Monday, January 31, 2011

Sayang...Sayang Jugak..

Assalamualaikum w.b.t
Untuk Renungan Bersama:


Saya Sayang Awek Saya


Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...   

Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever  

Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...  

Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...  

Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....  

Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya...   Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...    

P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak... Wassalam


Coretan:

Glitter Text @ Glitterfy.com

Bersihkan Sesawang. & Shoppin Macam Sambut CNY

 Assalamualaikum w.b.t.

 Hmmm rasanya, sudah sekian lama, mama tak mengupdate blog. Entahlah apa kemalasan yang melanda pun tak tahu, padahal banyak juga aktiviti dan cerita-cerita untuk dikongsi di sini.

 Semalam, dalam keadaan hujan renyai-renyai kita sekeluarga meredah jugak, disebabkan nak memenuhi jemputan majlis perkahwinan kawan ayah kat Kg. Jawa tu. Payung yang kecil tu, ayah berkongsi dengan Hani dan Hakim. Sementara mama cuma ikatkan kain napkin di kepala Hadirah, cuma kepala mama sahaja sekadar dilitupi dengan tudung kepala.  Dah sampai pusing2 pulak cari parking. At last dapat jugaklah parking. Masa nak masuk untuk menikmati juadah kenduri, keadaan khemah mmg sangatlah 'chaotic' mana tidaknya, air penuh merata2 di bawah kaki, becak tu toksah nak ceritalah. Dah dapat tempat duduk, mama tinggalkan anak-anak mama pada ayah sementara mama pergi mengambil nasi. Terpaksa ulang dua kali, disebabkan tangan tak cukup. Tengah nak makan, Hakim pulak, nak terkucil.........terpaksalah pulak ayah bawa Hakim meredah dalam hujan renyai2. Mujurlah ada masjid berhampiran, bolehlah Hakim melepaskan hajat.  


Waktu tu, dah hampir jam 3.00 ptg, kasihan Hadirah dia pun dah terlalu lapar agaknya, tanpa mama menyuap, dia dah pulun sendiri....Tup..tup...kakak pula, Hanani nak terkuncil, masa tu ayah belum balik dengan abang. Nak tak nak, mama terpaksa minta tolong sorang lil girl yang sebok di majlis kendara tu, cuma mama agak saja di mungkin cucu cicit tuan rumah. Dialah tolong bawakah Hanani ke dalam rumah tumpangkan untuk melepaskan hajat.

Selesai makan semua, masing2 dapat cenderamata berupa bekas telur anyaman dan salam dengan tuan rumah kita semua pun gerak nak balik. Ingatkan nak balik dah, coz masa tu hujan still renyai-renyai, then ayah cakap nak pergi JJ kat Bukit Tinggi. So geraklah ke sana pula.

Pada mulanya, ayah cuma nak beli 'perfume' dia saja. Mama pula nak beli sikit baju-baju untuk anak-anak mama, sebab since raya lepas, dah tak ada baju baru. So masing-masing dapatlah sorang dua pasang. Tup..tup ada lagi yang tersangkut di dalam 'troli' tu, mcm2lah dengan tools untuk bilik air, mama belikan kad CNY untuk xboss mama, dan dua kotak untuk simpan barang-barang mainan anak-anak mama. Lepas bayar semua barulah turun ke bawah untuk cari perfume ayah. Issey Miyake kesukaan ayah tu memang tengah sale, tapi sale pun harge, mak ai boleh sebulan makan. Then, ayah tanya mama nak tak?..Hi3....ibarat ngantok disorongkan bantal, sudah tau, lagi mau tanya ka....hi3 gitulah ibaratnya. Last-last ayah ambil yang pack kembar untuk man and women. Terbarai gakslah kat situ. Apapun, Thank you so much dear. AJKH. Itulah shopping semalam sama naik ngan cina2 yang nak sambut CNY. Nak menyedapkan hati, takperlah kita sambut CNY kat umah tok Mak. Hari Rabu kita makan besaq. Hubby gelak jerk.

Dah balik rumah, sampai lebih kurang jam 6.00 ptg. Hujan still renyai-renyai. Dah masuk, anak-anak mama sebok tengokkan baju, sementara mama tengok2an box untuk isi barang tu, sekali baru teringat, mana satu lagi bungkusan yang ada tools untuk bilik air dsbg?..Hah..sudah ni mesti tertinggal kat kaunter masa bayar tadi. Lepas solat semua, ayah pergi semula ke JJ naik motor jerk. Hah..ada pun. Tu lar, ayah kata, masa dia datang ambil tu, diorang tak tanya pun pasal resit ker haper. Memang dah perasan muka ayah tadi agaknya, cuma cashier tu bertiga berbanding masa mama bayar tadi cuma berdua. Hu3..macam-macam....

Coretan:

Tuesday, January 18, 2011

HBP High and Combined Checkup

Assalamualaikum w.b.t,

Pagi ni ke klinik Pt.Klang, cadangnya nak tukar tarikh temujanji, last-last nurse cakap, takper buat saja check-up hari ni. So memandangkan orang pun tak ramai, mama terus buat check up kat situ disebabkan dah tak nak ke Klinik Pandamaran. Check-up kat klinik ni dekat jerk dengan pejabat mama, mama boleh jalan kaki jerk ke pejabat semula.

Terkejut gaks, mama tiba-tiba hari ni hbp naik agak mendadak, tak pernah-pernah selama ni. Tapi bacaan bawah, nurse kata ok, cuma bacaan atas jerk agak tinggi berbanding sebelum ini. Then, selepas ujian darah, as usual bacaan hb mama memang tak pernah naik tingggi, samada above and below 10 jerk then followed by met the doctor. As mama pengidap Hyperthyroidism kemungkinan lepas ni combined checkup akan dibuat di hospital sahaja. Apapun kena tunggu tarikh dari nurse dulu. InsyaAllah, eventho mama in ......but bukanlah menjadi risiko walaupun mama ada hyperthyroidism. Ya Allah, mudahan-mudahan semuanya berjalan lancar dan selamat. So, next appointment for blood test on 2nd of Feb 2011 then on 9th for scanning.

Coretan:

Thursday, January 13, 2011

Baru Nak Ada Entry di Tahun Baru.

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini sudah menganjak ke angka 13hb Januari 2011, mama baru berkesempatan nak 'update' blog. Entahlah macam-macam kebizian melanda. Alhamdulillah, anak-anak mama pun dah kembali ke Tadika dan Hanani pun boleh menerima suasana pembelajaran di situ. Ada banyak perubahan dan peningkatan yang mama lihat sehingga kini, begitu juga dengan Hakim. Apapun, Hakim still mama kena push kalau tidak memang tak jalan. Melihatkan mereka berdua sama-sama ke tadika, Hakim dah terbuka sikit fikiran dia nak belajar tapi mama tetap kena push jugaklah, takperlah sekurang-kurangnya ada peningkatan dalam pembelajaran dia cuma sikap 'MALAS' yang ada pada dia mama nak kena kikis habis.

Seperti biasa, anak-anak mama akan ke rumah 'ibu', kemudian naik van PakCik Latif ke tadika yang jaraknya dalam taman tu jugak lebih kurang 30 langkah. Tapi disebabkan mama dan ayah tak berkesempatan nak balik, sebab tulah minta PakCik Latif ambil dan hantar anak-anak mama.


Coretan: