Monday, May 20, 2013

KISAH SI BODOH - UNTUK RENUNGAN BERSAMA....

Assalamualaikum w.b.t,

Untuk RENUNGAN ANAK MAMA, Fareez Hakim..Sambutlah Cabaran Itu Sebagaimana cerita di bawah....Usah mengalah dengan apa yang di perkatakan....


KISAH SAIFUL NANG YANG BODOH PIANG DAN CHERITA ARNAB & KURA-KURA.

Sebagai seorang dyslexia saya membesar dengan stigma "BODOH" yang dilontar kepada saya hari-hari (ulangsuara, hari-hari tau...hangpa kena sekali pun bersilat hanyarr semua bunga hangpa tibai). Orang lain dah boleh membaca semasa darjah satu, tapi saya sangat lambat. Orang lain dah boleh menulis dengan baik, tapi tulisan kita masih tunggang terbalik.

Rupanya, kata-kata saya ini "Bodoh" itu buat saya seperti sekarang. Perkataan BODOH itu buat saya selalu fikir dalam diri kenapa saya bodoh dan mengapa saya tak pandai macam orang lain sedangkan saya dan orang lain sama dan cukup sifat.

Saya mula tukar persepsi saya tentang perkataan bodoh itu sebagai satu cabaran dan bukan satu masalah. Saya menduduki tempat ketiga akhir di dalam kelas secara konsisten sehinggalah saya masuk ke tingkatan 1. Dari tingkatan 1 saya menduduki top 5 keseluruhan secara konsisten sehingga tingkatan 5. Dari Sekolah Menengah Bandar Bera sehingga ke English College JB. Semuanya kerana saya rasa saya bodoh dari orang lain dan saya berusaha lebih tetapi konsisten.

Semasa sekolah rendah, semua top student akan pandang saya "spelleyy" (bahasa rempit maksudnya...pandang cikai. Cikai juga adalah bahasa rempit maksudnya pandang sebelah mata) dan saya pandang mereka seperti memandang Fong Sai Yuk ataupun Mahaguru Kungfu Jackie Chan dalam filem Drunken Master. Mereka sangat hebat dan saya sangat kerdil.

Kebangkitan bermula apabila UPSR saya yang sangat teruk itu menjadikan stigma kebodohan saya itu pada pandangan Si Pandai adalah satu sifat yang abadi. Disebabkan saya tahu saya bodoh, saya bertindak untuk menggandakan usaha saya untuk belajar lebih dari yang lain. Saya intai cara Si Pandai belajar sehari 2 jam lalu saya jadualkan diri saya untuk belajar 6 jam. Sampai masuk ladang sawit pun baca buku nota (masa tu buku kecil "Nota Fax" tapi saya order beli dari cikgu Firzan dengan sebutan "Nota Faks / sound like fuck - lalu bergolek-goleklah mereka ketawa dan saya masih tidak tahu apa itu "fuck").

Bermula dari peperiksaan penggal satu saya mula memintas kesemua top student sekolah rendah saya dahulu dengan mendapat tempat pertama keseluruhan tingkatan sehingga pada peringkat SPM saya menjadi pelajar terbaik di ASBJB (Semai Bakti JB) dan berada dalam kelompok 10 teratas di English College.

Ini orang bodoh yang sedar bodoh tetapi mengambil kebodohan sebagai satu cabaran dan bukannya masalah (emak kan dah pesan macam tu). Allah juga jadikan manusia ini mulanya tak tahu apa-apa pun. Bayangkan jika Allah jadikan kita terus dah ada Ph.D atau dah boleh cakap macam Professor Facebook? Mesti kita tak akan appreciate ibu bapa dan guru kita sebagai laluan ilmu kita kan?

Bayangkan kalau Allah tak hentam kita awal-awal yang mengatakan kita ini ZALIM LAGI BODOH (Al-Azhab,72) mesti kita rasa kita ini power macam Firaun. Allah bodohkan kita dahulu lalu Allah tunjuki petunjuk. Wawajadakadholl (Dan kami mendapati kamu bingung) Lam-fahada (lalu diturunkan petunjuk).

Soalnya, ramai yang sentap dengan perkataan BODOH itu sendiri. Cuba kita gunakan perkataan itu untuk muhassabah diri sendiri dan berterima kasih kepada yang panggil kita bodoh (saya dah biasa. Anda bila lagi?).

Ok...

Kadangkala kita tak mahu kosongkan gelas kita untuk terima air baru. Maka adalah orang yang perlu tumpahkan air itu supaya boleh diisi dengan air baru. Ataupun tak payah gatal-gatal nak air baru kalau bawa datang gelas penuh. Kalau nak juga dan degil juga nak adalah nanti tok guru yang pi simbah muka hangpa dengan air yang hanpa takmau kosongkan itu. Mudahnya, kalau orang datang kepada saya dalam kelas saya, biasa saya akan katakan kepada mereka "Anda datang untuk belajar dari saya, izinkan saya jadi laluan ilmu Allah itu dengan cara menundukkan kepandaian sediaada kamu dahulu". Kalau tak, macammana saya nak mengajar (boleh tanya ex-students saya di SNAP...depa tahulah macammana saya buat dalam kelas tapi hujung2 rating program 95% jugak).

Bila kita rasa pandai, orang sedang perhatikan kebodohan kita. Bila kita rasa bodoh, orang sedang perhatikan kepandaian kita. Jika anda berjumpa dengan mereka yang berilmu, tundukkan ilmu kita agar ilmu orang itu mampu mengalir kepada kita.

Hanya orang pandai yang mampu mengaku bodoh kerana orang bodoh tak perlu mengaku bodohpun orang boleh tahu mereka bodoh. Bodoh akan dilihat walaupun menyamar macam pandai DAN pandai boleh dirasai walaupun disembunyikan.

Isu bodoh ini kena ambil positif. Perkataan itu tidak salah sebab itu ia masih ada dalam kamus Dewan. Penerimaan perkataan bodoh itu yang perlu dipositifkan.

Suka tak suka, proses yang fitrah untuk belajar ialah dengan mengaku bodoh. Kalau tak mengaku bodoh asyik nak mengaku pandai sahaja mesti perlu ada orang yang membodohkan si perasan pandai itu. Konsep BERLAPANG DADA untuk belajar ini perlu. Bagaimana anda datang kepada seorang guru untuk belajar tetapi dalam dada anda sudah penuh dan sempit untuk dimasukkan ilmu lain.

Banyak perumpamaan saya beri. Jika anda tanya saya, antara pujian PANDAI atau kutukan BODOH, yang mana lebih membawa saya ke peringkat yang ada sekarang?

Saya akan jawab...BODOH. Kerana merasa bodoh itu saya berusaha dengan konsisten untuk memandaikan diri. Jika saya rasa saya PANDAI, saya akan rileks siap tidur bawah pokok semasa perlumbaan dengan Si Kura-kura yang bodoh itu. Faham tak apa yang saya katakan ini? Kalau tak faham confirm anda orang pandai. Kalau faham maknanya anda pun sama macam saya yang bodoh juga.

Artikel ini hanya untuk orang-orang bodoh dari orang bodoh. Yang rasa pandai, sila jangan baca kerana anda akan mencemari kemurnian kebodohan ini 


Selamat Hari Guru!


SAIFUL NANG
Pemikir Bodoh Piang


* Siapa share & like dia pun sama macam saya. Bodo jugak...kerana hanya Allah yang Maha Pandai.


Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

No comments: