Monday, April 19, 2010

Al-Fatihah- Achik (Spin)

TANGGAL 17 APRIL 2010, sekali lagi dunia hiburan dikejutkan dengan kematian Achik atau nama penuh beliau Abdillah Murad Md. Shari, 27 tahun akibat kenderaan MPV yang dipandunya terbabas di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban sebelum susur keluar Pajam arah selatan pada jam 6.00 ptg.

Semasa kejadian, apa yang aku tengok kat Youtube, keretanya memang berbakar habis, dan api marak menjulang ke udara, membakar sekali signboard Pajam/Nilai. Sementara, ada beberapa orang ramai bantu mengangkat mangsa dan sepupunya dari tempat kejadian. Arwah, tidak lagi bergerak sementara sepupunya masih boleh duduk.

Semalam dan hari ni juga, tengok berita tentang kejadian tersebut sememangnya menyentuh hati aku. Bersimpati dengan anak2 dan isterinya yang kelihatan tabah sekali. Namun naluri sebenarnya mungkin Allah sahaja yang mengetahui kan? Sebelum ini juga, arwah pernah kehilangan anak sulung beliau Putri Rania yang meninggal dunia pada 20 Mac 2007.

Coretan ini khas buatnya, walaupun tidaklah meminatinya secara fanatik, tapi aku benar2 suka dengan lagu-lagunya duet bersama Siti Nordiana atau Nana. Antaranya seperti, Mainan Cinta, Gurauan Berkasih, Resepi Berkasih, Memori Berkasih, Paling Comel dan banyak lagi.



 



Salam takziah buat  isterinya H.M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof  atau Tasha dan ahli keluarga yang lain, semoga tabah menghadapi dugaan hidup ini.

Hidup penyudahnya adalah kematian. Kita yang hidup ini pun entah bila akan menghadapi kematian. Sesungguhnya kematian  adalah sesuatu yang pasti akan hadir untuk setiap insan. Al Fatihah buat arwah Achik.


No comments: