Fuhhh, lama betul tak updated belong nih..he3..bkannya, apa kebizian yang melampau jugalah, selain tu laptop kat umah plak problem, nak kena tukar batery baghu, dah lama sgtdahhh..Actually, banyak perkara ataupun en3 yang dah terlepas..lepas. Takperlah walaupun terlepas ianya hanya sekadar coretan untuk kenangan anak cucu cicit dimasa akan datanggg...
Actually, dah sebulan lalu, ulangtahun kelahiranku yang ke?..tut...tuttt...he3. Seperti kebiasaan, tiadalah sambutan yang meriah-meriah giler, dan juga idakler,hasben belikan gelang emas sebesar rantai kapai ker..tidakla sebegitu sekali. Apapun kebiasaannya memang tiada sambutan untuk itu, namun hubby sempat membelikan aku sebijik cokelat ice cake. Yum..yum..mmg sedap..anak2 apalagi diorang jerk yang pulun sampai habis.
Sebab apa tiada sambutan?...Tak mengapalah cukup sekadar mengingati. Sesungguhnya semakin angka pada umur kita meningkat, maka semakin pendeklah jangka hayat hidup kita di dunia ini. Selain itu, lagipun tiada dalil2 atau nas2 dan hadith Nabi yang mengajak kita menyambut kelahiran seseorang itu. Ada baiknya, juga, andainyalah katakan, Nabi menggalakkan kita untuk menyambutnya dengan hadiah-hadiah yang mewah dan sebagainya, maka mungkin beruntung bagi yang berharta, tapi sesungguhnya kasihan pada mereka yang hidup pun, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, nk mkn malam pun kena kais. Jadi, cukuplah peringatan untuk kita, meningkatnya umur maka pendeknya hayat di dunia ini. Namun, cukuplah amalan kita untuk mengadapnya kelak?.
(comeytak? hi..hi..hi.)
UCAPAN SELAMAT HARI IBU,
Seperti kebiasaan, Selamat Hari Ibu pun hanya sekadar ucapan untuk ibu2 tercinta, InsyaAllah, bulan June ni kami sekeluarga akan pulang ke Sungai Petani untuk berjumpa dengan ibu2ku terchinta.
Untukmu ibuku Puan Siti Zariyah Ahmad, bersyukur ke hadrat Illahi dan terima kasih kerana mengadung dan melahirkanku. Tanpamu mungkin tiadaku di dunia ini. Walaupun tidak pernah merasai belaian kasih sayangmu sepanjang hidupku, namun aku bersyukur kerana kasihku tidak pernah berubadah walaupun seinci, mungkin tiada siapa yang mengerti. Mak, adik sayang mak, tapi waktu dan masa membuatkan diriku terlalu sukar untuk setia berdampinganmu. Mak, semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik. Mak, adik rindu makkkkkkk..
Wahai mak ..Puan Khatijah Mat Isa,...bersyukur ke hadrat Illahi dan terima kasih segala-galanya di atas curahan kasih sayangmu yang tidak terhingga, walaupun kau tidak melahirkan diriku mak, tapi aku bahagia, kernamu jua aku masih bernafas di muka bumi ini sehingga kini. Jasa dan pengorbananmu selama ini tidak pernah aku lupakan. Namun, maafkan aku mak, andai kiranya sehingga kini aku masih tidak mampu bekorban sebagaimana dirimu dan ayah berkorban untuk diriku. Semoga, mak diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan. Kakak rindu makkkkkkkk....
Oh...mak...Puan Fatimah Hj. Elias...bersyukurku pada Illahi, kerana dikurniakan ibu mertua sebaik dirimu. Rasanya, tiada mertua lain sebaik dirimu. Namun andainya ada, maka beruntunglah mereka menantu2 yang memiliki mertua sepertimu. Mak, aku tidak hanya menyayangi anakmu, namun kasihku tetap ada buatmu. Moga Allah terus berikanmu kesihatan yang baik dan berpanjangan. Hassss pun rindukan makkkkkkk..
No comments:
Post a Comment