Wednesday, May 26, 2010

KEMEWAHAN DUNIA YANG MELALAIKAN

Renungkanlah kisah ini. Kadang-kadang kemewahan hari ini yang diberikan Allah lebih melalaikan kita untuk teguhkan iman dan peningkatan beribadah terhadapNya.


Rasulullah SAW di mana suatu masa Baginda berkumpul di masjid bersama para sahabat.Tiba-tiba datang seorang sahabat berbama Mus'ab bin Umair r.a.

Tatkala Rasulullah saw.melihat kepada Mus'ab dan melihat keadannya yang hanya mengenakan pakaian dengan sehelai selendang yang bertampung dengan kulit, Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Makkah dahulu. Mus'ab sebelum Islamnya adalah seorang anak hartawan dan sangat dimanjakan oleh ibunya.

Berbanding ketika itu, nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Makkah)menyebabkan tangisan Baginda.

Lantas Baginda bersabda yang maksudnya :"Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Sabda Baginda SAW, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".
( Hadis Riwayat Termizi )

Dalam hadis ini Rasulullah SAW menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tidak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Andai dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Mudah-mudahan diberikan kekuatan untuk kita terus meningkat ibadah masing-masing




No comments: