Setelah seminggu cuti persekolahan, Hakim baru menjejakkan kaki ke sekolah semula pada Selasa lepas di sebabkan gara-gara tangan kirinya yang terseliuh akibat terjatuh. So semalam baru Ustazah dia bagi report kad markah keseluruhan ujian 1 tempoh hari. Mama bersyukur sangat-sangat, sebab anak mama ada banyak peningkatan berbanding ketika tadika dahulu. Kalau masa tadika dahulu dia banyak main dan suka kacau kawan-kawan. Tapi bila melihatkan keputusan peperiksaan dia kali ini memang banyak peningkatan. Syukur Alhamdulillah, Walaupun keputusan tidaklah cemerlang % peratus, bukan kedudukan no. 1 yang mama harapkan janji dapat memberi keputusan yang terbaik memadailah sambil kita sama-sama amalkannya.
Ingat, apa yang kita belajar bukan hanya semata-mata untuk mendapat no. 1 di dalam kelas, sebaliknya yang baik itu perlulah kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah, mudah-mudahan peperiksaan sekolah rendah pun Hakim mampu lakukan yang terbaik. Mama amat memahami anak mama, dan mama tahu sejauh mana kemampuan Hakim. Mudah-mudahan Hakim akan menjadi seorang anak yang solleh, berjaya di dunia dan akhirat dan begitu juga untuk anak-anak mama yang lain juga, Hanani, Hadirah dan Hazirah.
Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com
3 comments:
:) sejuk perut ibu dapat anak2 gini kn...
:) sejuk perut ibu dapat anak2 gini kn...
InsyaAllah..Mudah-mudahan...his so surprising me.
Post a Comment