Assalamualaikum w.b.t.
Rasanya, pasti ramai penggemar Kicap Cap Kipas Udang di luar sana sudah mengetahui akan perkara ini. Mama pun ada juga menggunakan kicap tersebut, baru-baru ni pun telah buang botol besar yang isinya masih lagi separuh, itupun bukan disebabkan ianya tidak asli tapi disebabkan telah masuk bendasing asing, so faham faham sajalah. So, since that, mama dah tukar ke penggunaan Kicap Mudim dan kadang-kadang Kicap Jalen, rasanya masih tetap enak. Untuk teman-teman di luar sana, sebarkanlah kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang meminati kicap Cap Kipas Udang ini agar kita tidak terus tertipu. Email ini mama dapat dari teman-teman juga.
****************************
Semalam terbaca kat sebuah laman forum mengenai kicap Cap Kipas Udang tiruan. Disebabkan agak sibuk dengan urusan peribadi, tak sempat nak cari info lanjut. So, hari ni ada masa terluang sket dan ZB terus cari maklumat mengenai perkara tersebut dan ini yang ZB perolehi.
ASSALAMUALAIKUM
Yang Dihormati En Azhar Ramli, merujuk emel saudara, pihak ZARA disini sebenarnya telah mengesan kewujudan kicap tiruan ini (botol kecil sahaja) sejak bulan September dan kami tidak membuat publisiti yang meluas berkenaan perkara ini kerana ingin menangkap dalang sebenar yang menjalankan kegiatan ini. Alhamdullialh setakat ini kami telah mengesan beberapa pengedar haram tetapi masih gagal lagi mengesan dalang yang terlibat.
Untuk pengetahuan saudara Azhar sebagai rasa tanggung jawab pihak kami telah membuat bancian disemua kedai runcit dan mini market diseluruh Malaysia bermula pada bulan September dan telah berkerjasama dengan pihak KPDN untuk memberi amaran dan merampas kicap tiruan daripada peruncit telibat.
Untuk jangka pendek bagi mengurangkan impak kepada pengguna pihak kami telah membuat pembaharuan kepada capseal dan label untuk memudahkan pengguna membuat perbandingan diantara kicap tiruan dan asli. Produk dengan Label baru digunakan bermula pada penghujung September hingga kini dan boleh didapati di Hypermarket dan semua kedai-kedai yang lain.
Jika pengguna masih menjumpai produk kicap dengan label lama (Capseal hitam) sila buat perbandingan seperti gambar yang dilampirkan disini sebelum membuat pembelian. Pihak kami mendapati dari segi pembungkusan, 98% peniruan sama dengan yang asli menjadikan pengguna susah untuk melihat perbezaan.
Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa monosodium glutamate(ajinomoto).
Oleh itu pihak kami sekali lagi sangat mengalu-alukan peranan Saudara Azhar untuk menyebarkan maklumat ini kepada pengguna setia kami yang lain. Kerjasama saudara amat kami hargai.
Kat bawah ni perbezaan ketara yang dapat dilihat pada patern dan label. Sila perhatikan betul-betul dan semak kicap Cap Kipas Udang yang ada kat dapur rumah anda tu. Hee..
So, lepas ni sebelum beli kicap Cap Kipas Udang tu, semak-semak la apa yang patut yer. Kot-kot masih ada stok kicap Cap Kipas Udang tiruan kat kedai-kedai tu. Dan jangan lupa sebar-sebarkan info ini kat keluarga, saudara-mara atau kawan-kawan anda. Paling mudah, klik button Share to Facebook kat bawah ni.
Coretan:
No comments:
Post a Comment