Hmmm rasanya, sudah sekian lama, mama tak mengupdate blog. Entahlah apa kemalasan yang melanda pun tak tahu, padahal banyak juga aktiviti dan cerita-cerita untuk dikongsi di sini.
Semalam, dalam keadaan hujan renyai-renyai kita sekeluarga meredah jugak, disebabkan nak memenuhi jemputan majlis perkahwinan kawan ayah kat Kg. Jawa tu. Payung yang kecil tu, ayah berkongsi dengan Hani dan Hakim. Sementara mama cuma ikatkan kain napkin di kepala Hadirah, cuma kepala mama sahaja sekadar dilitupi dengan tudung kepala. Dah sampai pusing2 pulak cari parking. At last dapat jugaklah parking. Masa nak masuk untuk menikmati juadah kenduri, keadaan khemah mmg sangatlah 'chaotic' mana tidaknya, air penuh merata2 di bawah kaki, becak tu toksah nak ceritalah. Dah dapat tempat duduk, mama tinggalkan anak-anak mama pada ayah sementara mama pergi mengambil nasi. Terpaksa ulang dua kali, disebabkan tangan tak cukup. Tengah nak makan, Hakim pulak, nak terkucil.........terpaksalah pulak ayah bawa Hakim meredah dalam hujan renyai2. Mujurlah ada masjid berhampiran, bolehlah Hakim melepaskan hajat.
Waktu tu, dah hampir jam 3.00 ptg, kasihan Hadirah dia pun dah terlalu lapar agaknya, tanpa mama menyuap, dia dah pulun sendiri....Tup..tup...kakak pula, Hanani nak terkuncil, masa tu ayah belum balik dengan abang. Nak tak nak, mama terpaksa minta tolong sorang lil girl yang sebok di majlis kendara tu, cuma mama agak saja di mungkin cucu cicit tuan rumah. Dialah tolong bawakah Hanani ke dalam rumah tumpangkan untuk melepaskan hajat.
Selesai makan semua, masing2 dapat cenderamata berupa bekas telur anyaman dan salam dengan tuan rumah kita semua pun gerak nak balik. Ingatkan nak balik dah, coz masa tu hujan still renyai-renyai, then ayah cakap nak pergi JJ kat Bukit Tinggi. So geraklah ke sana pula.
Pada mulanya, ayah cuma nak beli 'perfume' dia saja. Mama pula nak beli sikit baju-baju untuk anak-anak mama, sebab since raya lepas, dah tak ada baju baru. So masing-masing dapatlah sorang dua pasang. Tup..tup ada lagi yang tersangkut di dalam 'troli' tu, mcm2lah dengan tools untuk bilik air, mama belikan kad CNY untuk xboss mama, dan dua kotak untuk simpan barang-barang mainan anak-anak mama. Lepas bayar semua barulah turun ke bawah untuk cari perfume ayah. Issey Miyake kesukaan ayah tu memang tengah sale, tapi sale pun harge, mak ai boleh sebulan makan. Then, ayah tanya mama nak tak?..Hi3....ibarat ngantok disorongkan bantal, sudah tau, lagi mau tanya ka....hi3 gitulah ibaratnya. Last-last ayah ambil yang pack kembar untuk man and women. Terbarai gakslah kat situ. Apapun, Thank you so much dear. AJKH. Itulah shopping semalam sama naik ngan cina2 yang nak sambut CNY. Nak menyedapkan hati, takperlah kita sambut CNY kat umah tok Mak. Hari Rabu kita makan besaq. Hubby gelak jerk.
Dah balik rumah, sampai lebih kurang jam 6.00 ptg. Hujan still renyai-renyai. Dah masuk, anak-anak mama sebok tengokkan baju, sementara mama tengok2an box untuk isi barang tu, sekali baru teringat, mana satu lagi bungkusan yang ada tools untuk bilik air dsbg?..Hah..sudah ni mesti tertinggal kat kaunter masa bayar tadi. Lepas solat semua, ayah pergi semula ke JJ naik motor jerk. Hah..ada pun. Tu lar, ayah kata, masa dia datang ambil tu, diorang tak tanya pun pasal resit ker haper. Memang dah perasan muka ayah tadi agaknya, cuma cashier tu bertiga berbanding masa mama bayar tadi cuma berdua. Hu3..macam-macam....
No comments:
Post a Comment