Monday, January 9, 2012

Permulaan Tahun Baru....Suasana Baru.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, mama diberi lagi ruang dari Maha Pencipta untuk terus menulis di blog mama ini buat pembacaan anak-anak mama. Tahun ini telah menganjak lagi satu tahun baru dalam kamus kehidupan setiap yang bernyawa iaitu Tahun 2012 bersamaan dengan Tahun 1433 Hijrah. InsyaAllah dengan adanya dikesempatan yang diberikan ini moga kita akan menjadi yang lebih baik daripada yang semalam ( tahun-tahun lepas)....

Tahun ini juga, tahun di mana anak bujang mama Fareez Hakim mula menjejakkan kaki ke sekolah yang sebenar. Alhamdulillah, menginjak besar, sekarang sudah makin mendengar kata-kata mama. Malam sebelum pergi sekolah dengan senangnya tidur di bilik sendiri,  kalau tidak asyik nak berkepit dengan mama dan ayah saja. Seperti yang abang Hakim inginkan mama beli jam loceng, so mama pun tunaikanlah permintaan abang tu. Malam pertama, esoknya bangun cepat-cepat lagi. Hari pertama persekolahan memanglah excited, so mama pun cuti dua hari jugaklah sementara nak mengadjust time anak-anak mama ni. So hari kedua nak ke sekolah, jam loceng berbunyi sampai mama letakkan di telinga pun tak terjaga-jaga ....hmmm penat sungguh mana tidaknya, sekolah pagi dari jam 7.30 pagi hingga jam 11.00 pagi. Sekolah kebangsaan dari jam 1.00 ptg hingga jam 6.30 ptg.


 tengah nguyah ayam, mama sebok nak snap pic..itu yg jd senyum simpull mcm tu..hi3..kelakar..

Namun sekurang-kurangnya  syukur Alhamdulillah, sebab jarak persekolahan abang Hakim tidaklah jauh, cuma sekolah agama sahaja mama perlu ambil van, sebab tak terkejar-kejar sangat masa nak balik. Sementara sekolah kebangsaan cuma depan rumah saja, tapi buat masa sekarang, Pakcik Faris tolong hantarkan dahulu sehinggalah Hakim pandai sendiri nak pergi sekolah. Kakak Hanani pulak ,seperti biasa, ada lagi satu sesi di Tadika Al-Huda, seperti biasa juga, Hanani cuma naik van Pak Cik Latiff sebelum ni walaupun jarak dari rumah 500meter saja.

So, bermulalah, mama berada di era kesebokkan mulai sekarang. Setiap pagi pun mama  dah bekalkan Hakim sarapan, petang sekolah depan rumah jerk, so mama tak bekalkan apa-apa cuma bagi RM1.50 jerk buat permulaan ni, air bawa air kosong jerk, lagipun tak elok minum ais setiap hari. 

Itupun, dua hari lepas masa cuti, dah start demam, rupanya tekak dah merah-merah ada keputihan macam nak jadi ulser, mujur ayah bawa ke kllinik cepat, so hari ni bolehlah kesekolah. Anak mama ni susah sikit nak minum air kosong, lepas makan sejam dua jam baru nak minum..memang susah sesangat nak minum air kosong.

Catatan:





 

2 comments:

dalila said...

hasni.. anak2 pun dah besaq... dh masuk sekolah dah pun... kita pun makin tua lak rasa ..

@hasney^-^ said...

Aha Dila, ramai anak dah besaq2 ni mcam-macam ragam n peel....tak terlayan rasanya...tp bila tgk si kecik..rasa serabut fikiran pun tenang sket...mc ada doll boleh main2 ...hi3...