Tuesday, March 2, 2010
KITA IBARAT PINGGAN
Andaikan 3 individu berbeza meminjam
sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa,
individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan
bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus
meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan
asalnya..
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm
keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan
tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah
ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam
keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi
bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada
nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain
menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..
Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali
kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa,
maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik
Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..
Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn
dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di
dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak
imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan
kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita
ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat
pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..
Semoga bermanfaat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment