Pagi ni, rasa macam tak larat sangat nak bangun. Tapi at last sempat jugalah menyiapkan lunch untuk anak-anak mama yang ala kadar saja. Pindang Ikan, Sawi Goreng dan Ayam Goreng Salut Tepung, ayamas punya, kalo tak tak sempat mama nak menyalut2lah. Mana tidaknya 6.30am. baru terjaga. Selepas siap semua, ayah hantar anak-anak mama. Mama ngan ayah gerak pulak ke Hospital Ampuan Rahimah, kebetulan mama ada appointment dengan doktor pakar O& G kat Pusat Rawatan Harian di situ. So sampai sana lebih kurang 8.45am.
Jejak jerk kaki ke dalam, mak ai, tak da space nak melangkah, nak duduk apakan lagi, punya lar ramai orang yang berpenyakit (tak sedar diri termasuk mamala). Sebelum tu, menunggu untuk mengambil no giliran pun dah tunggu hampir-hampir sejam. So, dah ambil no giliran, tunggu lagi untuk next procedure ke di bilik O&G. Bayangkan mama dapat no61, padahal, tengok kat screen baru running no 22. Hu3..berapa lama mau tunggu ni, tapi dah tau dah, kalau kat buat medical checkup kat government kalau tak mengambil masa 1/2 hari memang tak sahlah, eventho sampai jam 8.00 pagi situ pun. Tapi kena fahamkan, patient ramai, so semua nak free so kenalah berkorban sket...Takperlah, dari mama tercangak kat pejabat tu, baik mama sekali sekali lari dari routine harian tu. hi3.
At last, around 11.40am macam tu, baru turn mama. Alhamdulillah, doctor memang friendly. Layan apa jerk pertanyaan mama. So far, tak ada apa-apa perkembangan cuma checkup biasa and set for next appointment with Thyroid Specialist on 1st of April. Adoi, nak kena pergi lagi. Tapi mujuqlah lagi 3weeks lebih kurang.
So around 12.45 baru selesai semua. Ayah datang ambil mama semula, pergi makan kemudian baru masuk pejabat semula. Bos pula oustation ke KK until Friday, baru dia masuk pejabat semula. So bolehlah mama mengetap ngetip kejap nih.