Thursday, January 7, 2010

Entah..Tiba-Tiba Kenangan Lama Menjengahhh

Entah kenapa tiba2 nak hari ini nak search cari tentang kematian Azman Zakarian(Man Zek) yang meninggal tahun 1998... kawan/teman tapi mesra...ecehhh.... tup..tup terjumpa dalam web sekolah nih.....actually aku  mengenali man pun secara kebetulan. Semasa tu, saya belajar di sebuah university tempatan, manakala beliau belajar di boston dan hanya surat menjadi penghubung persahabatan kami.

Disebakan, jarak yang jauh, dan nak save cost...surat sahaja menjadi penghubung.....Setiap 2 minggu sekali aku atau dia akan menerima surat dr aku...dan sebaliknya dia...best jugak ms tu..dpt kumpul setem2 luar negara...

So, persahabatan kami, hanya berhubung melalui surat sahaja, namun bibit sayang tu...ha.ha..dah ada ke tak..tk pasti..yang pasti aku suka sekali tatkala menerima suratnya yang panjangnya berkajang2...maklumlah nak kumpul story 2 weeks nyer...

Namun, semuanya hanyalah kenangan silam....dan ianya amatlah  mendukacita dan sedih sekali, apabila aku dikhabarkan akan kematianya, masa tu aku dalam perjalanan pulang ke kampung di utara. Sampai di rumah sekitar jam 10.00 malam, ibu maklumkan bahawa kakaknya menelefon dan memaklumkan akan kematiannya. Kebetulan aku pulang ke kampung waktu itu disebabkan kematian arwah atok...Mmg dugaan besar menimpa ketika itu, dua org yang disayangi meninggal dalam sekelip mata.

Kesedihan bertandang lagi, bila aku pulang semula ke college dan menerima sepucuk surat terakhir darinya yang dipos pada hari kematiannya....(sebab aku dimaklumkan dia meninggal malam pada 1 July 1998) dan cop surat itupun pada 1 July 1998)..Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku waktu itu. Surat itu menyatakan keceriaan beliau tentang percutiannya di tanah air selama 3 bulan dan pelbagai aktiviti disusun..namun tiada tanda2 pun yang dia akan pergi untuk selama2nya...

Namun, kini, semuanya dalam kenangan yang tidak pernah luput dari ingatan. Semoga arwah ditempatkan bersama2 yang beriman..   -Azaman Zakarian- 14 Oktober 1977- 1 July 1998-





No comments: