Wednesday, April 6, 2011

Jadi 'Flower Girl'

Sepanjang bercuti(weekend) dua hari tu, mama sebok jerk bekerja di rumah memandangkan dah lama sangat tinggalkan rumah, tapi mujurlah, ayah tak biarkan rumah terbiar teruk, umpama lalang memanjang hingga ke pucuk atap, cuma ada rumput2 kecil boleh dicabut dengan tangan jerk...hi3.

Hari Ahad tu pula, sebok dengan majlis kenduri kahwin kak Shuhada anak ibu, memandangkan ayah terpaksa hadiri satu majlis lain di surau. Jadi ayah cuma hadir sebentar saja, kita jerk hampir separuh hari di rumah ibu. Mana tidaknya, awal-awal dah sebok anak-anak mama lil cutey, jadi flower girl untuk Kak Shuhada. Terima kasih kak Syuhada, kerana bagi kepercayaan kat anak-anak mama. Alhamdulillah, Hadirah mahupun Hanani memang oklah, pandai bawa diri dan sporting habis. Tambah-tambah Hadirah, ada yang tak percaya bila mama cakap yang Hadirah baru setahun 9 bulan. Hi3..Pic nanti mama upload yerk, ada dalam hard disk ayah, mama belum copy.

Next-day nya routine mama kembali seperti biasa.....




Glitter Text @ Glitterfy.com

No comments: