Alhamdulillah, tahun ini kami beraya di Kedah. So perjalanan balik dari Klang sekitar jam 3.30 petang, dan highway pun boleh tahan jugak banyak kereta tapi sampai di Sg. Perak singgah solat Asar sahaja dan beli makan sikit kemudian teruskan perjalanan ke Sg. Petani. Waktu berbuka pun singgah hentian(x ingat) itupun makan n minum dalam kereta jer dengan air mineral dan kurma. Lepas Sg. Perak jalan tenang sahaja tak banyak kereta dan akhirnya kami sampai di Sg. Petani sekitar jam 9.00 malam. Syukurlah mak dah masak lauk pauk tinggal nak ngap saja...hi3..tapi sebelum tu singgah sebelah Kelab Cinta Sayang tu beli KFC budak..budak tak boleh lepas dengan KFC.
Raya pertama di Sp, itupun tak sempat kemana-mana, tok Jah tak larat sangat, hari raya cuma masak, kari daging, ketupat dan mee rebus. Itupun jiran sekeliling dah serbu sampai nak keluar beraya pun tak sempat. Petang sekitar jam 4.00 barulah kita semua gerak ke Machang Bubuk rumah Tok Long ( Abang Tok Jah) yang dah lama jadi single father sejak Mak Long meninggal 10 tahun lepas dia tinggal dengan anak-anak dara saja.Gambar--gambar kita layan lepas ini...
Kita beraya di Sg. Petani sehingga raya ke lima ( Khamis) baru gerak ke Johor. Bertolak dari Sp jam 6.00 pg, singgah solat sebelum bukit Merah dan teruskan perjalanan ke Klang, ikut jalan dalam saja, lama ayah cakap tak ikut jalan dalam, so mama as usual mengikut perintah jerk....maklumlah kiterkan co pilot jerk..ha3...Sampai Klang lebih kurang 12.30 t/hari. Makan dan mandi manda dulu baru gerak sekitar jam 3.30 ptg, so sampai Segamat dah hampir jam 7.00 malam.
Masa, kita sampai tu, Aunty Morrie, kawan Tok Mak ada kat sana, so sempat la bergambar dengan family dia ...padahal Aunty ni duduk dekat dgn rumah kita jerk di Klang je sebelah rumah ibu yang jaga anak-anak mama dulu....
Kita beraya di sini sehingga hari Isnin(mama masih cuti) so Isnin baru gerak balik jam 9.00 pg sampai Klang jam 2.00 ptg. Ayah pun masuk keje semula sekitar jam 3.00 ptg..maklumlah 'bos'..hah..hah..bos laa sangat...
Jom kita layan antara gambar raya yang sempat mama rakamkan....untuk kenang..kenangan.
Our Family pic Raya 2012..theme cacar merba jerk...hi3
My sweet hunny bunny mama..the only boy
Lovely son and daughter
Little gurls - Faqihah
My gurls
Tok Ayah & Tok Mak dengan anak-anak2nya..kaya anak lelaki...tapiiiiiiii
Kaya jugak dengan cucu-cucu perempuan....1 boy vs 7 girls
Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com
2 comments:
seronok kan dapat beraya bersama family ramai2 begini... meriah ... terus teringatkan zaman dela kecik2 dengan mama dan abah.... :( apa2 pun terima kasih hasney.... Sebenarnya hati dela risau menunggu saat kelahiran nanti... doakan kami berdua selamat ye... terima kasih banyak2... :)
Della...insyaAllah kuatkan semangat...mudah mudahan Allah permudahkan urusan kelahiran nantiii....dah ramai mcm has ni dh x kisah dahhh riuh sekampung....
Post a Comment