Showing posts with label MAKAN-MAKAN. Show all posts
Showing posts with label MAKAN-MAKAN. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Pak Teh Datang Rumah....

Assalamualaikum w.b.t,

Lamanya mama tak update blog, bukan malas padahal ada banyakk sangat ceriter yang yang dikongsi dan dititipkan di sini, cuma tak berkesempatan sahaja. Banyak aktiviti yang sebenarnya, cuma tiada kesempatan sahaja untuk dititipkan. Oklah kiter bercerita bab makan dulu. Semalam, Pak Teh iaitu abang mama datang ke rumah kiter setelah sekian lama mama tidak berjumpa dengan dia. Ingat last masa jumpa dia pun masa Hadirah berumur sekitar 9 bulan, but now Hadirah dah nak masuk 3 tahun dah. 

Walaupun keadaan rumah kita yang agak havoc sikitlah dek kerana kerja-kerja renovation yang baruu sahaja selesai, mama ngan ayah belum sempat mengemas sepenuhnya lagi. So kesempatan dah tak jumpa diorang tu, mama masak cuma Kari Ikan Senangin, Ikan Kembung Cicah Air Asam, Sotong Goreng Mix Kcg Buncis dan sedikit buah Anggur..itupun tak menyempat Pak Teh datang, dah hampir habis  buah tu....

Tunggu punya tunggu..tup..tup lepas Asar barulah dia menjengah ngak Mak Teh and anak dia yang nama Hazirah jugak....macam manalah mama tak perasan yang Mak Teh ada anak nama Hazirah jugak...tup..tup dah sama nama plak dengan baby...Hazirah Faqihah. 

So, macam-macam citerlah yang dicertikan Pak Teh petang tu,..sampaikan mama ngan ayah ni, memang rasa tak masuk dek akal sungguh apa yang diciterkan tu. Entahlah hanya Allah mama berserah, mudah-mudahan baiklah segala-galanya.

Disebabkan dah lewat, so minum petang, dengan goreng pisang dan air kopi O. Pak Teh bersembang kat rumah kita sampailah lepas Isyak barulah diorang gerak balik ke Ampang, KL. So sebelum gerak tu, lepas solat Maghrib diorang sempatlah makan dulu kat rumah ni.




Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Friday, March 2, 2012

Masak-Masak Lagi

Assalamualaikum w.b.t,

Ni menu kita malam kelmarin(rabu) kot, ni kiranya time rajin sket laa mama, main masak-masak ni..Menu kita malam tersebut, Kerang Masak Oyster, Sup Cendawan Mix Ball, Kerabu Tomato Mix Kcg Panjang, Ikan Goreng, Buah-Buahan as pencuci mulut...Jom Makann...Ha..tak dak idea nak citer daaa wei..





Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Wednesday, February 29, 2012

Jom Masak-Masak...

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam, disebabkan mama rasa, dah lama dapur tu tak berasap sangat, so mama masaklah yang simple-simple saja. Sampai rumah jam 6.15 ptg, sinsing lengan terus mula masak, so sekitar jam 7.00 malam kita dah boleh makan.  Menu kita malam tadi cuma, Kari Ikan Mix Tomato jerk, Ayam dan Ikan Goreng, Buncis Goreng With Telur and Sotong serta pencuci mulut, Buah Betik...nah hambek sepinggan buah betik...ada separuh lagi petang ni mama nak potong-potong2.







Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Wednesday, January 25, 2012

Penangan Buah Ngaku...Baik Ko Mengaku..

Assalamualaikum w.b.t,

Chinese New Year menjelang lagi, so setiap kali ia datang, pasti 'buah' ini banyak di pasaran. Kalau dulu mama tak tahu apa yang nak dimasak dengan 'buah' ni. Baru-baru ni, setelah puas menjelajah dan menjengah blog-blog teman mama, ternampaklah cerita pasal buah ni...rupa-rupanya barulah mama tahu ini dinamakan buah Ngaku...ianya sejenis ubi yang diimport khas dari Negara China khas untuk musim perayaan China sahaja.

So, dek kerana terpengaruh dengan teman-teman mama, so masa balik dari Ekomart tempoh hari sebelum balik ke Segamat, mama ada belikan ubi ni..so ambil sikit jerklah sekadar nak cuba. So sampai di rumah Tok Mak keesokkannya tu barulah mama menggoreng. Rupa-rupanya sekali hadap jerk. InsyaAllah nanti kalau ada lagi mama beli dan kita boleh goreng sama-sama semula yerk..Hanani....Hadirah ....Hakim...dioranglah paling suker....Rasaya mmg lazat, tak keras macam ubi kayu tu...yg mcm crispy lah....tapi awas, pada yang kuat berangin badannya tu..kang tak pasai-pasai...membuang angin jerk tengah-tengah orang..tambah2 tengah CNY ni..hi3.


Inilah rupa buah Ngaku..or dalam bahasa omputehnyer..'Arrowhead Chips'...



ni baru nak menggoreng


so inilah rupanya bila dah di goreng...golden gitu...




Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Tuesday, November 8, 2011

Bihun Sup Utara

Assalamualaikum w.b.t,

Tahun ni, adalah tahun ke dua kita sekeluarga tak balik mana-mana kampung. Kampung Tok Mak mahupun Kg. Tok Jah di Sg. Petani. Dek kerana, tahun ni ayah dan mama masuk korban di surau yang selalu kita pergi ngaji tu dan juga sekali buat akikah untuk baby Hazirah.

Disebabkan sebok ayah membelikan keperluan untuk aktiviti memasak di surau pada hari raya, jadi kat rumah kita mama tak masak apapupun hari raya tu. Awal2 pagi dah ke surau, kecuali mama dan the other 3 girls.  Ayah jam 7.45 dah ke surau, sebab solat akan start pada jam 8.00 pagi, dia pergi cuma bawa Hakim jerk. Lepas solat ayah balik bawa kita ke surau tengok orang sembelih lembuh dan kambing untuk korban hari raya pada kali ni 1432H. Sementara kaum-kaum ibu sebok di bahagian lain di surau untuk memasak bagi yang bekerja keras menyiapkan daging-daging korban. Jadi kita tengah hari makan di situ saja.

Balik dari surau, kita dapatlah sikit daging serta tulang hasil dari korban. Esoknya mama masakkan Bihun Sup Utara yang sememangnya dah lama tak makan n agak sukar nak dapatkan di sini, kalau ada pun terhad dan tak sama macam kat utara.
So inilah hasilnya............taraaaa......so tak payah lagi pergi Ani Sup Utara, mama pun tau masak, cuma tak dan jaaa...




Resepi Bihun Sup Utara.

Sup:

- Ketuk halia dan lengkuas dan potong bawang besar sebijik or dua bijik. 
-Kemudian direbus bersama daging dan tulang direbus hampir 3 jam.
-Masukkan sup bonjot...disebabkan sup bonjot tak ada, mama cuma masukkan buah pelaga 4 biji, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis....

Note: ada yang masukkan gula batu ...tapi tu terpulang....air tangan masing2.

Bahan Bersama Bihun

1. Tauhu digoreng dan dipotong nipis2
2. Daun Sup & daun bawang.
3. Daging yang sudah direbus di ricik2 sahaja.
4. Lobak Masin( mesti wajib ada..tak ada mcm tak best) pun di ricik halus.
5. Sambal Merah...ni pun wajib ada..kalau tak dak macam tak kick (betui kaa eja ni)....atauuuu
6. Sambal Kicap ..mama tak buat..sebab dah biasa sgt sambal kicap...sebab org selatan makan bihun sup dorang ada sambal kicap...so memang...tak buatlaa..tapi kalau sapa suka sambal kicap pun terpulanggg....tekak masing2 kan..hi3

Cara untuk membuat sambal merah:
10 biji cili kering direbus dan diblender kering. Kemudian dikacau di atas api yang perlahan dengan sedikit air dari kuah sup tadi, masukkan sedikit garam(jgn byk nanti masin) dan gula secukupnya. Kacau hingga menjadi merah dan kehitam-hitamman...tu baru best.

Note: ada juga yang pakai cuma serbuk cili dicampur dengan gula dan kuah sup dikacau sebati hingga kehitaman.


Petua untuk kuningkan bihun:
Cuma rendam dalam air dicampur dengan serbuk kunyit kemudian dicelur dgn air panas2 bagi lembut betul2.




Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Tuesday, November 2, 2010

Nasi Ayam Madu and Spaghetti Malay Style

Weekend Story.

A lot of things to do.  I started off on Friday because there was no nanny. So I as a mother have a responsibility to my children because the husband was no longer leave. During these days are too busy with the house cleaning, biasalahkan orang pompuan.

The next day, Saturday the husband does not work that week. Initially planning to cook chicken rice and spaghetti, but since a friend had to cancel to come home so we all went to Jaya Jusco to buy a shirt and trousers for my husband coz he just got his salary. Shopping again, but not too much, because we've to spend our money to do 'Akikah' for Hadirah  on Raya Haji coming soon.

Then, the nextday on Sunday. As usual, I woke up early in the morning,  then my husband buy some breakfast  for us and three chickens, it's looks like there is a big feast on the day. My children also woke up early on that day, after got shower on them and breakfast I start cooking. Dah selesai potong ayam dah bersihkan, dah nak rebus ayam untuk jadikan  stok nasi ayam, tup..tup gas  pula kehabisan. My enhubby terus ke kedai beli gas baru, spare gas pon dah habis. Dah dia balik masa nak pasang ke kepala salur, tak mahu juga, at last pergi tukar ambil gas shell barulah boleh. Huhh berpeluh aku, mana tidaknya jam 11 baru start masak.

Tengah sebok menggoreng ayam madu yang dah diperap pagi tadii dan merebus spaghetti my FIL datang dengan MIL(tiri) untuk ambil Hanani. Sebab dia nak ke Segamat petang tu jugak.  Dalam masa tu lar, nak kemas baju Nani, lepas siap berkemas, suapkan nasi pula kedua beradik tu, masa tu jam dah 2.00 ptg. Hakim dah makan sendiri dengan atok ayahnya. Disebabkan Nani makan tak berapa sangat, coz atok dah nak gerak dah, aku pun bekalkannya nasi ayam madu tersebut. Unfortunately, sejam dua lepas tu baru aku teringat yang ayam madu tu aku terlupa nak letak. Lain-lain dah letak mcm sambal kicap, salad,timun and tomato serta kuah sup. Lepas tu call mak lar cakap terlupa nak masukkan kerana keadaan kelam kabut masa tu.

Menu hari tu, Nasi Ayam Madu...yang tak berapa madu aku cakap hi3, Spaghetti Malays Style, Watermelon and Manggo Juice. Around at 3pm, my hasben's fren datang with his family, aku dah terbongkang atas tilam selepas solat dikejutkan hakim beritahu kawan ayah dah datang. Lepas tukar pakaian layan mereka anak beranak. Actually, dah biasa dengan keluarga kawan hasben ni, diorang pun tinggal area2 situ juga, datang ke rumah pun jalan kaki jerk.

Mulanya, niat nak masak awal tu, sebab ada kawan sorang tu cakap tak pernah datang rumah aku, actually, bukan rumah aku lagi, rumah my father in law, kitaorang masih menumpang disebabkan tiada siapa yang tinggal kat situ lagi kecuali adik yang berlayar tu jerk. Itupun mcm chipssmore....Lepas kawan hasben datang tu, aku sempat terlelap sebentar dalam 4.30 ke 5.00 pm. Tunggu kawan tu tak datang...datang juga, msg, call or apa pun tak last2 late night baru baca msg dia kat FB dia tak leh datang....itu ini..itu ni...mula tu frustrated gaksla. Bukan apa, dia ngada-ngada cakap....'siapalah aku kerani cabuk jerk org nak jemput',. Dia ingat selama ini kawan-kawan aku semua2 CEO,CCO, Akauntan, Engineer ker. Aku tak pernah amik kisahlah, aku pun sapalah sangat. Hidup pun belum tentu lamaaaaa.

Tapi, Alhamdulillah, maybe not her rezeki, malam tu kawan--kawan rapat hasben datang dua family..Haaa ambik engkau. Semua juadah selesai, habis, booleuw, licin, sampai seketul ayam pun tak tertinggal, spaghetti ker kuah ker haper semua licin, senang sikit nak cuci. Lepas basuh pinggan mangkuk, periuk kuali gantung semua, mop lantai jam dah hampir 11.30 malam. 

Tapi Alhamdulillah sekurang-kurangnya aku suka dan gembira tengok diorang makan, tak sia-sia pulun masak. Sebenarnya, bukan nak masak banyak sangat, cukup untuk family aku dan kawan yg nak datang tapi tak jadi tu, tapi hasben pula request nak ajak kawan-kawan dia juga. So mana tidaknya masak macam ada feast dah semua pakat puji  sedap..sedap...sedap. Aduhai kembangla vontot yg tak berapa kembang ni. Hi3. Tapi aku bukanlah jenis yang hidup dan mati dengan pujian, sekadar untuk memuaskan hati semua pihak walaupun kadangkala hati ini terusik. Hu3

InsyaAllah, kalau ada kuasa dan kudrat ku, semua teman-teman sesiapa sahaja terbuka untuk datang kerumah walaupun bukan di bulan raya. Tetamu yang datang itu adalah rezeki, walaupun tidak nampak dengan mata kasar. Begitu juga bila kita pergi melawat orang sakit atau kematian. Ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.



Thursday, February 4, 2010

Siakap oh Siakap

Semalam lama sudah tidak masak Siakap Stim..fuh..best tul semalam....after work, hasben n me went to 'Pasar Malam'...so beli lauk2 untuk stok minggu nih.....then, sampai umah gi amik budak..almost 6.45 ptglaaa....Then aku kepenatan sgt, masak pun after Maghrib.

So, sebab masak simple jerk...sempatla masak..Siakap Stim Chinese Style..then masak kari ikan tenggiri, utk wak bekal esok..he.he..then tambahan cili goreng dengan ikan bilis....Siakap tu aku masak dua ekor lagipun kecik jerk..Anak2ku..hakim n hanani, makan funyalah berselera...dah abis nasi semua pakat2 meratah plak...hmm best tull..suka tengok anak2 makan berselera cam tu....lgpun dah lama aku tk msk mcm tu....Pic?..Sorry tak sempat nak snap...dah licin tinggal tulang..hu.3..









Monday, September 14, 2009

13 Sept 2009- Restaurant Qaseh



On Sunday, dapat pula jemputan daripada member hasben, berbuka kat Restaurant Qaseh dekat Shah Alam jugak...ala sebelah Tesco Extra Shah Alam...makan kat sini ala2 kampung gitu, dia kira perhead, so murah gakslaa tapi tak leh nak banding ngan makan kat Hotellaa.....So, sebab orang belanja kan?..dah tu makan free so pergilaa..act kitaorang dah selalu ngan member hasben ni, kalau dier tak belanja pun kitaorang yang belanja, kiranya hasben n his fren ni quiet close gak laaaa...member dia since UitM lagi....Kebetulan, member hasben ni pun datang ngan mother in law dier kiranya semua dia angkut sekalilaaa.....

So, makan kat situ not bad, boleh tahanlaaa..cuma enviroment jerk kureng..coz panas skett..hasben aku lagi best, lepas jamah sket jerk dia terus gi cari surau kt Tesco solat dulu..then baru datang semula makan..kebetulan kitaorang dapat meja dekat dengan bahagian dapur, so bahang laa terasa....aku pun makan jamah2jerklaaa...orang toksah cakaplaaa..ramai yaa amattt..gamat gakslaa....sian kata hadirah berpeluh2.....so lepas jamah2 tu aku pun dukung dier cari kipas....kiranya semua berpeluhlaa jugak, yang bawa anak2 pun riuh rendah sana sini melalak..dah orang reda then kitaorang pun dah selesai makan, dapatlah meja kosong tepi pintu, so sejuklaa sikit dah tu tepi kolam air terjun, hakim n hani n anak2 Iman pun main2 kat situ. Hadirah pun baru dapat tidur ngan nyenyak.....After mak mertua Iman balik, tinggal kami jerk ngan Iman n family, so lepak2 lagi ...then baru gerak ke rumah kak Lina kejap..tapi kejap tak kejap, jam 10.30 gaks laa baru balik ke rumah...Hmm mmg penat giler..aku pun masih ngantok2 lagi nih...



12 Sept 2009- Bluewave Shah Alam


Sabtu lepas kitaorang anak beranak berbuka kt Bluewave, Shah Alam atas invitation satu company nih....so, dalam 6.30 dah sampailah...mula tu jenuh gak la cari parking..maklumlah ramai dah yang datang..so last2 parking jerk kt tempat org cacat..hu..hu..betul2 bertentangan ngan Bluewave ni laaa....bangunan hapatah kt depan tu tak perasan laa pulak......Ramai gaks orang opis aku dah penuh kat atas tu...so kitaorang pun amik satu meja, tak lama kemudian, nuriz n family pun datang so sebab meja aku just anak beranak jerk, so aku ajak laa dier join sekali...

Anak2 aku biasalah...jakun sket, maklumlah mama jarang bawa masuk hotel....mama jerk selalu masuk hotel..so sebelum berbuka tu, aku ngan ayahnya pakat2lah amik menu hidanglah kt atas meja senang sikit sebelum waktu berbuka....hmm ..hakim n hani telah mengerjakan buahan yang di ambil, maklumlah kat rumah amik pisau kena marah....tup2 pisau kt meja makan tu..tak berapa tajam..so, buah yang dah dipotong cantik2 pun..dipotong2 lagi dengan dua beradik nih..alahai..budak2 nak marahpun..lantaklah..dah tak kuasa mama nak layanlaaa.penat...Dah selesai makan, aroun 8.30 tu aku pun dah cabutdah...tak tahan dahh...dowang bukannya m akan sangat, si hadirah pulak dah melalak2 nak menyusu..abis takkan nak buka 'kantung' tengah2 orang so nak tak nak cabutlah..lagipun perut mmg dah kenyang.....So, sebelum keluar hotel sempatlah...possing2 ngan anak beranak....


Monday, May 18, 2009

Makan..Makan..Makan..berjalan Lancar

Alhamdulillah, majlis makan-makan kat rumah Saturday lepas berjalan lancar....tp sayangnyer..aku tak sempat lagi nk upload pic ke sini.....So, seperti yang dimaklumkan pada n3 yg lepas-lepas akhirnya...ini jerk yang sempat aku masakk..hu.hu.hu..
Nasi Puteh
Kari Kepala Ikan
Sayur Campur
Sup Mix Bebola Ikan
Ayam Masak Halia
Kerabu Kerang dan taugeh
Sambal Sotong
Laksa

Dessert: Agar2 Laici/Sunkist
Minuman: Soda Bandung/Sirap Laici.

Hmm. penatnyer, hanya Allah yang tahu...dari malam lagi aku dah masak kuah laksa dulu dan masak agar-agar laici then, siapkan bahan2 lain, mujurlah hasben tolong kupas bawang semua, so esoknya tu aku masak cepatlah sikit...tumis-tumis..jerk he.he..jam. 9.00 dah start masak sikit2. Alhamdulillah, tepat jam 12.oo semuanya dah completed. Mujurlah kengkawan hasben datang bukan sekali harung( org kedah ckp)....diorang datang gilir-gilir, kalau tak mahunyer aku terbongkang tak cukup kakitangan. Nak mengharap anak? alahai..diorang asyik..datang..mama..nak air..mama nak itu..nak ini..adoiii penin kepala gaks...tp takderlah mengganggu sangat, dalam aku dok sebok masak tu sempat diorang cilok akupunya kacang2 panjang masing2 pakat dok menangkut....he..he..dah la aku pun dah tk larat nk larang...laktaklaaa...hakim plak aku dah basuh timun n potong nk wat ulaman letak kt atas meja...belum pun org menjamah aku tgk mangkuk salad n timun dah tinggal pinggan jerk..hu..hu..mmg kaki ulam macam mama gaks,..kot ye pun kasilah orang makan dulu sayang oiii....nak tak nak aku watlaa semula...penat mengdecorjerk... Pengasuh Hani pun ada datang around 2.00 lebih, and kemudian disusuli kengkawan hasben..sampailah late night my cousin datang...after AF dah habis baru diorang pun cabut...Aku masa tu.Af apa...kemana..dah terbongkangdah....lepas diorang makan....mcm nak tidur..tp dah ada tetamu kan..tidur pun tidur2 ayamlaa.hu..hu..mujurlah sedara kalau orang lain..he..he..tahulah2...hu..hu..

Tuesday, May 12, 2009

Makan..Makan..Makan

InsyaAllah on this Saturday nak buat makan-makan sikit kat rumah, sebelum aku bertolak bercuti selama 60 hari nanti ke Sungai Petani end of this month. So, hubby request kat aku nak wat makan-makan nak ajak teman-teman dier datang, lagipun katanya dah lama tak wat makan-makan kat rumah tuh. Hmm oleh kerana, hasben yang request kan.. so nak tak nak....wat gak lah demi memenuhi hajat suami tercinta. So, aku bercadang nak wat menu seperti di bawah ini.


Tengah hari:
Nasi Puteh
Kari Kepala Ikan
Sambal Sotong
Ayam Masak Halia
Sup Mix Bebola Ikan (untuk budak2)
Kerabu Taugeh dgn Kerang
Ulam-Ulaman dan Sambal Belacan
Dessert: Puding Laici and Watermelon
Air: Sirap Soda Bandung or Oren

Petang ke Malam:
Laksa and Bihun Goreng


So, saper2 yang datang lewat tu, hasben aku cakap, makan ikan bilis jerk lahh......he..he..InsyaAllah jamuan dari jam 12.30 t/hari sampai ke malam. So, korang janganlah datang tengah2 malam....jam 9.30 malam pun maybe gate dah berkunci he..he..So kepada teman-teman terdekat ker jauh ker, kalau korang terjengah kaki ke Klang ni, calling2 ler kiter meh lah singgah kat umah tu...kalau lambat gaks datang..alamatnyer minum teh o ngan biskut kering jerk laa....Ini cuma perancangan jerklah..so kita tengoklah nanti on Saturday, mana satu menu yang mengena...he..he..'Kita Tengok Saper Yang Kena'....

Friday, September 12, 2008

Berbuka di Hotel Concorde Shah Alam

Untuk pertama kalinya tahun ini pada 110908 aku dijemput untuk berbuka di Hotel Concorde Shah Alam. Disebabkan suami tiada di sini, aku hanya membawa hakim dan adik lelaki untuk menemani aku. Bertolak dari rumah jam 5.45, tiba di hotel tersebut dalam jam 6.30 bukannya jauh pun Klang ke Shah Alam, tapi tahujerklah, jamm kat bandar Klang tu..bosan betul. Sampai sana tunggu lagi member dekat 1/2 jam, baru nampak kelibat.


Hakim and Me



So kitaorang pun terus ke Ballroom nak booking tempat nanti penuh dapat tempat yang jauh2 plak ...Dalam jam 7 malam aku dan lain-lain jemputan mengambil hidangan masing. Maklumlah 'buffee' so kenalah pandai.2 Hakim aku bagi satey jerk kat dia...orang belum berbuka dia dah pulun makan...dalam 7.20 baru kitaorang berbuka tunggu selesai azan, masing2 apa lagi. Melantaklah puas, tapi aku makan sikit jerk dulu terus naik solat cakap kt hakim, ' Hakim, mama naik solat dulu tau..hakim makan dgn pakcik ye, kejap lagi mama turunlah. So, hakim pun jawab ok. So dah selesai solat aku pun turun, dah tengah makan tu, hakim cakap, mama jom la balik. Aku cakap, kejaplah mama baruu nak makan. So aku pun pujuk dia lagi then pegi ambilkan aiskrim. So akupun sajajerk nk nyakat dia..hakim jomlah balik, mama dan kenyang....dia jawab..ala kejapla mama...hakim nak aiskrim ni..Ooo pandai masa dia dah kenyang dia beia2 ajak orang balik, skrg dia nak makan lagi, aku ajak taknaklah pulak..Hmm hakim-hakim..luculah anak mamani.

FatimahAz-Zahrah, Hakim and Me


Memanglah puas makan kat situ, aku semeja dengan Kak Ani, Azzahrah and keluarga abang Atarmizi. Dalam jam 8.30 kami pun masing-masing dah kekenyangan bergerak balik. Aku tiba di rumah dah jam 9.00 malam, mujurlah jalan nk ke Klang tu tak jamm sangat, kalau tak memang penatlah..dah lah penat makan, penat dengan jamm kot jalan lagi. Hakim dalam perjalanan dah tidor, kepenatan akibat kekenyangan agaknya, so aku biarkan saja sampai kerumah. On day way, MIL call dia cakap diorang baru kat Tampin. MIL balik Segamat, tengok adik kt sekolah teknik tu demam pulak. So MIL bawa hani sekali. Pagi ni ajak hakim jom gi umah ibu, mama keje..mula tu..dia ckp takmoh..hakim nk tidor lagi...so akupun pujuklahlagi, jomlah..ni ha..mama bekalkan nasi goreng and buah epal. Hakim pegi umah ibu ye...nanti petang mama ambilla.mama nak gi keje ni..So dah pujuk-pujuk tu, barulah nak.......So sampai umah ibu(pengasuhnya) dia pun turun salam and cium aku. Hmm senang hati...mahu gak dengar cakap kalau tak..memanglah susah sangat.

Monday, August 25, 2008

Jamuan 3 in one

Hadiah disampaikan oleh Kapt. Halim, kepada Kapt Nazri, Encik Shahrizan. Haji Ramli sedang memotong kek. Ini lah kaum hawa yang ada dibahagian kami

Nasi lemak ayam berempah, dan bihun sup





Jamuan meraikan hari jadi, Hj. Ramli, pegawai baru dapat anak dan pegawai yang bertukar...



Selepas penat makan kat office, lunch hour tu, kitaorang keluar jugak..maklumlah esok lusa dah nk pose..lagipun member ni ha nak cari cameralah..so temankan sekalila...



Try amik pic with camera baru...test by salesmen.he..he..






Setelah penat makan, kitaorang petang tu, ke Jusco Bukit Tinggi, so singgah jap makan kat KFC, itupun makan ringan2 jerk n minum..sementara Anis jerk yang kelaparan..so temankan lah dia makan sekali




Sempat possing depan Jusco sebelum balik tuh..with camera baru..hu..hu







Tuesday, August 12, 2008

Lunch at Kopitiam-080808

Last Friday, My friend and I had a lunch at Kopitiam. We had a great set CHICKEN CHOP for our lunch. Here are my friend and I at Kopitiam photos. Friday 080808 was a nice date and we had a first time ate at Kopitiam..

Tuesday, July 22, 2008

Fruits Season


Now, Malaysia in fruits season. Last week I went to my mother in law village. Then all ‘rambutan’, mangosteen and ‘durian’ ready to eat. My brother in law climbed up to a mango tree. A lot of mango we picked together but what was really funny to me coz being bitted by ant. Ouch….. Then, my daughter and son ate so much ‘durian’ included me. Going back, we also brought a lot of ‘rambutan’, ‘durian’, and mangosteen.