ALFATIHAH............Hari demi hari, siang malam berganti, dalam pelbagai keadaan manusia dijemputNya. Baru sahaja musim cuti sekolah menjengah, kita akan kedengaran di sana sini, ada yang mati lepas dan yang paling ketara adalah kemalangan jalan raya. Begitulah pengakhiran hidup seorang manusia pagi ketawa riang, petang kaku tiada sahutan. Semalam sebenarnya kejadian ini berlaku di mana enam sekeluarga iaitu seorang ibu adik serta anak-anaknya maut apabila kereta Iswara yang mereka naiki bertembung dengan lori treler yang sarat dengan muatan papan. Salam takziah buat keluarga mangsa.Untuk makluman lanjut baca di bawah ini:
PEKAN: Enam sekeluarga terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di KM78 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan pada 8.45 malam tadi.
Mereka dikenali Norfaizah Mansor, 31, dan empat anaknya Norsyahira Atika Saudi, 13; Norsufia Saudi, 10; Norsuhaila Saudi, 7; dan Mohd Shahrul Amir Saudi, 3, serta adik Norfaizah, Mohd Saiful Anwar Mansor, 14. Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintendan Amran Sidek, berkata ketika kejadian, kesemua mangsa yang menaiki kereta Proton Iswara yang dipandu Norfaizah, dalam perjalanan pulang ke Pekan dari rumah ibu bapanya di Keratong 2, Pekan. "Sampai di tempat kejadian yang berhampiran dengan Kampung Runchang, kenderaan yang dinaiki mangsa dari arah Segamat cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya namun gagal dan bertembung dengan sebuah treler," katanya di sini, hari ini.

Amran berkata, kereta yang dipandu Norfaizah itu terperosok ke bahagian bawah treler berkenaan.
Beliau berkata, kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan dada manakala pemandu treler yang berusia 44 tahun serta isterinya berusia 43 tahun cedera ringan di kaki.
Ayah Norfaizah, Mansor Hamid, 55, berkata kebiasaannya, cucu beliau yang paling kecil, Mohd Shahrul Amir, jarang ikut ibunya balik ke Pekan.
"Tetapi hari ini semua nak ikut balik," katanya yang mengetahui kemalangan itu pada 11 malam sebelum terus bergegas ke tempat kejadian.
Beliau berkata, anaknya sekeluarga berangkat pulang ke Pekan sekitar 7 malam tadi kerana Norfaizah, yang juga adalah Ketua Pusat Amanah Iktiar Malaysia (AIM) kawasan Tanah Putih, terpaksa pulang ke rumahnya bagi membuat persiapan menghadiri satu mesyuarat AIM hari ini.
Ibu Norfaizah, Arfah Sulung, 54, pula berkata, anaknya itu pulang kerana mahu menemui suaminya yang jarang ditemui kerana bekerja di Bukit Ibam, Muadzam Shah.
"Menantu saya juga berhasrat untuk membawa arwah sekeluarga pergi bercuti di Melaka sempena cuti sekolah ini," katanya. -

keadaan kereta yang hancur selepas bertembung dengan lori membawa muatan kayu
Beliau berkata, anaknya sekeluarga berangkat pulang ke Pekan sekitar 7 malam tadi kerana Norfaizah, yang juga adalah Ketua Pusat Amanah Iktiar Malaysia (AIM) kawasan Tanah Putih, terpaksa pulang ke rumahnya bagi membuat persiapan menghadiri satu mesyuarat AIM hari ini.
Ibu Norfaizah, Arfah Sulung, 54, pula berkata, anaknya itu pulang kerana mahu menemui suaminya yang jarang ditemui kerana bekerja di Bukit Ibam, Muadzam Shah.
"Menantu saya juga berhasrat untuk membawa arwah sekeluarga pergi bercuti di Melaka sempena cuti sekolah ini," katanya. -
Sumber: Bernama
Empat daripada enam jenazah yang selesai dikafankan disembahyangkan di perkarangan bilik mayat Hospital Pekan. Semoga semua ibu, adik dan anak-anakknya ditempatkan bersama golongan yang beriman.
PILU...Saudi (dua dari kanan) tidak dapat menahan sebak selepas menatap wajah arwah isterinya sebelum dikebumikan, semalam.
Meluru sambil meraung
PEKAN: “Berapa mak? Hah! Semua?” kata Saudi Sulaiman, 40, penuh kesedihan sejurus dimaklumkan ibu mentuanya isteri bersama semua empat anaknya serta seorang adik iparnya terbunuh dalam kemalangan ngeri dengan sebuah lori di Kilometer 78, Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini, malam kelmarin.
PILU...Saudi (dua dari kanan) tidak dapat menahan sebak selepas menatap wajah arwah isterinya sebelum dikebumikan, semalam.
Situasi menyayat hati itu disaksikan sebaik saja Saudi tiba di Rumah Mayat Hospital Pekan (HP) dan meluru menemui ibu mentuanya, Arfah Sulung, 54.
Isteri Saudi yang terkorban dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu ialah Nor Faizah Mansur, 31, yang juga pengusaha kantin, manakala empat anaknya ialah Nur Sahera Atikah Saudi, 13, Nor Safiana Atikah, 10, Nor Suhaila Asirah, 7, dan Md Sahrul Amir, 3. Adik lelaki Nor Faiza yang terkorban ialah Mohamad Saiful Anwar, 14.
Sebaik saja dimaklumkan mengenai lima kematian itu, Saudi bergegas ke bilik mayat dan mengecam semua jenazah mangsa sebelum meraung sekuat hati memanggil nama isteri dan anak-anaknya yang terbujur kaku.
Terdahulu, Saudi tiba di bilik mayat itu kira-kira jam 3 pagi kerana ketika kejadian, dia berada di tempat kerja di dalam hutan di Bukit Ibam, Muadzam Shah, sejak seminggu lalu.
Raungan pilu Saudi menyebabkan suasana duka menyelubungi perkarangan bilik mayat berkenaan yang dipenuhi anggota keluarga lain serta kenalan yang menunggu jenazah seawal jam 12 tengah malam.

S
sumber: Harian Metro.
No comments:
Post a Comment