Thursday, March 15, 2012

Hari Kedua - Jalan- Jalan Ke Tamasek @ Singapore

Assalamualaikum w.b.t,

Hari kedua perjalanan kita di Singapore pergi ke Esplanade/ Patung/ Merlion Park. So pagi tu kita ada sedikit senaman sahaja selain mengambil gambar beramai-ramai dan acara bebas lain. Kemudian pergi shopping lagi di Mustafa Center dan juga ke Geylang. (Melihatkan Geylang tidak ubah sebiji macam lebih kurang kat Pekan Rabu Alor Setar. Sementara ' Mustafa Center' ni pula lebih kurang macam Maideen kat KL tu jerk.  Mostly barang-barang kat sini pun dari Indonesia sahaja, jadi mama tidaklah sangat shopping giler-giler, sebab terkilan dan rasa lebih baik shopping di negara kita sahaja. Sekadar beli cenderahati itu ada la sikit-sikit buat teman-teman di pejabat.

So jom kita layan gambar-gambar hari ke dua di Singapore:

 


 Bergambar beramai-ramai bersama semua ahli rombongan ' Geng Surau'.


Menikmati ice -cream setelah penat berpossing-possing.

Tengah hari kita balik semula ke rumah penginapan, mandi solat dan makan, seterusnya gerak kembali ke Malaysia. Macam-macam insident yang berlaku melibatkan Hakim, dah orang gerak barulah dia sebok nak terkucil, so terpaksa la pulak Pakcik Bus tu pusing-pusing cari 'toilet'. Sampai kat Check Point Singapore, dia plak nk terkucil lagi, dah tu terpaksalah potong 'que' orang depan, mama apa lagi berkejaranlah sambil dukung baby, mujurlah orang yang depan barisan kita tu, pun sama-sama ahli rombongan, so selamba jerk potong 'que'. 

Sampai pulak 'checkpoint Tg. Pelepas', passport ada 6 tapi orangnya cuma 5 orang, hah sudah, rupa-rupanya Hadirah sudah hilang, mama dan anak-anak mama menunggu sementara ayah berlari terus ke dalam cari Hadirah, rupanya, salah sorang abang yang jugak ahli rombongan kita sudah tarik Hadirah hampir nak masuk ke dalam bas sudah. So ayah berlari dukung Hadirah semula ke 'checkpoint'. Huh..mmg kecut perut jugaklah, dah la sekarang ni senang-senang jerk orang 'kidnap' anak-anak kecil ni. 

Semua selamat naik bus dan tidur sahaja. Singah solat di Yongpeng dan nak naik bus, Hakim tertinggal pulak jaket dia, so pergi naik balik kat tempat makan tu,...rupa-rupanya ayah dah bawa jaket tu dulu ke dalam bus, sebab sebelum tu mama masih menunggu anak-anak mama yang  belum siap makan. Sampai di Klang sekitar jam 1.00 pagi pada 12 Mac 2012, so mujurlah mama dah apply cuti awal-awal jadi bolehlah rehat-rehat sahaja di rumah. 




Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

No comments: