Monday, February 28, 2011

Tahniah Kepada Abg DD Sekeluarga.

Assalamualaikum w.b.t.,

Cerita Sabtu dan Ahad,

Sabtu dan Ahad lepas memang sebok giler. Selepas membasuh dan menjemur baju, lebih kurang jam 11.30 pagi kami anak beranak bergerak ke Sepang. Tapi sebelum tu, hubby nak singgah dulu di JJ, ada barang 'office' yang dia nak beli. Sementara 'hubby' tengok barang-barang pejabat dia tu, aku pula sebok membelek, barang nak belikan pada baby baru. Mama ker, dapat baby, hmm kalau mama, masakan mama pulak nak berjalan-jalan sampai ke JJ dalam waktu tu.

Sebenarnya, abang ipar aku Abg DD dan Kak Aishah telah menerima seorang lagi ahli keluarga baru dalam keluarga mereka. Baby Aimi Dhia Nazira di lahirkan pada 26 Februari 2011 lalu jam lebih kurang 4.00 ptg dengan berat lebih kurang 2.27 kg. Kalau tengok fizikal memang keciklah, mana tidaknya, sepatutnya, due date ibunya lagi sebulan, tapi dia dah tak sempat-sempat nak keluar. Itupun ibunya kena 'induce' disebabkan air ketuban dah pecah.

So, my MIL pun turun dari Segamat pada malamnya, jadi kami pula turun ke Sepang keesokkannya (hari ini). Kemungkinan MIL duduk dulu kot seminggu dua, sementara Kak Aishah nak pulih sepenuhnya, lagipun anak-anak dia yang 3 orang lil girl tu pun semua bersekolah, tak da sapa-sapa yang nak tolong, selain hubby dia. Kami pun stay overnight gaks la semalam. Hadirah, apa lagi, memang dia dengan 'baby' excited giler. Hmm risau tul, itu baby orang, nanti baby sendiri tak tahulah apa reaksi dia, even sekarang pun dah garang sangat, macam-macam perangai baru yang dapat. Tu baru umur setahun 8 months. Kadang-kadang mama ngan ayah ketawa lihatkan gelagat Hadirah. Hmm lain anak-lain ragam. Itulah yang meriuh rendahkan suasana kat rumah tu.
 
Petang semalam (Ahad) baru balik ke Klang semula. Itupun dah sampai rumah dah dekat-dekat maghrib dah nak abis, disebabkan hujan sepanjang perjalanan, sekejap lebat sekejap tidak.

Coretan:

No comments: