Friday, January 29, 2010

Siapakah Gerangan?


Aha, jangan terkejut...lihat kat atas..siapakah gerangan ini?.Sudah tentu semua kenal kan salah sorang tu (salah sorang bukanker sama ker..hu3?.).kan pernah jadi hero Malaya dalam..drama NurKasih...filem paling hot 2009....Remy Ishak photo no. 1. Tengok ada persamaan tak to both this pictures...saper lagi handsome?..he..he....Tapi yang sorang lagi tu saper?...(aik bukankah both are the same pictures ker..ha..ha...)...

Hmm itulah..kalau korang nak tahu...yang No. 2 pic tu...namanya Cristian Baustista penyanyi fofular kat Philppines, nak dijadikan cerita tertengok pic mamat ni kat dalam Kosmo hari ni..ada citer pasal dier....duet dengan Noryn Aziz lagu Melayu...nak tau kisah selanjutnya..baca kt ...SINI..nanti korang akan taulah..sajajerk...nak tempek kt sini..coz tgk wajah diorangni ada sikit persamaan...hu.hu

Thursday, January 28, 2010

HIDAYAH- HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI



Actually, petikan ini dipetik dari  Utusan hari ini, 28 Jan 2010. Rasa tenang tengok orang-orang yg perpurdah..ni, tapi takderlah sampai nak ke arah tu, cuma cantik and rasa selamat jerk....Baca ni, seorang model USA yang mendapat hidayah...MasyaAllah, sesungguhnya hidayah Allah itu tidak diketahui pada siapa yang disukainya kan?..

PENTAS peragaan pakaian, gemerlapan dunia lakonan, jurulatih kesihatan serta aktivis hak asasi merupakan senario kerjaya wanita bernama Sara Bokker. Apatah lagi dia pernah tinggal di Florida dan di pantai Selatan Miami, antara lokasi paling popular untuk mencari kehidupan glamor.
Pastinyalah, kehidupan alam remaja yang dilalui Sara dahulu banyak berfokus kepada kehidupan tanpa bantasan akhlak dan agama. Lebih-lebih lagi dalam aspek penampilan seksi dan rupa paras yang cantik menjamin kelangsungan hidup di mata masyarakat dan pemantapan kerjaya masa depan.
Malah Sara adalah antara ratusan mahupun ribuan pengunjung setia pantai peranginan itu yang 'gemar mempamerkan tubuh' serta kononnya berjaya mencapai taraf hidup yang penuh bergaya dan ada kelas.
Setelah bertahun-tahun bergelumang dalam dunia yang serba-serbinya mementingkan penampilan luaran, menyebabkan Sara rasa terkongkong dalam dunia yang dipujanya selama ini.
Hakikatnya, rutin kehidupan sedemikian tidak membawa kepuasan sejati kepada Sara, terutamanya yang menyentuh aspek kerohanian.
Lantaran itu, Sara mulai mengalihkan kegiatannya dari pesta ke pesta dan alkohol kepada bermeditasi, mengikuti aktiviti sosial dan mempelajari pelbagai agama lain sebagai satu escapism.
Sehinggalah apabila dunia dikejutkan dengan serangan 11 September 2001, Islam tiba-tiba muncul terutamanya di kalangan Barat yang bukan beragama Islam.
"Itulah detik pertama saya mengenali agama Islam. Sebelum ini, gambaran saya tentang Islam ialah wanita berkelubung, agama yang menafikan serta menganiayai hak wanita, berpoligami serta Islam adalah agama yang terkenal sebagai pengganas serta cenderung kepada keganasan. Ditambah pada ketika itu saya dikira seorang aktivis hak asasi manusia.
"Perasaan ingin tahu di sebalik Islam inilah yang membawa saya kepada kitab al-Quran. Melihat pada kulit depannya sahaja saya sudah tertarik.
"Apabila membacanya pula, hati saya menjadi tersentuh kerana isinya membawa kita rapat kepada Pencipta, lebih memahami persoalan tentang kejadian alam sekitar ini dan segala aspek dalam kehidupan," kata Sara yang terkesan dengan agama yang tidak memerlukan perantara, tidak seperti agamanya sebelum ini.
Ketenangan yang diperoleh menerusi al-Quran memberikan keyakinan kepada Sara untuk menjadikan Islam agama kepercayaannya. Setahun kemudian, Sara bukan sahaja mendirikan rumah tangga dengan jejaka Muslim pilihan hati tetapi paling ketara bagi diri Sara ialah penampilan dirinya yang dikira berubah 360 darjah.
"Kalau sebelum ini saya lebih suka dan serasi dengan berseluar pendek, berbikini dan bergaya dengan pakaian Barat yang berkelas. Kini tidak lagi. Saya lebih tenang dan selesa bila mengenakan jubah dan tudung kepala sebagaimana wanita-wanita Muslim berbusana Muslimah.
"Orang yang saya temui tetap sama tetapi untuk pertama kalinya dalam hidup ini, saya benar-benar menjadi seorang wanita Muslimah. Malahan saya tidak lagi terkongkong dengan minda masyarakat moden ketika itu. Inilah kebebasan yang saya cari-cari selama ini," cerita Sara akan pengalaman pertamanya berjilbab di khalayak ramai.
Beberapa lama mengenakan jilbab, hati Sara teringin untuk mengenakan niqab (pakaian Muslimah lengkap dengan purdahnya). Pernah juga dia mengajukan keinginannya itu kepada suami. Namun balas suaminya, menutup aurat itu satu kemestian kepada wanita Islam tetapi sebaliknya bagi berpurdah.
Pun demikian, hampir setahun setengah kemudiannya, Sara akhirnya mengenakan niqab dengan alasan berasa lebih tenang dan damai serta mahu melakukan terbaik hanya untuk Allah SWT.
Sayangnya, penampilan barunya itu mendapat reaksi yang pelbagai. Antara pihak yang terang-terangan mengkritik keras adalah ahli politik, kumpulan gereja dan aktivis kebebasan dan hak asasi manusia di media massa.
Mereka mengatakan bahawa niqab adalah satu bentuk penindasan terhadap kaum wanita, halangan bagi integrasi sosial dan paling memedihkan, berniqab dikatakan sebagai petanda kemunduran dan terkebelakang.
"Saya melihat kenyataan-kenyataan di atas ini sebagai kata-kata orang munafik.
"Natijahnya sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan hijab atau niqab untuk keluar berkerja dan mendapatkan pendidikan di sekolah dan universiti. Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia, Maghribi dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis, Belanda dan Eropah.
"Sehingga kini, saya tetap seorang aktivis wanita tetapi seorang aktivis wanita Muslimah, yang menyeru kepada para Muslimah untuk tetap menunaikan tanggung jawabnya dan memberikan sokongan penuh pada suami-suami mereka agar menjadi seorang Muslim yang baik. Membesar dan mendidik anak-anak mereka agar menjadi Muslim yang berkualiti sehingga mereka boleh menjadi insan berguna bagi seluruh umat manusia.
"Di samping itu, saya menyeru kaum wanita untuk berbuat baik dan menjauhi kemungkaran serta menyebarkan kebaikan dan menentang kebatilan.
"Yang pastinya, saya tidak berhenti setakat diri ini menikmati hidup yang semakin ceria, bahkan turut memperjuangkan Islam, menyedarkan wanita lain agar menutup aurat, memerangi dakyah musuh-musuh Islam dalam hal etika pakaian Islam," tegas Sara.
Tambah beliau, sebagai seorang bekas bukan Islam, dia bertekad menjelaskan kepada wanita lain akan hak-hak wanita untuk sama-sama mengetahui mengenai hijab, kebaikan-kebaikannya, kedamaian dan kebahagiaan yang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah terjadi ke atas dirinya sendiri.


Kredit to Utusan:

Wednesday, January 27, 2010

Telefon oh Telefon

Actually, peristiwa..ecehh peristiwa plak...ntah apa2lah yg sewaktu dengannya....Malam tu..Hadirah tk boleh tidur..so dia guling skali dapat telefon aku yang N95 tu...aku mula tu pun tak tidor gaks....tp agaknya dah lewat sgt..aroun 2.00 pg cam tu lar....akhirnya terlelap jugak...bila aku terjaga.....dah habis..dh blank tepon aku tu...awatnya...hadirah dah gigit2 penuh air liur dia..hu.hu..mcm nak menangis aku rasakan....hmm tp mujurlah..tepon satu lagi ada...yang N79 tu tapi problem tepon tu..keypad dia no. 6(mno) tu susah dah tekan...then kena tekan byk2 kali...adusss..adusss...problem betull.....nak beli telefon baru?..Hmm rasanya tak laa dulu kot wat masa sekarang..gunalah dulu selagi boleh gunaaa...Hadirah...Hadirah..mujur ko kecik laie..kalo dah besar...hmm tak tahulaaah nk cakap apa.....

Monday, January 25, 2010

Malas Hadep Blog

Malastul dah hadep blog actually macm citer, tak citer  pasal seMalaysia...citer-citer pasal akujugak..he..he....So, dua tiga hari lepas...rakyat Malaysia dikejutkan dengan kemangkatan Baginda Sultan Iskandar, Sultan Johor....Alfatihah buat Allahyarham....

So, berbalik pada citer aku..takder apa2 benda sebenarnya.....adalah citer2 budak2..selsema batuk yg ada sikit2 lagi...Harap2 esok lusa baiklah sepenuhnya, Hakim pun last week tak sekolah 3 hari..batul dan selsema punya pasall...

Sekarangni, Malaysian tengah menggilai citer BOF...apa BOF malas aku nk habaq pjg2lagi..coz sessi lepas dah ada bagi tau...so aku pun biaaslah kena tempias balik...eventhough citer korean ni mmg aku minat sejak lama dulu....tp blajar bahasanya still tak lepas2 lagi.....InsyaAllah, hopefully...akan ada improvement...sikit masa lagi weiiihhh oit...setakat,..yeboseyo..annyeonghaseyo...annyeongi kaseyo..iss..puin...anio...yea...bolehlaaa he..he...semua tu...ucapan/greetings jerk....

Now, tgh pulak blajar..sikit2 bahasa jerman...sib baik ada atie..kt jerman nun..yg faham bahasa nih..kalo tak..aku ckp..ngan jerangkung jerklaaa...ha3...ha3....Atie...gutern morgen...wie geht es ihre familie?....danke..atie...




Thursday, January 14, 2010

16 Tahun Lamanya..akhirnya..

Hmm sebelum nk citer pasal 16 tahun tu...aku...nk citer sket hari nih....waaa...dah msk tawon ke 6 kawen hari ni..aku datang opis ngan husben naik motor scooter..he..he..lucu tulll rasa......bedesuppp..kejap jerk sampaii...compare ngan wak keta..hu..hu..

Ok,, back to my story about 16 years...Actually, almost 16 years kitaorang tak bersua...alih2 hari ni aku daapt contact member sorang nih...iaitu Rohaida Yusoff....last lost contact..since i'm form 3...So, bayangkanlah punyalah lama tak bersua...tp syukurlah walaupun just dpt cakap on d phone jerk...rupanya..anak2 dia dah besar pun...sulung boy darjah 5, no.2 darjah 1..no. 3 umur 6 tawon...Hmm punyalah dah besaq2 kan...Muladah laa tu..cheq nk speaking kedah...nun..he..he..Cakap ngan Rohaida..mak aii pekat sungguh pelat kedahnya...aku pun dah hampir2....lupa dah..mujurlah cheq dok faham lagi....dia ada 'semawa' gi umah dia...'semawa' tu means ..pelawa laaa..bahasa buku...tp cheq ckp..InsyaAllah, kalau balik kedah nanti cheq tepon la...he..he....aku ckp cam tu lar...

Monday, January 11, 2010

Semalam 10.01.010 Hari Yang Mendebarkann


Sabtu dan Ahad..9 & 10. Jan 2010...Suatu hari yang mendebarkan seluruh anggota badan...Mana taknya, si hanani bagi biskut bantal kat hadirah...membuatkannya tercekik, mujurlah aku sempat tengok,padahal hadirah di depan ngan kakak n abangnya, aku pulak di dapur sebok memasak....lps tu dgr diorang menjerit2....sementara hadirah...dah merah2 muka..air liur..menjejeh2 ke lantai...apalagi, aku tunggang kepala...dah tu sampit picit2 perutnya....Alhamdulillah, mujur keluar biskut tu...Masya Allah, seluruh anggota badan aku mengigil disaat itu, dan kinipun bila mengenangkan kembali...Easya..easya..kenapalah buat mcm tu.....Hmm itulah...sukarkan...manalah si easya faham dia baru 3 tawon....sedihhh tul laa.aku..mmg tak terkata apa2 sudahh...

Malam, tadi, dia wat hal lagi....masa tu aku tengah ion baju...sempatlah 2 pasang baju..dah tu..nak terkucil...bila aku kuar jerk....tgk dia lari mencicit...rupanya dia dah ion tangan dia...alahai...easya naperlah wat cam tu....hmmm melecur gaklaa jari dia...dn telapak tgn(belakang tgn).......Aduhai anak2...sikap dan prangai korang boleh buat mama mati disebabkan sakit jantung....

Thursday, January 7, 2010

Entah..Tiba-Tiba Kenangan Lama Menjengahhh

Entah kenapa tiba2 nak hari ini nak search cari tentang kematian Azman Zakarian(Man Zek) yang meninggal tahun 1998... kawan/teman tapi mesra...ecehhh.... tup..tup terjumpa dalam web sekolah nih.....actually aku  mengenali man pun secara kebetulan. Semasa tu, saya belajar di sebuah university tempatan, manakala beliau belajar di boston dan hanya surat menjadi penghubung persahabatan kami.

Disebakan, jarak yang jauh, dan nak save cost...surat sahaja menjadi penghubung.....Setiap 2 minggu sekali aku atau dia akan menerima surat dr aku...dan sebaliknya dia...best jugak ms tu..dpt kumpul setem2 luar negara...

So, persahabatan kami, hanya berhubung melalui surat sahaja, namun bibit sayang tu...ha.ha..dah ada ke tak..tk pasti..yang pasti aku suka sekali tatkala menerima suratnya yang panjangnya berkajang2...maklumlah nak kumpul story 2 weeks nyer...

Namun, semuanya hanyalah kenangan silam....dan ianya amatlah  mendukacita dan sedih sekali, apabila aku dikhabarkan akan kematianya, masa tu aku dalam perjalanan pulang ke kampung di utara. Sampai di rumah sekitar jam 10.00 malam, ibu maklumkan bahawa kakaknya menelefon dan memaklumkan akan kematiannya. Kebetulan aku pulang ke kampung waktu itu disebabkan kematian arwah atok...Mmg dugaan besar menimpa ketika itu, dua org yang disayangi meninggal dalam sekelip mata.

Kesedihan bertandang lagi, bila aku pulang semula ke college dan menerima sepucuk surat terakhir darinya yang dipos pada hari kematiannya....(sebab aku dimaklumkan dia meninggal malam pada 1 July 1998) dan cop surat itupun pada 1 July 1998)..Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku waktu itu. Surat itu menyatakan keceriaan beliau tentang percutiannya di tanah air selama 3 bulan dan pelbagai aktiviti disusun..namun tiada tanda2 pun yang dia akan pergi untuk selama2nya...

Namun, kini, semuanya dalam kenangan yang tidak pernah luput dari ingatan. Semoga arwah ditempatkan bersama2 yang beriman..   -Azaman Zakarian- 14 Oktober 1977- 1 July 1998-





Wednesday, January 6, 2010

Penangan Citer Korea Datang Lagi

I get mad of this drama lately..hmm why...you'll know when watching this drama...Actually..``Boys Over Flowers,'' a perfect fairy tale of a television drama, is taking local viewers by storm. Based on the comic series of the same name by Yoko Kamio, it has been made into a live TV series in Japan, Taiwan, and now, Korea. What is it about the local version that has the nation swooning? Four pretty boys dubbed F4, a plain girl, fabulous clothes, houses, cars and a love story may fit for an answer. 

Geum Jan Di (girl) and Jun Pyu Yo..as hero and heroin in this drama..

Actually, this drama dah ditayangkan di saluran 303..around Mei hari tak tak silap in Korea channel, so...sedap sket when speaking in Korean Language, but now in 8tv they had translated to the kantonis/mandarin version.....kureng sket laaa..tp the story still top ten.he.he...So, here are the pictures of Boys over Flowers that will you get mad...

Tuesday, January 5, 2010

Hakim dah Sekolahhh

Semalam tanggal 4 Jan 2010,  Hakim dah pun masuk tadika Al Huda dekat dengan rumah tu, so nak tengok reaction dia cam ne, aku cutilah semalam. Tapi Alhamdulillah lar, hantar dia gi school tu, nampak ok jerk...then duduk diam jerk kt meja....Aku kejap jekr kt situ aroun 15 minits..So far okay jerk..then petang masa pegi amik..ceria sekali...

Hari ni aku dah keje, so, semuanya diserahkan pada 'ibu' pengasuh anak2 aku lah..so around jam 1.00 nanti dia yang akan amik dan hantar hakim ke sekolah...Syukur lega sikit sebab 'ibu' boleh hantarkan, kalau tak..nak cari van hmm itulah bebayarrlagi...so dah ibu leh hantarkan..semuanya bayar kt ibu jerklaaa...Thank 'ibu'...so tak yahlaa aku nk  ulang alik balik lunch hour tu....Entah cam manalah hakim kt skolah hari nih...kita tunggu dan lihattt..