Showing posts with label ANAK-ANAKKU. Show all posts
Showing posts with label ANAK-ANAKKU. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t,

Setelah seminggu cuti persekolahan, Hakim baru menjejakkan kaki ke sekolah semula pada Selasa lepas di sebabkan gara-gara tangan kirinya yang terseliuh akibat terjatuh. So semalam baru Ustazah dia bagi report kad markah keseluruhan ujian 1 tempoh hari. Mama bersyukur sangat-sangat, sebab anak mama ada banyak peningkatan berbanding ketika tadika dahulu. Kalau masa tadika dahulu dia banyak main dan suka kacau kawan-kawan. Tapi bila melihatkan keputusan peperiksaan dia kali ini memang banyak peningkatan. Syukur Alhamdulillah, Walaupun keputusan tidaklah cemerlang % peratus, bukan kedudukan no. 1 yang mama harapkan janji dapat memberi keputusan yang terbaik memadailah sambil kita sama-sama amalkannya.

Ingat, apa yang kita belajar bukan hanya semata-mata untuk mendapat no. 1 di dalam kelas, sebaliknya yang baik itu perlulah kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah, mudah-mudahan peperiksaan sekolah rendah pun Hakim mampu lakukan yang terbaik. Mama amat memahami anak mama, dan mama tahu sejauh mana kemampuan Hakim. Mudah-mudahan Hakim akan menjadi seorang anak yang solleh,  berjaya di dunia dan akhirat dan begitu juga untuk anak-anak mama yang lain juga, Hanani, Hadirah dan Hazirah.



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Thursday, January 19, 2012

Hazirah 5 months

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, bulan ni dah genap Hazirah Faqihah 5 bulan. Di usia ni, Hazirah dah terpaksa mama campur susu formula, but bf still on, cuma bila mama balik kerja jerk, bukannya apa, mama dah tak daya dan tak berkesempatan nak 'pump' jerk.

Dalam usia 5months jugaklah Hazirah dah mula berdiri dan merangkak sikit demi sikit, so fast anak mama growing up.  Kalau  hari raya lepas baby Hazirah baru 30days, so raya tahun ni dah genap setahun bolehlah mama pakaikan lagi baju kurung yerk. 

Jom kita layan sikit pic Hazirah yang dah mula berdiri-diri, ni port paling disukai..kepala katil...hi3..



Ini, baby Megat Haris bersama Cik Noranisah officemate mama...Baby Megat Haris ni, muda sebulan saja dari Hazirah, tapi badan dia semangat...macam ayahnyer.



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Monday, January 9, 2012

Permulaan Tahun Baru....Suasana Baru.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, mama diberi lagi ruang dari Maha Pencipta untuk terus menulis di blog mama ini buat pembacaan anak-anak mama. Tahun ini telah menganjak lagi satu tahun baru dalam kamus kehidupan setiap yang bernyawa iaitu Tahun 2012 bersamaan dengan Tahun 1433 Hijrah. InsyaAllah dengan adanya dikesempatan yang diberikan ini moga kita akan menjadi yang lebih baik daripada yang semalam ( tahun-tahun lepas)....

Tahun ini juga, tahun di mana anak bujang mama Fareez Hakim mula menjejakkan kaki ke sekolah yang sebenar. Alhamdulillah, menginjak besar, sekarang sudah makin mendengar kata-kata mama. Malam sebelum pergi sekolah dengan senangnya tidur di bilik sendiri,  kalau tidak asyik nak berkepit dengan mama dan ayah saja. Seperti yang abang Hakim inginkan mama beli jam loceng, so mama pun tunaikanlah permintaan abang tu. Malam pertama, esoknya bangun cepat-cepat lagi. Hari pertama persekolahan memanglah excited, so mama pun cuti dua hari jugaklah sementara nak mengadjust time anak-anak mama ni. So hari kedua nak ke sekolah, jam loceng berbunyi sampai mama letakkan di telinga pun tak terjaga-jaga ....hmmm penat sungguh mana tidaknya, sekolah pagi dari jam 7.30 pagi hingga jam 11.00 pagi. Sekolah kebangsaan dari jam 1.00 ptg hingga jam 6.30 ptg.


 tengah nguyah ayam, mama sebok nak snap pic..itu yg jd senyum simpull mcm tu..hi3..kelakar..

Namun sekurang-kurangnya  syukur Alhamdulillah, sebab jarak persekolahan abang Hakim tidaklah jauh, cuma sekolah agama sahaja mama perlu ambil van, sebab tak terkejar-kejar sangat masa nak balik. Sementara sekolah kebangsaan cuma depan rumah saja, tapi buat masa sekarang, Pakcik Faris tolong hantarkan dahulu sehinggalah Hakim pandai sendiri nak pergi sekolah. Kakak Hanani pulak ,seperti biasa, ada lagi satu sesi di Tadika Al-Huda, seperti biasa juga, Hanani cuma naik van Pak Cik Latiff sebelum ni walaupun jarak dari rumah 500meter saja.

So, bermulalah, mama berada di era kesebokkan mulai sekarang. Setiap pagi pun mama  dah bekalkan Hakim sarapan, petang sekolah depan rumah jerk, so mama tak bekalkan apa-apa cuma bagi RM1.50 jerk buat permulaan ni, air bawa air kosong jerk, lagipun tak elok minum ais setiap hari. 

Itupun, dua hari lepas masa cuti, dah start demam, rupanya tekak dah merah-merah ada keputihan macam nak jadi ulser, mujur ayah bawa ke kllinik cepat, so hari ni bolehlah kesekolah. Anak mama ni susah sikit nak minum air kosong, lepas makan sejam dua jam baru nak minum..memang susah sesangat nak minum air kosong.

Catatan:





 

Monday, November 14, 2011

Hadirah ooo Hadirah....Bikin Mama Sakit Jantungg...

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam membuatkan mama sangat berdebar-debar...macam nak gugur jantung mama dek penangan sorang anak mama ni....Budak kecik ni lah buat mama bisa sakit jantung, mana tidaknya, ntah macam mana, dia gumpal kertas kecik tiba2 dimasukkan ke dalam hidung, itupun Hanani dah menjerit terus mama bertindak pantas, masa tu ayah tengah solat Isyak. 
Mama suruh hembus, dia sedut lagi ke dalam, ayah dengar kita semua kelam kabut masa tu, dia pun kuar bilik terus suruh Hadirah buka mulut dan jangan sedut kuat2, mama dengan sepantas kilat ingat ada macam pengepit kecik dalam bilik, terus ambil pengepit tu dan sepit pelahan-lahan, mujurlah tak ke dalam lagi, kalau tidak ada yang tidor hospital semalam...hu3...naik berderau darah ni....

 senyum simpul.....Dirrah...2 years..

 Ni pic main kawen-kawen ngan kakak dia, dia sendiri pandai2 ambil net tu..padahal tu net kelambu buai baby....dah pakai tudung diletakkan di kepala dia...amboi bdk2 skrg advance gitu..


 Budak mata bulat......sekarang sejak ada baby dah tak boleh panggil nama dia lagi......'kakak' laa mama...kakak laa..selagi kita tak panggil kakak selagi itulah dia menjerit2 surruh kita bahasakan dirinya kakak..




Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Tuesday, October 11, 2011

Hazirah 2nd Time Check Up.

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni bawa si Hazirah pergi checup untuk 2 monthsnyer. Disebabkan appointment jam 8.00 penuh so mama ambil appointment jam 11.00 pagi. Tapi keluar opis dah jam 11.45 gitu, sampai klinik tak ramai sangat. Berat cuma naik 0.4 kg jerk, bulan lepas 4.4, bulan ni baru 4.8 jerk, panjang pun cuma beza satu2 cm( cm ker inci erk..tak perasanplak yang nyata beza 1 jerklaah) jerk semua. Kemudian kena inject, menangis kejap, kali ni nurse bagi ubat sebab takut demam, so balik dari klinik tadi terus mama bagi ubat. 


Kasih Kakak....hi...sampai muncung2 gitu nak sayang baby....


Gedebak gedebuk...sempatlah masak, ikan jenahak mik kurau masak kicap, celur carrot dah lauk semalam ada sikit lagi mama panaskan jerk. Sebelum ke klinik tu, singgah umah nenek ambil baby, mama suh Pak Cik masak nasi dulu. Dah selesai semua, gedebak gedebuk, gerak semula ke pejabat. Baby mama tinggalkan semula kat rumah 'nenek'.



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Thursday, October 6, 2011

Oooppsss..Lupa..

Assalamualaikum w.b.t,

Ooops..lupa nak perkenalkan our new family members. Inilah budak cute miut (yg mama perasan tu) yang tak moo kuar dalam pewot mama tu, dia nak tunggu jugak 1 Ramadhan 1432H bersamaan 1 Ogos 2011 lahir ke dunia ni jam 3.30 pagi dengan berat kelahiran 3.2kg yang mana mama dah ayah bersepakat berikan nama Hazirah Faqihah bermaksud piliha n yang terbaik dan sopan santun. InsyaAllah mudah-mudahanlah hendaknya..



Glitter Text @ Glitterfy.com

Monday, June 13, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Anak-Anak Mama

Assalamualakum w.b.t.

Bulan Jun adalah , bulan kelahiran anak-anak mama. Tanggal 8 Jun lalu genap umur abang Fareez Hakim yang ke 6 tahun. Balik jerk dari kerja, terus abang soal mama, mana kek, Hakim nak potong nak tiup lilin dan nak potong kek..Aduhai terharu mama dengar, padahal, mama pernah celebrated Hakim punya hari lahir masa umur setahun itupun 5 tahun lalu, lepas tu dah tak celebrated lagi.



Namun, memandangkan, dah lama tak celebrate besar-besaran mahupun kecil-kecilan, dan kebetulan minggu ni ( 16 dan 17 Jun) adalah hari lahir Hanani Fariesya dan Hadirah Farhana yang masing-masing genap 4 dan 2 tahun. Jadi Sabtu lepas kita meraikannya di rumah sepupu mama di Putrajaya. Bukannya apa, memandangkan dia dah pindah ke kuaters teres dan kebetulan belakang dengan rumah dia (straight) sliding door tempat ruang makan tu mengadap betul2 kat taman permainan. So, dah penat-penat makan, bolehlah anak-anak mama dan anak2 sepupu mama main bersama di situ.

 
Sepupu mama cuma jadi tuan rumah jerk, lain-lain mama masak. Itupun takderlah special mana, yang cepat mudah dan ringkas saja cuma masak  Laksa dan bihun goreng, buah-buahan sikit serta sebiji kek. Kiranya Laksa 3 bungkus habis jugaklah begitu jugak bihun goreng. Disebabkan kepenatan sangat, mama dah standby kain baju untuk  bermalam jerk di rumah cousin mama tu. Jemputan pun takderlah ramai sangat, cousin mama jemput kakak dia yang ada 3 orang anak, so meriah jugaklah dengan budak-budak. Sementara kawan mama yang tinggal berdekatan dengan rumah cousin mama tu pun datang bawa dua orang anak baya anak-anak mama dan seorang baby. Ajak jugak Pak Long yang tinggal kat Sepang, tapi dia dah balik Melaka kerana ada urusan.

 Antara Juadah yang terhidang....

Esoknya, cadang, nak pergi jalan-jalan kat Alamanda, tapi dapat call mengatakan mak kawan ayah Tok Cik Bedah meninggal setelah 21 hari berada di hospital. Bertolak balik ke Klang, sampai Klang pun dah tak sempat tengok lagi, kerana jenazah dah kebumikan sekitar jam 10.00 pagi.


Jom kita layan gambar anak-anak mama, bermain, makan kek dan sebagainya...

melayan kerenah anak-anak dan tetamu yang datang





Coretan:





Monday, May 16, 2011

Lawatan ke Ostrich Farm

Assalamualakum w.b.t

Hari ni, senang Hakim bangun nak ke sekolah, mana tidaknya, tadika dia buat lawatan ke Ostrich Farm kat Seremban. So seawal jam 7.00 pagi dah gerak ke sekolah, walaupun bas mungkin akan bergerak sekitar jam 8.00 pagi.

Tak tahu sekarang, apa keadaannya, memang tak dibekalkan telefon pun. InsyaAllah, mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.



Coretan:



































Thursday, April 7, 2011

Tak Pernah Terjadi..


Isnin lepas ( 4 April 2011), balik jerk dari pejabat.....

Easya : mama, mama kenapa mama bagi seluar labuh sangat kat Easya...(dengan keadaan seluar yang berlipat..lipat di bawah, dah tu sebelah tangan memegang pinggang sebab longgar'.

Belum, pun mama cakap sesuatu, terpandang pada seluar abang Hakim, apalagi, mama ngan ayah ketawa mcm tak ingat dunia......mana tidaknya, seluar yang abang pakai punyalah pendek dekat paras betis, dah tu kecik pulakktu.

Mama: saper yang pakaikan Easya seluar ni.
Easya: Ibu ( pengasuh)...yang bagi.
Mama: Lar, ibu ni pun satu, tak tengok ker, seluar abang tu dah senteng sesangat, Easya pula dah labuh sangat, kan dah tertukar tu...
Nenek ( jiran slbh rumah): itulah, takkanlah ibu pun tak tengok masa diorang pakai.
Mama: Hmm itulah, Easya, mama dah bagi betul kan. Naperlah ibu tak tengok masa bagi pakai tu.
Ayah: agaknya, van dah datang baru kelam kabut nak pakai seluar.
Mama: Kot yer pun, tengoklah, kesian budak-budak tu seharian kat sekolah seluar macam tu, sorang terlabuh sangat sorang tersengteng sangat.

 Kedua-duanya dah buka seluar masing-masing.
Easya: Mama, tengok ni nama..ni S ( saiz seluar) Easya punyakan?
Mama:  Aha, tengok ni, ini kan L, abang punya kenapa Easya pakai?
Easya: Ibu yang bagi, hmm dah tau besar tukarla semula dengan abang.


Kesian, anak-anak mama, macam manalah boleh tertukar seluar. Mujur baju pun tak tertukar, kalatak haru birulah, mana tidaknya, baju abang style kemeja, baju Easya, mini gaun. mpai sekarang, mama kalau ingatkan kembali mesti akan ketawa lagi...macam-macam anak2 mama nih..






Coretan:

Wednesday, April 6, 2011

Penuh Bersarangg..........

Assalamualaikum w.b.t

Mak ai, dah naik penuh sarang labah-labah kat blog ni, nampak sangatlah udah sekian lamanya tak mengadap blog, punyalah malas. Padahal banyak activiti yang ingin berkongsi bersama, disebabkan kemalasan tahap melampau2 yang melanda sebab tu lah tak tercoret-coret.

Pada 21 hingga 23 Mac yang lalu, mama perlu menghadiri satu kursus di INTENGAH Jalan Elmu, Kuala Lumpur, disebabkan tak larat berulang alik dari rumah ke KL mama ambil keputusan stay kat hostel selama 4 hari 3 malam, memandangkan dah dapat persetujuan ayah.  Namun begitu, anak-anak mama terpaksa korbankan persekolahan selama seminggu sepanjang mama berkursus kerana ayah tak terdaya nak jaga ketiga-tiga orang. At last, anak-anak mama( Hakim dan Hanani) terpaksa hantar ke rumah Pak Long di Sepang  lagipun Tok Mak yang minta hantarkan ke sana, mama pun tak jamin yang ayah mampu jaga ketiga-tiga anaknya. Cuma yang tinggal bersama ayah sepanjang tiga hari tu hanyalah Hadirah seorang.

Alhamdulillah, sepanjang kursus 3 hari tersebut memang amatlah menyeronokkan(walaupun hati tak seronok tinggalkan anak-anak mama). Mana tidak seronok, kelas tamat sekitar jam 4.30 ptg, so around 5.00 dah boleh  berehat-rehat kat bilik sambil menonton television,  kang time makan 7.30 malam turun jerk bawa badan makan kat dinning kat bawah...begitulah sampai tiga hari. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dengan situasi mama sekarang, dapatlah sikit mama released tension dan kepenatan dengan kerja-kerja harian di pejabat dan tugas2 lain di rumah waktu itu.

Hari ketiga, selepas tamat kursus pun selepas lunch hour dah boleh balik, disebabkan ayah tidak dapat ambil, mujurlah ada kereta pejabat dapat datang dan ambil mama.  Sebelah petang sekitar jam 5.30 petang, ayah dan Hadirah pun balik ke rumah. Wah..wah...Hadirah tengok jerk mama, bukan main ceria lagi, macam-macam cerita dia nak cerita, walaupun sebutir patah kata mama belum fahami, just a few words jerk la...itupun ujung2 words jerk...Tapi tengok gelagat Hadirah malam tu memang melucukan, seolah-olah rindunya pada mama terubat bila mama dah disisi. Padahal masa tinggal bersama ayah, ayah citer yang Dirah, diam jerk membisu, tak ada sesiapa nak bergaduh dsbgnya, abang dan kakak pun tiada, memang sunyi sepilah rumah sepanjang tiga hari tu.

Keesokkan paginya (Jumaat) mama terpaksa bekerja semula tapi disebabkan hari tu ada mesyuarat di MOT, memang tak masuk pejabat juga, sebelah petangnya baru masuk pejabat. Pagi-pagi hantar Hadirah ke rumah ibu(pengasuh) dah menangis semula, alahai anak mama, cian dier.  Tapi mama cuba juga pujuk yang mama kerja, dan harap-harap Hadirah dapat memahami. On the way ke Putrajaya tu, mama call ibu bertanyakan Hadirah, menangis lagi ker, ibu cakap dah Ok...Alhamdulillah. Kemudian, hari Sabtunya barulah kita semua gerak ke Sepang, ambil kakak dan abang.

Sampai jerk ke Sepang, Kakak dan Abang, dah sebok angkat barang/beg masing-masing. Padahal mama dan ayah barujerk sampai, hi3, nampak sangat dah tak sabar-sabar nak balik. Tapi disebabkan auty(nenek) pun ikut sama, selepas makan malam dengan berbekalkan lauk pauk yang mama dah siap masak dari Klang  barulah kita semua gerak semula balik ke rumah. Sampai di rumah pun dah hamir jam 11.00 malam.

Sambunglah next entry.....


Coretan:

Glitter Text @ Glitterfy.com

Thursday, January 13, 2011

Baru Nak Ada Entry di Tahun Baru.

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini sudah menganjak ke angka 13hb Januari 2011, mama baru berkesempatan nak 'update' blog. Entahlah macam-macam kebizian melanda. Alhamdulillah, anak-anak mama pun dah kembali ke Tadika dan Hanani pun boleh menerima suasana pembelajaran di situ. Ada banyak perubahan dan peningkatan yang mama lihat sehingga kini, begitu juga dengan Hakim. Apapun, Hakim still mama kena push kalau tidak memang tak jalan. Melihatkan mereka berdua sama-sama ke tadika, Hakim dah terbuka sikit fikiran dia nak belajar tapi mama tetap kena push jugaklah, takperlah sekurang-kurangnya ada peningkatan dalam pembelajaran dia cuma sikap 'MALAS' yang ada pada dia mama nak kena kikis habis.

Seperti biasa, anak-anak mama akan ke rumah 'ibu', kemudian naik van PakCik Latif ke tadika yang jaraknya dalam taman tu jugak lebih kurang 30 langkah. Tapi disebabkan mama dan ayah tak berkesempatan nak balik, sebab tulah minta PakCik Latif ambil dan hantar anak-anak mama.


Coretan:



Thursday, November 11, 2010

40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK

InsyaAllah, mama akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki dan memperbetulkan  kesilapan mama dalam mendidik anak-anak. Semoga ianya akan menjadi panduan bersama.


1.  Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2.  Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3.  Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4.  Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5.  Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada
anak-anak

6.  Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7.  Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8.  Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9.  Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari
sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup berkerjasama

Dipetik dari buku '40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK'
oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996



Glitter Text @ Glitterfy.com

Thursday, November 4, 2010

Anak-Anak vs Vegetables

tengok tu..happy jer masing2 dengan long beans except for Hadirah. This photo it was taken by my brother in law at my MIL's house, then i chori..chori..from my hasben FB.

I always heard from my friends telling that their sons and daughters are not interested to eat vegetables. But it is different with my children. Alhamdulillah,  all my child love  all kinds beans or vegetables  that I serve them.  Especially, tomato, cucumber, carrot, cabbage, salad long beans and more. Tapi kadang-kadang, sayur sawi, kangkung yang belum di masak pun, budak-budak pakat-pakat dok bahagi. Anak...anak...

Then, my friends asked me  what  are the tips for kids like vegetables. I told them, maybe because I myself prefer to eat vegetables. Actually, eating vegetables, I have practiced since they were 6 months of age. Just like others on their porridge I'l make sure to put carrot and potatoes sebanyak mungkin dan secukup rasa. Selain sayur yang kaya dengan sumber vitamin, protein juga is very important.  Jadi pilihan saya biasanya udang, ikan dan isi ayam.

Lain-lain, petua rasanya ikut pada family sendiri like me yang suka sangat sayur ataupun ulam-ulaman. Especially ulam-ulaman seperi 'Ulam Raja, Pucuk Ubi Kayu, Pucuk Gajus macam-macam lagilah yang dinamakan ulam.



Monday, June 28, 2010

Jakel : Penanganmu Membuatkan Anakku Hilang.....

Jakel..penanganmu, membuatkan ankku hilang. anak gadisku, kesayanganku...oohhhhhh tidakkkk.........hmm dah hampir seminggu berlalu baru nk updated blog..biasalah..no mood...i'm losing my mr mehmood..he3...

Jom nk citer sikit, minggu lepas, sabtu pergilah Jakel kat Shah Alam tu...mmg baru jerk buka, tp tak kesampaian nak pergi lagi. Jadi ingatkan hr Sabtu tu lah,nk pergi beli baju2 untuk persiapan raya. Kang orang dah tak nak ambil lagi tempahan pulak kan?. Dah pukul 6ptg lebih dah pergi tu....

Sampai kat sana, dah puas-puas memilih, dapatlah dua tiga pasang, selain baju anak-anak dan suami, kamipun bergegas turun, nak pulang, lagipun dah hampir 7.30 ptg dah. Masa gegas turn nilah, ramai tul orang kat bawah tu, dengan kainpun banyak..mmg laluan pun sempit ja. Sampai kat koridor luar, hasben kata, jom pergi kejap kedai carpet kat berhampiran tu...dia tanya, mana Easha?..hah...sudah..mana pulak budak tu pergi, yg aku perasan, masa awal dia pantas jer mengekori kami, tp mmg aku tak pegang, masa masuk pegang, masa kuar pulak...ntah apa..mungkin nak berlaku kot......Aku pun berlari pantas ke dalam Jakel tu semula, tp tak masuk kat depan entrance jerk, lepas tu berlari lagi ke kedai Ariani sebelah tu, kot2 dia masuk kt kedai tu, suruh hubby tunggu kat kereta, lgpun kereta park dekat jerk kt situ.. 

Aku berlari semula ke dalam Jakel...sambil memanggil-manggil nama nani,easya...antara nama2 gelaran dia. Sekali ada sorang sales girl kat situ, tanya, akak cari anak ker?..aha aku jawab, cuba akak pergi kat kaunter sana ada sorang budak, dia menunjukkan aku ke arah kaunter tersebut. Sampai kat kaunter tersebut, rupanya, salesman kt situ dah buat anouncement, aku dengar, kawan dia cakap, 'tak dengar kot, buatlah sekali lagi'..sebelum tu aku dengar sayup2 jerk announcement tu, tp tak perasan sungguh, sampai kat saleman tadi, aku cakap kat dia, 'adik takpe ni anak akak, terima kasih' Terus aku bawa easya berlalu, dia dah kelihatan menangis2, air idung, air mata segala2 air dah keluar, sambil ditangan dia ada memegang botol air jugak. Aduh,...dalam hati aku masa tu mcm2 dah fikir..takut dia melilau kt luar jerk..Alhamdulillah, easya selamat dijumpai. Memang takkan bawa ke temapt orang ramai-ramai lagi lepas ni...Serammm....selalu tengok anak orang hilang..hari ni anak sendiri yang hilang....

Dulu, masa bujang, pernah gaks terserempak dengan budak perempuan ker lelaki tak ingat dah, masa tu, aku ngan member U, nak gi berbuka puasa kat KLCC lar, sampai kat satu ruang lobi tu, tengok budak tu menangis-nangis dah..tanya dia mana mama, dia dah tak leh cakap dah..geleng2 jerk....lepas tu aku ngan member2 pun bawalah budak tadi kat kaunter customer service, kitaorang bagitau kat situ, terus diorang buat announcement, mujurlah mak bapak budak tu pun datang kembali...Alahai kesian betul..Kadang-kadang, kecuaian yang sikit ni lah...akan membawa padah..Hu..hu..insaf..insaffff dan sedih pun ada.








glitter-graphics.com

Monday, January 11, 2010

Semalam 10.01.010 Hari Yang Mendebarkann


Sabtu dan Ahad..9 & 10. Jan 2010...Suatu hari yang mendebarkan seluruh anggota badan...Mana taknya, si hanani bagi biskut bantal kat hadirah...membuatkannya tercekik, mujurlah aku sempat tengok,padahal hadirah di depan ngan kakak n abangnya, aku pulak di dapur sebok memasak....lps tu dgr diorang menjerit2....sementara hadirah...dah merah2 muka..air liur..menjejeh2 ke lantai...apalagi, aku tunggang kepala...dah tu sampit picit2 perutnya....Alhamdulillah, mujur keluar biskut tu...Masya Allah, seluruh anggota badan aku mengigil disaat itu, dan kinipun bila mengenangkan kembali...Easya..easya..kenapalah buat mcm tu.....Hmm itulah...sukarkan...manalah si easya faham dia baru 3 tawon....sedihhh tul laa.aku..mmg tak terkata apa2 sudahh...

Malam, tadi, dia wat hal lagi....masa tu aku tengah ion baju...sempatlah 2 pasang baju..dah tu..nak terkucil...bila aku kuar jerk....tgk dia lari mencicit...rupanya dia dah ion tangan dia...alahai...easya naperlah wat cam tu....hmmm melecur gaklaa jari dia...dn telapak tgn(belakang tgn).......Aduhai anak2...sikap dan prangai korang boleh buat mama mati disebabkan sakit jantung....

Tuesday, January 5, 2010

Hakim dah Sekolahhh

Semalam tanggal 4 Jan 2010,  Hakim dah pun masuk tadika Al Huda dekat dengan rumah tu, so nak tengok reaction dia cam ne, aku cutilah semalam. Tapi Alhamdulillah lar, hantar dia gi school tu, nampak ok jerk...then duduk diam jerk kt meja....Aku kejap jekr kt situ aroun 15 minits..So far okay jerk..then petang masa pegi amik..ceria sekali...

Hari ni aku dah keje, so, semuanya diserahkan pada 'ibu' pengasuh anak2 aku lah..so around jam 1.00 nanti dia yang akan amik dan hantar hakim ke sekolah...Syukur lega sikit sebab 'ibu' boleh hantarkan, kalau tak..nak cari van hmm itulah bebayarrlagi...so dah ibu leh hantarkan..semuanya bayar kt ibu jerklaaa...Thank 'ibu'...so tak yahlaa aku nk  ulang alik balik lunch hour tu....Entah cam manalah hakim kt skolah hari nih...kita tunggu dan lihattt..

Wednesday, November 25, 2009

Hadirah ke Inject



Actually, Hadirah kena inject last week, tp disebabkan ongkosnya kurang nak ada..so aku postponelaa this week.....tu laaa buatlaa lagi chekup kt private..he.he..saper yg susahhh...erm..bukannyer apa tak mo beratur lama kt klinik gomen tu jerk..mls laaa..lps tu...kalau dah abis checkup pun nak kena pegi..n pegi lagiii....susahla...lgpun mil nasihatkan inject kt swasta jerk...senang..jimat masa....Berat Hadirah dah cecah 6.4 kg...hmm ada kenaikan gakslaa..Syukur Alhamdulillah, berkat minum susu mama jerk.....for your information, Hadirah lum makan nestume or apa2 seumpama dengannyer...since lahir until now...susu mama jerk dia minumm....Tapi dukung dia pun mmg terasalaa..kalau lama2..mahu kejang tangan kalau dukung dier..So, masa inject tu..doktor meniarapkan dier...bunyi eeeeekk sket jerk..tak nangis pun...hmm tahan lasak tul...la Hadirah nih...skrg pun..mulut dah kecoh sgt..bising satu rumah..kalau guling tu serahlaakt dier...satu rumah leh moop...Hadirah..hadirah..mcm2laa ko nih...oklah mama tk leh taip lama2..mulut sakitttt.....tp apakena mengena mulut ngan taip nih...???????????? he..he..

Wednesday, November 11, 2009

Lepak2

Ni pic diambil semalam (Selasa-10 Nov 2009)..lepak2 kt atas katil ngan anak2 semua..Alhamdulillah, batuk hadirah dah beransur baik. so malam tadi dier tidur pun oklah nyenyak sekali....Sekali sekala jerk jaga..itupun sebab nak menyusu...Ni aku lepak2 ngan anak2 semua coz mood tak berapa baik ....hu...hu..kenapa?..Biarlah Rahsiaaa..hu..hu...nyammpahhh tullllll..









Wednesday, November 4, 2009

Penangan Pil 'Minyak Ikan'

Salam,


Pagi tadi, ada pesan kat hubby, kalau pergi farmasi tu jangan lupa belikan ubat demam utk si Hakim just for preparation jerk....so sambil2 tu dier pun beli sekali Minyak Ikan untuk aku..iyerklah untuk tambahkan susu..akukan sekarang still lagi BF kat Hadirah tu..so far, Alhamdulillah, my milk produce veryy well....Hari ni, sekali pump jerk dah dapt 5oz, so kira ada improment laa dr sebelum ni....

Unfortunately, hubby baru jerk call tadi, informed that....minyak ikan yang sebanyak 30 biji tu, habis dibelasah makan oleh dua2 orang budak2 nih....so tinggal dalam botol just 2 bji jerk...mmglah diorang sblm ni biasa makan minyak ikan, cuma aku dah lama tak beli, tp masalahnyer skrg ni dah makan berlebih2 dos pulak........so haper lagi dier mengamukkla.itulah...menyesal pun tiada gunanya...Budak2 tu mmglah kalau dibiarkan bersendirian mmglah mcm gitulah jadinyer..ada2 saja benda yang diorang buat yang membuatkan kami laki bini mmg akan naik hantuuuu.......hantu pun tak naik hantu cam kami nih....Marah mmglah marah, tp itulah kalau takder apa2 effect takperlah..kalau ada effect lain cam ne?..Hmm risauuuu gaks aku nih...Ya Allah, minta dijauhkan segala musibah ke atas keluargaku..Aminn...




Thursday, October 29, 2009

Wajah Terkini Hadirah


Ni..la wajah2 orang yang tk moo lagi tido walaupun jam dah menunjukkan pukul 11.30 mlm



3 faces in the same age




Semalam Hadirah bukan pertama kalilaa tidur lewat malam...mana tidaknyer..balik dr umah pengasuh dia belash tidorrr jerk..jaga sikit rengek2..aku nenenkan jerk..so tidor balik...last2. malam tadi around 10.00 malam dia terjaga mata bulatttt jerk..owang dah nk tidor dier tk moo tidor2 lagi..tup2..ayahnyer plak on kan projektor dlm bilik..so kitaorg tgk wayanglaaa ala tgk citer lama..Die Hard 4...dier apa lagi suker jerk..sampai terangkat2 kaki..so ni pic utk tatapan semua...sambil possing2 ngan abang dierrrr..This time Hadirah dah pun mengganjak ke 4 months...erm...terlalu pantas masa berlalu...now dier dah pandai...meniarap...n angat2 punggung...dah tu tergolekk......ishh..ishh...penat mama tgk.keletah hadirah nih...or Kak Lang...mak tok kedah panggil....he..he..