Thursday, February 14, 2013

CNY 2013 di Segamat

Assalamualaikum w.b.t,

Sempena Public Holiday CNY 2013 baru-baru ni, kami sekeluarga bercadang balik ke Segamat. Tapi hari Jumaat aku dah cuti emergency, mulanya kena pergi klinik ambil darah dsbgnya sampai dah dekat pukul 11. So lagi sejam jer dah nak rehat, so better aku ambil cuti ja terus, lagipun si baby tak sihat, batuk sampai bergema-gema sementera nanny yang jaga pulak pun tak sihat jugak coz dia ada semput. Disebabkan kasihan sgt kat nanny@nenek panggilan anak-anak, mama E.L jer terus hari tu, bolehlah basuh kain baju sebelum meninggalkan rumah.

Esoknya jam 11.00 pg baru gerak ke Segamat, tapi sebelum tu sekitar jam 12.30 t/hari singgah dulu di rumah kawan mama kat area Taman Emas, Dengkil tu, rumah auntie Ainil yang baru dapat baby boy. Lebih kurang sejam jugaklah, selepas Zohor baru kita meneruskan perjalanan dan singgah makan kejap di Rembau. Sampai Segamat jam 5.00 ptg.

Semasa cuti di Segamat, tak da apa sangat program, tapi rasa seolah-olah duduk di Cameron Highland pulak, rumah tok Mak pulak atas bukit sikit, dah tu hujan hari-hari tak berhenti-henti sampai nk gi jengah rumah sedara mara tok Mak pun tak sempat, itupun gagah jugak ke rumah Tok Ngah dan Tok Cik...Hujan, sampai nk mandi pun  sejukkk sangat, memang tak berkipas langsung malam-malam. Semalam ( Rabu) baru kita semua balik sini, itupun mama sambung cuti, coz ayah tak nak sesak dengan jammed kalau balik hari Selasa.

Dalam kesempatan bercuti tu, sempat tok Mak masak Laksa Johor dia yang marvelous itu......nak dapat pulak raya nantilah, tapi time tu mungkin mama tak boleh makan hu3 coz dalam tempoh quarantine. 

Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Monday, February 4, 2013

AL-FATIHAH BUAT SAHABATKU...

Asslamualaikum w.b.t,

Tanggal 1 Februari 2013 bersamaan,  20 Rabiual Awal 1434H, telah kembalinya sahabatku Che Norsalina binti Salji, di rumah ayahandanya di Manjung, Perak.

Patutlah sejak dua tiga hari sebelum tu, mata ini asyik berkedip sendiri sahaja di sebelah kiri, terdetik jugak dalam hati, nak menangis untuk siapakah mataku ini.Bukan percaya sangat, cuma mungkin kebetulan.  Telefon kampung bertanyakan perihal kesihatan mak dan ayah, Alhamdulillah, semuanya baik, tapi hati jugak masih tidak tenang.

Tup, tup pagi tersebut terbaca status di FB allahyarhamah yang diupdated oleh suaminya menyatakan, "DariNya Kita Datang, Kepadanya Kita Kembali-Alfatihah buat Allahyarhamah". Waktu tu, hatiku memang tak sedap hati, reply kat Fb tak derpun berbalas. At last, sepupunya sendiri yang menjawab keraguan hatiku. Memang betullah Ina yang kembali itu. Waktu tu, aku tak boleh sangat terima kenyataan, sebab sebelum tu memang tahu dia admit hospital di Manjung tapi tak sangka pulak sampai serius begini, cuba tanya di di fb tu tapi takderpun jawapan. Kebetulan, kami main KUTU sama-sama dan dia jadi pengurus KUTU tersebut. Lgipun dah biasa dah dua tahun main bersama-samanya walaupun Mac tahun lepas dia berpindah ke Sarawak dan bertugas di sana disebabkan suaminya telah ditukarkan ke sana, jadi dia pun mohon ke JPJ Sarawak. 

Akhir yang aku FB dengan dia pada 11 Januari 2013, masa tu dia msg aku, tanyakan perihal resepi kerabu betik, teringin katanya sebab lama tak buat, so aku pun sempatlah jawab fb dia tu, tapi sedikit pun dia tidak ceritakan perihal masalah kesihatan dia, dan aku pun tidak sedikit terlintas untuk menanyatakan kesihatannya. Sebab yang aku cuma ketahui dia sebelum ni memang mengidap penyakit Atritis dan juga Darah Tinggi namun tak sangkalah seserius begini.


Masih lagi, terngian-ngiang ditelinga ni, sebelum dia berangkat ke Sarawak Mac tahun lepas. Dia ada nyatakan padaku, 'has, aku rasa aku ni dah tak lama kt dunia ni', ish engko ni janganlah cakap macam tu, soal hidup mati semua ditanganNya balasku'. ' Tapi itulah aku rasakan, aku risau sapalah yang akan jaga anak-anak aku ni'. Aku pun terdiam, sebab masa kami sama-sama di Jabatan, kalau ada kelapangan dia akan datang ke meja aku dan aku akan dtg ke tempat dia, masa tu kalau berbual2 memang tak ingat apa dah. Kebetulan, anak sulung kami sama-sama lahir pada tarikh dan tahun yang sama 8 Jun 2005, so banyaklah yang dikongsi bersama perihal anak-anak. Sebelum dia berangkat tu, pernah dia berpesan, 'engko kalau nak turun Sarawak, turun rumah aku ja, tak payah nk sewa2 hotel', InsyaAllah, kebetulan tahun ni memang aku merancang nak bercuti dengan anak -anak hujung tahun ni, tapi aku pun belum beritahu dia, cuma perancangan. Itulah kita hanya merancangkan.

Allahyarhamah, walaupun dia ada sakit, tapi dia tak tunjuk sangat yang dia sakit. Allahyarhamah seorang yang periang dan ibu serta isteri yang penyayang. Masa sama-sama di sini pun, kami jugak pernah bincang pasal kematian. ' dia kata lagi, macam manalah kalau ditakdirkan aku mati dulu, anak-anak aku macam mana?, so aku pun cakaplah benda yang sama, aku lebih risaukan anak-anak daripada suamiku, kalau ditakdirkan aku pergi dulu dari dia',.  Ina, tak sangka, rupanya kau akan pergi dulu dariku, firasatmu 10 bulan yang lalu, kini menjadi kenyataan. 

Sepupunya juga bercerita, bahwa anak sulungmu demam panas, waktu pemergianmu, aku tak dapat bayangkan waktu itu. dan walaupun macam-macam cerita yang aku dengar perihal kesihatanmu yang membawa dirimu kembali mengadap Maha Pencipta, semuanya adalah penyebab Ina, semoga kau tabah dan tenang kembali kepadaNya.  Memang aku terkilan sangat tak dapat menziarahi sewaktu jenazahmu masih dirumah, mungkin Allah tidak izinkanku macam-macam halangan yang menghalang untukku menzirahimu sebelum dirimu disemadikan. Namun, aku sentiasa titipkan doa agar rohmu tempatkan disisi hamba Allah yang beriman....Maaf, tak mampu untuk ku teruskan coretan ini. Hati semakin sayu dan pilu bila mengenangkannya. 

Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com