Mak ai, dah naik penuh sarang labah-labah kat blog ni, nampak sangatlah udah sekian lamanya tak mengadap blog, punyalah malas. Padahal banyak activiti yang ingin berkongsi bersama, disebabkan kemalasan tahap melampau2 yang melanda sebab tu lah tak tercoret-coret.
Pada 21 hingga 23 Mac yang lalu, mama perlu menghadiri satu kursus di INTENGAH Jalan Elmu, Kuala Lumpur, disebabkan tak larat berulang alik dari rumah ke KL mama ambil keputusan stay kat hostel selama 4 hari 3 malam, memandangkan dah dapat persetujuan ayah. Namun begitu, anak-anak mama terpaksa korbankan persekolahan selama seminggu sepanjang mama berkursus kerana ayah tak terdaya nak jaga ketiga-tiga orang. At last, anak-anak mama( Hakim dan Hanani) terpaksa hantar ke rumah Pak Long di Sepang lagipun Tok Mak yang minta hantarkan ke sana, mama pun tak jamin yang ayah mampu jaga ketiga-tiga anaknya. Cuma yang tinggal bersama ayah sepanjang tiga hari tu hanyalah Hadirah seorang.
Alhamdulillah, sepanjang kursus 3 hari tersebut memang amatlah menyeronokkan(walaupun hati tak seronok tinggalkan anak-anak mama). Mana tidak seronok, kelas tamat sekitar jam 4.30 ptg, so around 5.00 dah boleh berehat-rehat kat bilik sambil menonton television, kang time makan 7.30 malam turun jerk bawa badan makan kat dinning kat bawah...begitulah sampai tiga hari. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dengan situasi mama sekarang, dapatlah sikit mama released tension dan kepenatan dengan kerja-kerja harian di pejabat dan tugas2 lain di rumah waktu itu.
Hari ketiga, selepas tamat kursus pun selepas lunch hour dah boleh balik, disebabkan ayah tidak dapat ambil, mujurlah ada kereta pejabat dapat datang dan ambil mama. Sebelah petang sekitar jam 5.30 petang, ayah dan Hadirah pun balik ke rumah. Wah..wah...Hadirah tengok jerk mama, bukan main ceria lagi, macam-macam cerita dia nak cerita, walaupun sebutir patah kata mama belum fahami, just a few words jerk la...itupun ujung2 words jerk...Tapi tengok gelagat Hadirah malam tu memang melucukan, seolah-olah rindunya pada mama terubat bila mama dah disisi. Padahal masa tinggal bersama ayah, ayah citer yang Dirah, diam jerk membisu, tak ada sesiapa nak bergaduh dsbgnya, abang dan kakak pun tiada, memang sunyi sepilah rumah sepanjang tiga hari tu.
Keesokkan paginya (Jumaat) mama terpaksa bekerja semula tapi disebabkan hari tu ada mesyuarat di MOT, memang tak masuk pejabat juga, sebelah petangnya baru masuk pejabat. Pagi-pagi hantar Hadirah ke rumah ibu(pengasuh) dah menangis semula, alahai anak mama, cian dier. Tapi mama cuba juga pujuk yang mama kerja, dan harap-harap Hadirah dapat memahami. On the way ke Putrajaya tu, mama call ibu bertanyakan Hadirah, menangis lagi ker, ibu cakap dah Ok...Alhamdulillah. Kemudian, hari Sabtunya barulah kita semua gerak ke Sepang, ambil kakak dan abang.
Sampai jerk ke Sepang, Kakak dan Abang, dah sebok angkat barang/beg masing-masing. Padahal mama dan ayah barujerk sampai, hi3, nampak sangat dah tak sabar-sabar nak balik. Tapi disebabkan auty(nenek) pun ikut sama, selepas makan malam dengan berbekalkan lauk pauk yang mama dah siap masak dari Klang barulah kita semua gerak semula balik ke rumah. Sampai di rumah pun dah hamir jam 11.00 malam.
Sambunglah next entry.....
Coretan:
Glitter Text @ Glitterfy.com
No comments:
Post a Comment