CNY lepas ingatkan dah tak kemana-mana disebabkan, Segamat banjir dan tak ada laluan yang boleh memasuki jalan ke rumah MIL nak balik ke Sungai Petani pulak, baru balik sangat. Tapi masa hari Khamis tu air dah mula surut , jadi banyak jalan dah dibuka. Namun, terpaksa melalui jalan jauh jugak, disebabkan jalan dari Tampin ke Gemas-Gemenceh masih ditenggelami banjir. Akhirnya, kami semua anak beranak ikut jalan Tampin - Kuala Pilah - Bahau, kemudian melalui Palong dan ke Muazzam. Dari simpang nak ke Muazzam tu baru patah balik semula ke Segamat. Bayangkanlah perjalanan selalunya dalam 3 jam sahaja. Kali ni perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Tapi sepanjang perjalanan dapat tengoklah kesan-kesan bajir, memang teruk sangat. Ada kawasan berhampiran dekat dengan Palong tu, tak pasti kawasan mana. Sebahagian keluarga macam orang asli la, cuma berlindung dari hujan dari khemah-khemah saja di dalam kawasan pokok getah.
Sampai di Segamat, banyak rumah-rumah yang masih ditenggelami air, termasuk rumah tok saudara suami, memang rumah dia tenggelam paras tinggkap (lagi dua tiga kaki nak tenggelam sepenuhnya). Mereka masing-masing tinggal di dewan berhampiran. Rumah arwah Mak Cik Limah iaitu rumah mak sedara suami juga memang seperti biasa akan banjir, tapi sejak rumah dia dibina baru dan ditinggikan, banjir kali ini cuma menenggelamkan kawasan dapur saja. Apapun nak ke rumah dia dari jalan perlu juga bersampan. Maaflah ya, gambar-gambar semuanya tak sempat nak snap.
Hari Sabtu, setelah sekian lepak-lepak saja di rumah MIL, barulah kami gerak ke jemputan Walimatul Urus di Pontian, Johor. Mak aiii perjalanan pun mengambil masa lebih kurang hampir 3 jam. Penat gakslah, lenguh dah kaki-kaki, mana tidaknya, Exora tu berhimpit2 dengan 6 orang dewasa dan 3 anak-anak, itupun dah naik sesak nafas dah. Lebih-lebih lagi Hadirah bukannya mau duduk diam. Hakim plak asyik bergaduh ngan Acu Ikie.
Hari Ahad, tu pula ada jemputan kenduri lagi, lepas kenduri kami pun gerak balik, sebab konon tak mau sangkut Jammed. Plan memang tak mau ikut highway, dah tau jammed teruk, last-last jalan dalam pun dah sangkut-sangkut, mcm semut jerk. Kereta toksah nak cakaplah, sampai tak ada ruang kat jalan raya tu....20km sejam pun takder. Bayangkanlah, keadaan tersengguk-sengguk tu, sampai jerk Senawang, terus masuk ke Tol Lekas...konon nak lekas, masa tu dah maghrib dah nak abis pun, memang masing-masing niat jamak takhir jerklah. Lepas keluar Tol Lekas, masuk semula jalan Nilai kemudian baru masuk highway KLIA tu. Sampai kat hentian Dengkil baru solat, dan makan, itupun berebut2 meja. Orang tak yah nak cakap jerk, tak ada ruang pun nak makan. At last ada gaks, rezeki kami, selepas satu family ni pun dah nak gerak.
Alhamdulillah, perjalanan malam tu, walaupun kepenatan ya Amat tapi semuanya selamat sampai ke rumah jam 10.30 malam. Bayangkanlah bertolak dari Segamat jam 3.30 petang, kemudian sampai di rumah jam 10.30 malam. Tolaklah time, berhenti solat tadi, makan, then buang air kecil, air besar, dalam 1 sejam setengah. So, sama juga perjalanan sebagaimana nak pergi tadi. Kalau tadi pergi Segamat lari jauh sebab banjir, now terpaksa jalan jauh dan tersangkut2 lagi disebabkan 'jammed'. Sesangatlah......
So, the conclusion is, mama cuti hari Isnin...........tapi memang sebab dah plan nak cuti pun, tah tau ini akan terjadi. Memang penat dan mengah semalam pun tak habis2 lagi. Mana plak menyesak mata dengan kain-kain baju bertimbun. Hu3..Nasib2 saper suh gi jenjalan.
Jom layan pic Hadirah posing...ala..ala malu kucing...hi3..salah sorang penawar hati mama.
No comments:
Post a Comment