Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri Buat Semua ....


Assalamualaikum w.b.t,

Alahai lamanyer tak menjengah blog ni..entahlah, sejak akhir-akhir ni , mama jadi malas nak updated blog, padahal macm-macam perkara dah terlepas untuk dicoretkan disini. Olehlah demi menghidupkan kembali blog mama ni yang dah lama usang ditinggalkan tuannya, mama ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua kengkawan yang sudi dan tak jemu-jemu bertandang di blog yang seumpama hidup mau mati tak mau...hi3.....Semoga jalinan ukhwah kita akan terus berkekalan. InsyaAllah kami akan pulang ke Kedah pada hari Sabtu ini disebabkan ayah kena bekerja jugak hari Jumaat ni. Kita akan berada di Kedah sehingga raya ke 4 dan raya ke 5 akan bergerak ke Segamat, Johor. Doakanlah semoga perjalanan kita diberi kelancaran dan terlindung daripada segala musibah. Amin.



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com




Friday, January 6, 2012

Karnival Sukan Jabatan 2011

Assalamualaikum w.b.t

Pada sekitar 17- hingga 18 Disember 2011 yang lalu, Jabatan ada mengadakan Karnival Sukan Jabatan 2011 dimana tahun ini adalah ibu pejabat yang menjadi tuan rumah. Dalam pada itu, mama ambil kesempatan untuk menyertai pasukan bola tampar wanita. Alhamdulillah, dengan keberkatan usaha selama ini pasukan mama dapat no. 2 bagi acara bola tampar wanita dan Ibu Pejabat mendapat no. 3 bagi kejuaraan keseluruhan di mana Juaranya adalah Jabatan Laut Wilayah Timur.


 Sebelum acara perbarisan...ijauuu gituuu..hu3





 Team mama, bergambar bersama Y.Bhg. Dato' KP, Datin dan NYDP KSKIPL.


 No. 2...tapi beriaya..iya...macam no. 1...hi3...happening betull..


Pada sebelah malamnya pula diadakan 'dinner' bagi meraikan semua atlet-atlet disamping meraikan orang-orang yang bersara serta pegawai dan kakitangan yang berkhidmat lebih dari 25 tahun dalam perkhidmatan.


mama and the group..
Pasukan Jabatan Laut Wilayah Timur yang menjuarai keseluruhan acara Karnival Sukan Jabatan Tahun 2011.




Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Friday, December 30, 2011

Ladies in Black And Red Reunion

Assalamualaikum w.b.t,

Dah berkurun tak update blog, sebok dengan pelbagai aktiviti....so jom kita imbau sikit apa aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Disember ni...

Pada 9 Disember 2011 yang lalu, Puspanita Jabatan ada mengadakan Hari Ladies in Black & Red meraikan semua ahli-ahli, ajk dan ahli-ahli yang bertungkus lumus dalam menjayakan program untuk tahun 2011 dan juga meraikan ahli-ahli yang bertukar. Macam-macam aktiviti yang diadakan sepanjang majlis berlangsung. Antaranya ialah, pertandingan Karaoke, Tukar Hadiah, Anugerah Pakaian Tercantik dan Teka Teki. Memang agak meriah jugaklah sepanjang majlis tersebut tapi ada sedikit gangguan audio disebabkan, pengendali audio pun terdiri dari ladies jugak disebabkan pihak penganjur tidak mahu seorang lelaki pun join majlis tersebut. Apapun majlis tetap berjalan dengan meriahnya.


Jom kita layan sat gambar-gambarnya....Corat Coret Ladies in Black and Red.

















Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Wednesday, November 23, 2011

Training VolleyBall

Assalamualaikum w.b.t,

Sejak akhir-akhirnya mama sebok 'traning volleyball' persiapan untuk Karnival Sukan Jabatan yang akan diadakan pada 17 & 18 Disember 2011. Jadi boleh dikatakan hari-hari sampai rumah dah jam 7.00 malam. Sebenarnya, sukan ni setiap dua tahun, mula-mula mama join Jabatan ni dulu, orang dah sebok traning bola jaring, tapi masa tu mama masih baru kat Jabatan ni so takderlah nak join mana-mana akviti. Ikutkan setiap dua tahun sukan Jabatan diadakan, tapi selepas tahun 2007, tidak ada lagi sukan Jabatan disebabkan peruntukan kewangan Jabatan yang tidak mencukupi. 

Tapi baru-baru ini, mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian/Wilayah dan Dato' KP telah memutuskan untuk 'wajib' diadakan kembali setiap dua tahun. Jadi, tahun ini kebetulan Ibu Pejabat yang jadi tuan rumah. Sebab itulah mama pun ambil kesempatan nak join sekali. Lagipun lama sangat dah tinggalkan sport, last main volleyball masa kat Jabatan Peguam Negara dulu, itupun masa family day kat PD sekitar tahun 2004. Bayangkan punyalah lama, bila join JKR (Cawangan Selangor), so opis kecik jerk so tak banyak aktiviti yang diadakan.

Actually, Jabatan ni tak ada pun Pasukan Bola Tampar Wanita, disebabkan ada beberapa orang yang nak main, so diorang minta mama jadi 'Lead' untuk dapatkan pemain-pemain lain. So, ngam-ngam jerklah dapat player around 8 people. Itupuan setiap kali turun training dua orang tu mesti tak boleh turun sebab diorang lebih concentrate pada acara  favourite diorang iaitu bowling dan badminton. So kami ajerklah berenam yang selalu turun dan yang akan main nanti.  Mama pun bukanlah pandai sangat main volleyball ada pengalaman masa zaman-zaman sekolah jerk dengan auntie Syarida, Nani, Maton, June and Adawiyah, then masa kat Uni kejap itupun masa 1st or 2nd semester jerk.  InsyaAllah dengan pengalaman yang ada dibantu dengan rakan-rakan lain serta imported couch dari Pos Malaysia, harap-harap No. 1.2.3 dalam genggaman....hi3. InsyaAllah. Amin.....Allah akan memberi ganjaran pada yang berusaha kan?..So setiap sesuatu tu perlulah berusaha dan setelah puas berusaha barulah kita bertawakal padaNya. ..Go..Go. Ladies KSKIPL.


Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Tuesday, October 25, 2011

Tuesday, October 12, 2010

Family Day- Felda Residence Tekam, Pahang

 
Eventho, citer tentang Family Day ni dah basi...so just for sharing for everyone here.  Pada 25-26 September lalu, jabatan ada mengadakan Family Day di Felda Residence Tekam, Pahang. Disebabkan hasben malas nak drive so kami pun naiklah bas jabatan. Hakim apa lagi suker bukan main lagi larr.

Depart from the office at about 8.00 am. Next stop for having our breakfast at RNR. Then, arriving at Tekam, at 1.30 pm. After had a lunch and get the room key, move to their respective rooms to shower and prayed. At about 2:30 later, sporting events start in the field nearby.

Disebabkan group Hakim my son tak cukup org, so Hanani pun masuk join sekali. First game jerk dorang menang dapat 1st Prize..but next games semuanya kantoi..Hi3..Takperlah dah dapat hadiah masing-masing selain hadiah saguhati dah suker budak2 ni. Janji diorang enjoy.

Hakim , Nani dengan teman-teman satu kumpulan.


Group lain, dan acara yang dipertandingkan, memancing, kepit belon, dan lari dalam guni. 


Acara untuk kanak-kanak 3 tahun hingga 12 tahun, mengutip gula-gula dalam tepung...mak pak yang tolong kutip lagi banyak..hi3..
Acara untuk orang dewasa...lelaki 'boom', jalan dengan bata dan baling belon isi air dengan pasangan masing-masing.

 Acara untuk perempuan dewasa, group aku tercorot...hi3...First game main 'pegang bola pingpong dengan chopstick, ntah mcm mana tangan aku punyala menggeletar....padahal masa test awal2 sebelum game start ok jekr...hu3 campur nervous kot....hi3...last pegang jerk ngan tangan...sian ngan group aku. Begitu juga untuk acara mumia, pun tak menang. Datin dah tarik payung yang ada kat tangan 'mumia' kami. Hu3..



Sebelah malamnya pula tema for dinner ' Sehati Beraya Bersama' lebih kuranglah kot..hi. Aku kebetulan mlm tu pergi lewat sikit, dek kerana incident happened to hakim after dia main game tu. Apalagi, masa org dewasa main game, dia pergi berlari satu padang, main kat pondok2.  Lepas games 'mumia' habis ayah dia terus datang kat aku, tengok hakim dah penuh gegata seluruh muka telinga dan badan. Terus, dengan pertolongan Abg Farul, bawa Hakim ke klinik berhampiran, tup2 tutup pula, hari minggukan, so nak tak nak pergilah hospitan Jengka yang lebih kurang 20km dari resort kami tu .
Acara Simbolik Perasmian, Datuk KP membelah lemang, diikuti dengan upacara memotong kek bagi yang lahir pada bulan September.  Dimana didahului oleh TKP, Norman, Kak Rohaya dan anak-anak.
Alhamdulillah, dah balik dari hospital tu, gegata tadi dah kurang, so dapatlah jua kami join dinner malam tu, kalau tak ada yang gigit jari jerk lar. Acara untuk kanak-kanak malam tu banyak juga. Tapi Hakim dan Hanani just aku masukkan untuk acara Pakaian Beragam jerk. Itupun, at last Hakim sorang jerk yang join, Nani dah tak mo, dah ngamok2 kepenantan nak tidur. At last tertidur jugak dia kat kerusi. Sian anak mama. Hadirah juga yang masih berjegil mata sampai balik bilik. Mana tidaknya, masa petang orang main game, dia dah tidur kat padang.
Pakaian Beragam....Tapi Hanani yang meragam terus tertidor tak jadi join.

Pic ni sewaktu menerima hadiah cabutan bertuah...kalau tahun lepas set Tupperware 3 biji, tapi tahun ni dapat 'Blender'. Menerima sumbangan duit raya buat anak-anak dan gambar keluarga diabadikan sebelum balik ke bilik masing-masing.

Inilah orang-orang kuat yang menjayakan sambutan Family Day KSKIPL, tahun 2010 kali ini.

Malam tu, keluarga Puan Maznah menang untuk kategori theme untuk dinner malam tu. Actually, ada beberapa keluarga lain has been listed by jury, but keluarga Puan Maznah menang. Family membersnya memang sedondonlar, warna kelabu mix hitam gitu2. Pic tak sempat nak copy. Actually, sumbangan photo-photo di atas adalah dari ahli kelab selaku juruphoto untuk majlis KSKIPL tersebut iaitu Encik Connie.

Monday, August 2, 2010

Course in ILPPPL.

Luckily, I'm back right now. Fuhh after the whole last week had Eng. Course in ILPPPL. Ha..ha..I feel afraid to telling here. Anyway, the tutor is Pn. Syarifah Nadiya Abu Bakar from Infobase Creation Sdn.Bhd. She's quite soft spoken and very friendly.  One more thing abaout her, she's so pretty like Iranian woman. Actually, her family came from somewhere in Acheh. Even thought,for the first day, everyone  feeling shame and afraid to talk each other but after two days everything had changed and everyone need to speak in English for the four days.

My group named is WAKAWAKA  and the CRY WAR are..Laporpoooo...Watakunsii...Hi3..sounds funny. Ok, I'll put here some photos to pictures the Eng. Course. 

This is my group. Actually, this photo was taken by Mr. Huzaini after end of the course. It's photo session. From behind and left:  Mr. Zizam,(act. his frm another group)  Hakam Adli (from East Region), Amy Norazrol (IPL), Mr. Nazri and Mr. Nazri both from South Region.
In front left:  Hasni, Puan Nadiya and Pn. Arfah.


Puan Nadiya and me


 

 Why Amy looks bored?Mr. Hakam feels funny, Mr. Nazari and Mr. Nazri feeling nothing maybe thinking something else...Hu3

 Puan Arfah also in my group


 The Bachelor's...hi3...Left, Amy NorAzrol with Mohd. Hakam Adli Mohd. Shamsuddin or bajet Clark Kent...hi3...don't angry Mr. Hakam..yea...This guys both are in my group.

 This one, much more clear rather than mine, I took from  Kak Arfah FB...thanks kak Arfah.
Does anyone eager to know them..aaa..Dont ask me...ask to them..hi3....

Why Mr, Nazri you look so serius..hi3...but Mr. Nazari his a cool man.

Puan Salamah, taking her certificate 

Amy taking his cert.

Hakam's turn taking his cert.

It's me while taking the cert.

Puan Derwina Azla, I really love her name. She's also got as good presenter during public speaking.

Mr. Mohd. Noor being chosen as a  good presenter by Pn. Nadiya for his cooperated.

Love this photo.  I took from Kak Arfah FB.


Anyway, I really enjoyed and got many friendly friends during the course, but the knowledge are very useful.  

Thanks and see u again.