Melihatkan kawan mama 'syarida' bercerita tentang handphone dan kenangan, mama pun terpanggil untuk berkongsi sama. Yang mana disebalikknya pelbagai cerita suka dan duka. Dulu masa zaman study, mama memang tak pakai pun telefon. So kalau nak telefon Tok Jah, mesti pondok telefonlah tempat mama mengadu..hu3...pakwe?..pakwe mana ada..tak ada siapa-siapa pun masa study 'lone ranger' hi3...shhhhhhhhhh...biarlah rahsia......
Ni lah, pondon telefon zaman 90's dulu...pondok telefon ni jugaklah, aweks..blok C bertenggek-tengek bergayut ngan pakwe-makwe masing-masing....hi3..ni contoh jerk yerk..tapi memanglah banyak berjasa...sebelum mama terjun ke dalam bidang kerjaya yang sebenar dan miliki handphone sendiri.
Masa dulu, mama datang KL ni nak interview sorang-sorang jerk, memanglah takut sangat, sekitar tahun 2001 selepas jerk tamat pengajian kat UiTM Perak. Disebabkan, mama bukanlah senang sangat, Awan masa tu dan sekarang pun masih kerja biasa-biasa saja, dan tiada apa yang luar biasa padanya, so Awan bekalkan mama telefon ni lah... Iyerklah masa tu, Awan bimbang sangat nak lepaskan anak dara dia sorang-sorang turun KL ni, so nak tak nak dibelikan jugaklah handphone, nak kata murah tak jugaklah masa ni, telefon mahai oo...telefon ni pun sekitar RM185 kot, tapi sekarang kalau RM50 pun orang dah tak nak kan? tu tak termasuk harga sim card, so sim card tak silap masa tu harga sim card Maxis pun sekitar RM125. Ya ampun mahal giler kan, sekarang ni, orang beli pakai buang jerk....cukup tempoh 3 bln tak top up dah kena beli baru..nombor dah orang lain pakai.
Nokia 3310
So, lepas kerja lebih kurang setahun, inilah telefon pertama yang mama beli dari hasil titik peluh duit mama sendiri. Mama punya color blue black tu, walaupun ianya ada dalam pelbagai warna. So mama ditemani kawan mama masa tu kami sama-sama beli dekat Low Yat KL. Harga telefon ni masa tu sekitar tahun 2002 kalau tak salah mama RM500 gitulah. So telefon yang first sekali tu, mama kembalikan pada Awan...tapi akhirnya tinggal sejarah, coz Awan dah tercicirkannya di dalam 'lubang jamban' aka mangkuk toilet laa...hu3.
Nokia 6670
Selepas pakai Nokia 3310, tu sekitar tiga tahun lepas tu, mama masa ni pun dah kahwin dan tengah 'pregnant' kan abang Hakim sekitar tahun 2005la. Disebabkan mama memilih skim pencen maka dapatlah keluarkan duit KWSP yang dikumpul selama tiga tahun semuanya. So, mama belikan telefon ni sorang satu dengan ayah. Lama jugaklah telefon ni mama pakai sebelum tukar ke telefon baru. Sekarang telefon ni, mama punya dah bagi pada Tok Jah, tapi sebab 'button' dia kecik sangat, Tok Jah susah nak guna, so dia bagi pada Tok Cu ...( Adik Bongsu Tok Jah). Telefon ni, banyak kenangan jugaklah, sebab ianya telefon bercamera pertama yang mama miliki. So, tahun tu juga abang Hakim dilahirkan, jadi banyak gambar abang Hakim diabadikan dalam telefon tersebut, tapi ayah mujur dah transfer ker hard disk sudah.
Sony Ericson K770-Cybershot
Ni pula telefon Sony Ericson K770, ni lah first time mama bertukar dari Nokia ke telefon jenis lain, kalau tidak, memang Nokia tetap utuh dihati. Sebabnya Nokia ni tahan lasak, walau jatuh berderai macam mana sekali pun, kalau di pasang kembali tetap boleh on seperti biasa. Sony Ericson Cyber Shot ni, mama suka sangat, inilah first time ayah belikan mama telefon, itupun setelah dia berada di Arab Saudi sekitar tahun 2007. So tahun ni jugaklah Hanani dilahirkan maka banyak sekalilah gambar diabadikan dalam telefon ni. Telefon ni masih ada sampai sekarang, tapi tak boleh nak guna sebab problem bila nak charge tak mau masuk, bateri dah tukar, wire charger pun mama dah beli yang baru tapi still tak boleh juga. So mama simpan jugak sehingga kini.
Nokia N79
Nokia memang bestlah, pada tahun 2009 ayah belikan pula Nokia N79 ni, masa ni kelahiran Hadirah. Telefon ni cantik jugak, ada 3 casing yang boleh tukar-tukar, hijau, merah dan kelabu. Buat masa sekarang mama ada kalanya pakai jugak telefon ni, itu pun kalau mama tukar line umobile ke dalamnya. So,telefon memanglah banyak, ni semua kerja ayah lah, masa dia kat Arab tu selalu sangat beli telefon, so sampai tak tahu nak pakai yang mana dah. Hu3...nak jual sayang coz banyak sentimental value nyer.
Nokia N95
Telefon Nokia N95 ni sebenarnya ayah pakai, tapi memang best sangat-sangat sebab dia ada 8GB. So movie pun boleh simpan dalam ni. Sementara ayah dah pakai telefon Samsung Galaxi sekarang ni, so mama pakailah telefon ni, tapi sekarang tak pasti tercicir mana apapun yang pasti memang ada dalam rumah lagi, anak-anak mama selalu guna telefon nni layan citer Upin n Ipin.
Samsung Galaxy S2
Disebabkan ayah pun dah bertukar kepada telefon Android, mama pun nak juga, so ayah cadangkan mama ambil telefon Samsung Galaxy S II ni, memang best telefon ni, jatuh ker macam mana pun memang tak bercalar. Oleh kerana, ada sikitlah duit lebihan dari beli rumah hari tu, so mama belilah telefon ni satu, dari terbuang duit ke arah benda-benda yang tak bermanfaat kan. Lagipun dua-dua labtob mama dah rosak, so susah nak online ker apa-apa kat rumah, asyik nak kena pinjam Pak Cik punya jerk. So dengan adanya telefon Samsung ni, senang sikitlah mama nak check personal email or email jabatan, fb dan berwassap dengan bos mama jerk, wassap free aja dengan mana-mana talian pun. Nak donwload game pun senang, anak-anak pun dah pandai mendownload game ke telefon mama ni, pantang lepa sikit. Skrg ni mama dah tukar password phone jenis lain so susah sikit anak-anak mama nak main game. Hi3
Buat masa sekarang semua telefon-telefon di atas tu, ada yang tersimpan dan ada juga yang mama dah let go.
Buat masa sekarang semua telefon-telefon di atas tu, ada yang tersimpan dan ada juga yang mama dah let go.
Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com
2 comments:
Samsung Galaxy S 11 macam besar sangat la. Senang pegang ke Intan ?? Macam-macam cerita telefon kan intan ??
syaridah oklah, puas jugaklah kalau nak tengok video...hang punya galaxy tu pun ok aper...nice tgk..
Post a Comment