Wednesday, March 10, 2010

Macam2 Cerita Suka Dan Duka

Salam you all,

Lama betul, Has tak update blog, bukannya apa, kebizian melanda hidupku...semingu dan minggu2 yang lepas. Tambah2 minggu lepas macam2 aja terjadi.

Minggu lepas jugak, aku terpaksa bercuti..nak tk nk kenapaksa jugakla...Mmglah seronok kan cuti, tp bagi aku pulak, tak seronok, mana tidaknya kena hadap keje rumah yg belambak, yg tak abis2 dr pagi sampai ke petang. Kalau kerja opis tu, masuk jam 8 pagi then jam 5 ptg takyah nk pikir sgt dah..Tapi keja rumah dari subuh hari sampai ke malam tak habis-habis..Itulah kerja org pompuan ni. Actualy, aku terpaksa bercuti disebabkan,'babysitter' anak aku minta cuti selama tiga hari. Kenapayerk..Sebabnya dia nak wat majlis perkahwinan anaknya pada hari Sabtu lepas 6hb Mac 2010. So, aku dah pun cuti start on 3 of March until 5 March. Then...Ada pula tu..ya, kemudian ada sesuatu pula yang berlaku.....jeng..jeng............Dua hari selepas itu................


On, Monday, 8 March, sedang enak aku tengah menggoreng nasi goreng untuk dibawa bekal ke opis, tiba-tiba dapat panggilan yang mengejutkan. My mother in law called frm Kg, informed that yang Mak Cik Limah dah meninggal dunia. Actually, malam tadi pun dah tak berasa sedap hati bila diberitahu mak yang makcik limah koma coz of heart attack. Tiba2 jerk pagi itu dikhabarkan akan pemergiannya untuk selama-lamanya. Act. makcik limah ni, kembar. Tapi kembar dia dah meninggal 5 tahun yang lalu. Dan kebetulan pula, hari semalam hari meninggalnya makcik Limah tu, sama pula dengan tarikh kematian kembarnya 5 tahun dahulu iaitu Pakcik Yem (Ibrahim) bapak mertua noury @ ijan. Dan masih ingat lagi, waktu Pakcik Yem pergi, aku tengah mengandungkan Hakim, 3 to 5 months tk silap. PakCik pun meninggal jugak secara mengejut, dia pun tak ada apa2 penyakit yang serious.

Begitu jugaklah, dengan MakCik Limah, dia jugak tidak ada apa2 penyakit yang serous, sakit darah tinggi pun bukanlah tahap serious. Namun tiba2 sahaja diserang sakit jantung dan terus koma. Selepas koma, pihak hospital Segamat hantarnya ke Johor Bahru, namun di sanalah dia menghembuskan nafas terakhir.

Kesedihan melanda Che'A sekeluarga. Takziah dari aku dan family. Apatah lagi. si Aida, anak makCik Limah yang bongsu sedang mengandung  dan tiga bulan lagi dijangka bersalin. Memanglah sedih, tambah2 orang yang disayangi pergi secara tiba-tiba. Terlalu sukar untuk ku gambarkan.Arwah kemudian dikebumikan sebelah rumahnya sahaja, kebetulan pulak, kawasan rumah mereka bersebelahan pagar kubur. Mudahlah untuk anak2 dan suaminya melawat. Namun, aku pun rasa nak menitis air mata, bila melihatkan Pakcik Seman, suaminya arwah. Sebenarnya, yang lebih uzur adalah PakCik Seman, namun, Allah lebih menyayangi MakCik Limah. Semoga Allah memberikan ketabahan pada mereka semua.

Namun, disebabkan, aku tidak punya waktu yang cukup, kami hanya balik melawat sahaja dan kemudian dalam jam 9.30 malam bertolak ke Klang semula lagipun, husben susah sekarang nak cuti...Dan tiba di Klang hampir jam 12.30 malam.




No comments: