2 nih...boleh tahan akan kenakalan mereka.


Wahai anak-anak mama, Mama sentiasa doakan kalian agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah untuk mendoakan mama dan ayah di akhirat kelak. Semoga hidup kalian setiasa dilimpahi RahmatNya dan diberkati hidup dan dalam apa jua perkara. Sesungguhnya mama dan ayah amat menyayangi kalian semua...






Tak lupa jua, Auntie Has nak wish 'HAPPY BIRTHDAY'  buat anak-anak Jemah....kawan blogger...Jemah..anak-anak kita sebaya lar..An Nur share birthday date dengan Hanani, Ni dia, link Jemah yang very d vouge tu..he..he.. VirusPadu.


(17 Jun 2009 - Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang Pertama An-Nur  yang share birthday date with my daughter Hanani - pic AnNur with Jemah)


- Selamat Ulang Tahun girl yang ke 3.... ni AnNisa sebaya Hanani..


(pic celok dr jemah blog)

Wednesday, May 19, 2010

Banyak Perkara Dah Terlepas....


Fuhhh, lama betul tak updated belong nih..he3..bkannya, apa kebizian yang melampau jugalah, selain tu laptop kat umah plak problem, nak kena tukar batery baghu, dah lama sgtdahhh..Actually, banyak perkara ataupun en3 yang dah terlepas..lepas. Takperlah walaupun terlepas ianya hanya sekadar coretan untuk kenangan anak cucu cicit dimasa akan datanggg...


Actually, dah sebulan lalu, ulangtahun kelahiranku yang ke?..tut...tuttt...he3. Seperti kebiasaan, tiadalah sambutan yang meriah-meriah giler, dan juga idakler,hasben belikan gelang emas sebesar rantai kapai ker..tidakla sebegitu sekali. Apapun kebiasaannya memang tiada sambutan untuk itu, namun hubby sempat membelikan aku sebijik cokelat ice cake. Yum..yum..mmg sedap..anak2 apalagi diorang jerk yang pulun sampai habis. 

Sebab apa tiada sambutan?...Tak mengapalah cukup sekadar mengingati. Sesungguhnya semakin angka pada umur kita meningkat, maka semakin pendeklah jangka hayat hidup kita di dunia ini. Selain itu, lagipun tiada dalil2 atau nas2 dan hadith Nabi yang mengajak kita menyambut kelahiran seseorang itu. Ada baiknya, juga, andainyalah katakan, Nabi menggalakkan kita untuk menyambutnya dengan hadiah-hadiah yang mewah dan sebagainya, maka mungkin beruntung bagi yang berharta, tapi sesungguhnya kasihan pada mereka yang hidup pun, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, nk mkn malam pun kena kais. Jadi, cukuplah peringatan untuk kita, meningkatnya umur maka pendeknya hayat di dunia ini. Namun, cukuplah amalan kita untuk mengadapnya kelak?.

glitter-graphics.com
 (comeytak? hi..hi..hi.)




UCAPAN SELAMAT HARI IBU,








Seperti kebiasaan, Selamat Hari Ibu pun hanya sekadar ucapan untuk ibu2 tercinta, InsyaAllah, bulan June ni kami sekeluarga akan pulang ke Sungai Petani untuk berjumpa dengan ibu2ku terchinta.
Untukmu ibuku Puan Siti Zariyah Ahmad, bersyukur ke hadrat Illahi dan terima kasih kerana mengadung dan melahirkanku. Tanpamu mungkin tiadaku di dunia ini. Walaupun tidak pernah merasai belaian kasih sayangmu sepanjang hidupku, namun aku bersyukur kerana kasihku tidak pernah berubadah walaupun seinci, mungkin tiada siapa yang mengerti. Mak, adik sayang mak, tapi waktu dan masa membuatkan diriku terlalu sukar untuk setia berdampinganmu. Mak, semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik. Mak, adik rindu makkkkkkk..


Wahai mak ..Puan Khatijah Mat Isa,...bersyukur ke hadrat Illahi dan terima kasih segala-galanya di atas curahan kasih sayangmu yang tidak terhingga, walaupun kau tidak melahirkan diriku mak, tapi aku bahagia, kernamu jua aku masih bernafas di muka bumi ini sehingga kini. Jasa dan pengorbananmu selama ini tidak pernah aku lupakan. Namun, maafkan aku mak, andai kiranya sehingga kini aku masih tidak mampu bekorban sebagaimana dirimu dan ayah berkorban untuk diriku. Semoga, mak diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan. Kakak rindu makkkkkkkk....


Oh...mak...Puan Fatimah Hj. Elias...bersyukurku pada Illahi, kerana dikurniakan ibu mertua sebaik dirimu. Rasanya, tiada mertua lain sebaik dirimu. Namun andainya ada, maka beruntunglah mereka menantu2 yang memiliki mertua sepertimu. Mak, aku tidak hanya menyayangi anakmu, namun kasihku tetap ada buatmu. Moga Allah terus berikanmu kesihatan yang baik dan berpanjangan. Hassss pun rindukan makkkkkkk..





Friday, April 16, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN KE.DOT..DOT.


glitter-graphics.com





SYUKUR ke hadrat Illahi, hari ni tanggal 16 APRIL 2010 bersamaan 1 JamadilAwwal 1431H. Aku masih lagi diberikan peluang bernafas dan hidup dengan kenikmatan kesihatan yang baik dr Allah s.t.w.

Semoga, bertambah dan meningkatnya usia aku ini,maka akan bertambah keimananku padaMu Ya Allah. Berikanlah aku kekutan dan limpahan Rahmat dan HidayahMu untuk diriku dan juga keluargaku.

Walaupun, tiada apa2 sambutan sebangai mengingati hari kelahiranku yang ke 31 hari ini. Aku cukup bersyukur kerana kenimatan kesihatan yang dimiliki. Nabi Muhammad s.a.w pun tidak menggalakkan umatnya menyambut hari jadi. Ini adalah kerana, upacara-upacara ini hanyalah amalan yang dilakukan oleh kaum Yahudi mahupun Kristian. Apapun bersyukur di atas nikmatNya.

Namun begitu, aku ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak pada teman-teman yang mencurah2 mengucapkan 'Happy Birthday' untuk diriku. Terima kasih yang tidak terhingga. Love You All...Ummwahhhhh..


glitter-graphics.com


glitter-graphics.com



Friday, December 4, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN.....


Semalam, tanggal 3 Disember 2009, adalah besday my husben yang ke..dot..dot..erm..beza 1 1/2 tawon jerk ngan aku...So, kesempatan tu, aku sempatlah gi beli jerk kek kat Fruity around here..yang terkenal akan kesedapan keknyerrr.......erm..yang celebrate pun..kami 5 beranak jerk...abis tu..kek tu..1.5kg....tak laratlah nk melantak...Kek ni, kalau sikit mmg tak cukup...tapi kalau dah banyak cam ni..mmglah memuakkan...so, aku bagilah sebelah kat jiran..then....bawa ke opis sikit tuk kengkawan rapat...then ada dalam 2-3 slices jerk lagi kt umah nunn...

So, My Dear Hubby, semoga meningkatnya umurmu semoga diberikan segala barokah dari Yang Esa, dan ayang doakan semoga cepat2 dapat kheje baruuu...dan semoga ianya lebih mematangkan dirimu serta menjadi suami dan ayah yang bertambah..tambah penyayangnya....serta....kurangkan..kepanasan baranmu..he..he...Love You Alwiz...


ini antara pic yg sempat diambil...erm...jgn tak tau..ni nk bagitaulaaa..pic2 ni mostly hakim yang tolong snap tau.he.he..bijak..bijak....bijak anak mama ni erk..makin hari makin mematangkan dier..

Friday, September 4, 2009

HAPPY ANNIVERSARY



Alhamdulillah, hari ini tanggal 04.09.04 yang lalu aku telah bergelar seorang isteri kepada Faizul Azri Ishak berlafaz bersaksikan Masjid Putrajaya jam 11.30 pagi dikelilingi saudara mara dan sahabat dan kawan-kawan rapatku. Kini semua kenangan indah itu telah mengukir angka 5 rupanya. Dalam diam rupanya perkahwinan kami kini mencecah ke angka 5 tawon. Alhamdulillah, dalam tempoh 5 tawon ini jugak perkahwinan kami diserikan dengan kehadiran putera dan puteri bagi melengkapkan lagi kebahgiaan kami. Namun, dalam tempoh itu, P. Ramlee dalam lirik lagunya ada menyatakan 'sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri'. Jadi begitulah kami, adakalanya hujan, adakalanya mendung adakalanya cahaya berseri-seri.

Tapi itulah lumrahnya untuk mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan ini. Angka 5 tahun adalah satu angka yang boleh dikatakan masih terlalu awal untuk menilai, masih terlalu rapuh dan patah dengan mudah kalau sesuatu terjadi, namun kiranya ada benteng dan iman yang kuat InsyaAllah, segala anasir-anasir yang tidak diundang mampu untuk kita tolak ke tepi, cuma yang penting HATI. Hati perlu jujur dan ikhlas dalam apajua keadaan dan situasi. Perlu dan saling bantu membantu, perlu bertolak ansur, dan perlu ada keterbukaan dalam apajua yang penting adalah bermuzakarah iaitu selalulah kita berbual dengan pasangan, berfikir macam mana untuk kita bina keluarga yang benar2 menjadi sebuah keluarga Sakinah.....iaitu keluarga yang aman damai disamping pembentukkan akhlak anak-anak tinggi di dalam apa jua bidang sekalipun, samada bidang duniawi dan ukhrawi. InsyaAllah, semoga kita dapat membimbing semua ahli keluarga kita menjadi umat yang soleh dan solehah...Amin.



Thursday, April 16, 2009

HAPPY BESDAY..HAPPY BESDAY..HAPPY BESDAY..










Hmm pejam celik pejam celik..hari ni...dah mencecah angka 30's hasneyy oii.....begitu pantas berlalu..erk...kejap jerk.....begitulah juga makin angka meningkat tu bermakna makin pendeklah umur kiter....Ya, Allah Ya Tuhanku. Aku bersyukur di atas nikmat kesihatan yang kau berikan. Limpahkanlah aku pula dengan pelbagai kekayaan, kaya anak-anak yang soleh dan solehah, dan kaya dari segi budi bahasa. Namun janganlah engkau terlalu melimpahkanku dengan kemewahan dunia, sesungguhnya kadang-kadang ianya adalah ujian besar untuk hambaMu ini dan janganlah Engkau lalaikan aku di atas segala nimat yang kau berikan. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala onak dan duri kehidupan.


Alhamdulillah, di hari istimewa ini juga, aku akan menyambut kepulangan suami tercinta, alhamdulillah, kontraknyer di Arab Saudi sudah tamat. InsyaAllah, namun andainya ditakdirkan rezeki kami lagi di Tanah Haram itu kau perkenankanlah..Amin..

Esok, aku akan bercuti, dan pulang ke Segamat untuk menjemput Hakim. Hmm rindu tak tertanggung rasanya pada putera sorang ni, walaupun banyak ragam dan kerenah dalam melayani kehendaknya, namun kadang-kadang berjauhan macam ni, rindu-rinduanlaa pulak..Okey sayang...wait for me..

Wednesday, December 3, 2008

My SweetHeart Birthday

I would fly to express that how much I really love and miss you. Today, 3rd December, it's your birthday, hope when you're back we can celebrate together....




















Thursday, September 4, 2008

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 4






Tanggal 040904 kita telah diijabkabulkan. Alhamdulillah tarikh hari ini 040908 genaplah usia perkahwinan kita 4 tahun. Untuk itu, ayang ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan sayang. Sesungguhnya kami dianugerahi harta yang tiada ternilai sepasang cahaya mata penyeri rumah tangga. Biarpun pelbagai halangan dan dugaan yang melanda, kadang-kadang duka kadang-kadang gembira, namun itulah asam garam hidup berumah tangga sudah menjadi lumrahnya. Alhamdulillah kita bahagia dan masih seperti dahulu. Sayang kasih sayangmu tiada tandingan kasihku usah diragukan. Sesungguhnya diriku hanyalah insan kerdil untuk menumpang kasihmu selagi nyawa dikandung badan. InsyaAllah, ayang akan pelihara rumahtangga kita dan didik anak2 agar menjadi insan yang berguna bukan sahaja demi bangsa malahan agama yang amat penting. Walaupun kita berjauhan dirimu diseberang lautan meninggalkan kami demi mencari nafkah, ayang redha semua itu. Sesungguhnya permata hati kitalah pengikat kasih sayang antara kita. Semoga kasih sayang ini akan terus berkekalan hingga ke syurga. Aminn.