Showing posts with label ARTIS. Show all posts
Showing posts with label ARTIS. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Farah Brip..brip kawen...Jom Layan..


 Assalamualaikum w.b.t,

Jom kita layan gambar Farah AF dah kawen....cantik sangat, semoga pernikahan kekal hingga ke syurga...Amin..




 
 
 








sumber: Fwd email..


Glitter Text @ Glitterfy.com

Monday, April 19, 2010

Al-Fatihah- Achik (Spin)

TANGGAL 17 APRIL 2010, sekali lagi dunia hiburan dikejutkan dengan kematian Achik atau nama penuh beliau Abdillah Murad Md. Shari, 27 tahun akibat kenderaan MPV yang dipandunya terbabas di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban sebelum susur keluar Pajam arah selatan pada jam 6.00 ptg.

Semasa kejadian, apa yang aku tengok kat Youtube, keretanya memang berbakar habis, dan api marak menjulang ke udara, membakar sekali signboard Pajam/Nilai. Sementara, ada beberapa orang ramai bantu mengangkat mangsa dan sepupunya dari tempat kejadian. Arwah, tidak lagi bergerak sementara sepupunya masih boleh duduk.

Semalam dan hari ni juga, tengok berita tentang kejadian tersebut sememangnya menyentuh hati aku. Bersimpati dengan anak2 dan isterinya yang kelihatan tabah sekali. Namun naluri sebenarnya mungkin Allah sahaja yang mengetahui kan? Sebelum ini juga, arwah pernah kehilangan anak sulung beliau Putri Rania yang meninggal dunia pada 20 Mac 2007.

Coretan ini khas buatnya, walaupun tidaklah meminatinya secara fanatik, tapi aku benar2 suka dengan lagu-lagunya duet bersama Siti Nordiana atau Nana. Antaranya seperti, Mainan Cinta, Gurauan Berkasih, Resepi Berkasih, Memori Berkasih, Paling Comel dan banyak lagi.



 



Salam takziah buat  isterinya H.M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof  atau Tasha dan ahli keluarga yang lain, semoga tabah menghadapi dugaan hidup ini.

Hidup penyudahnya adalah kematian. Kita yang hidup ini pun entah bila akan menghadapi kematian. Sesungguhnya kematian  adalah sesuatu yang pasti akan hadir untuk setiap insan. Al Fatihah buat arwah Achik.


Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah buat DIN BERAMBOI

Allahyarham  Mior Ahmad Fuad aka Din Beramboi

Berita jam pagi tadi dikejutkan dengan kematian Din Beramboi, atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri dalam usia 43 tahun pada jam 12.30 tengah malam dan  meninggalkan seorang balu  dan 3 anak perempuan.

Sebelum, ini beberapa hari lalu..ada khabar angin menyatakan beliau terkena 'kencing tikus', namun sebaliknya apabila Dr. Hospital Selayang hari ini mengesahkan bahwa beliau diserang demam denggi berdarah.

Sememangnya, sewaktu aku mengetahui melaui FB Scha Al-Yahya, bahwa abg din ini telah koma akibat serangan tersebut. Hati ku telah berdetik 'beliau tidak akan lama'. Mengapalah sejak akhir-akhir ini aku dpt membaca instinct itu. Sebelum ni pun mak saudara hasben aku, koma juga akibat serangan jantung, dan instinct aku sama bahwa beliau tidak akan lama. Rupanya semuanya menjadi kenyataan.

Itulah kehudupan, kita pun tidak tahu, seminit dua minit, esok kah, seminggu lagikah..kita akan pergi meninggalkan dunia fana ini. Meninggalkan segala-gala yang ada dan hanya amalan yang kita kumpul di dunia ini akan dibawa bersama. Namun banyak mana yang anda telah kumpul? Fikir2kanlah. Sesungguhnya kita hanyalah pinjaman semata2 di dunia ini, suami pinjaman kepada si isteri begitu juga isteri, dan anak-anak juga hanya lah pinjaman kepada ibu bapa. Sememangnya urusan kematian dan akhirat itu adalah rahsia Allah.Renung..renung dan fikirkanlah.

Sedih aku dengar lagu ini di radio Hot FM pagi tadi membincangkan soal 'KEHILANGAN'....mari kita sama hayati lirik lagu kump. Unggu ini. ANDAI KU TAHU

 
Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
***************

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu


Friday, January 29, 2010

Siapakah Gerangan?


Aha, jangan terkejut...lihat kat atas..siapakah gerangan ini?.Sudah tentu semua kenal kan salah sorang tu (salah sorang bukanker sama ker..hu3?.).kan pernah jadi hero Malaya dalam..drama NurKasih...filem paling hot 2009....Remy Ishak photo no. 1. Tengok ada persamaan tak to both this pictures...saper lagi handsome?..he..he....Tapi yang sorang lagi tu saper?...(aik bukankah both are the same pictures ker..ha..ha...)...

Hmm itulah..kalau korang nak tahu...yang No. 2 pic tu...namanya Cristian Baustista penyanyi fofular kat Philppines, nak dijadikan cerita tertengok pic mamat ni kat dalam Kosmo hari ni..ada citer pasal dier....duet dengan Noryn Aziz lagu Melayu...nak tau kisah selanjutnya..baca kt ...SINI..nanti korang akan taulah..sajajerk...nak tempek kt sini..coz tgk wajah diorangni ada sikit persamaan...hu.hu

Friday, August 14, 2009

Perginya Tak Kembali..

PERGINYA TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa

Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Pernah mendengar atau menyanyi lagu ini....lagu yang menjadi siulan ketika dulu.......namun kini ianya menjadi kenyataan...

Semalam Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kematian personality Nasyid popular iaitu Ustad Asri vocalis kumpulan Nasyid Rabbani. Kini lirik lagu Nasyid yang dilagukan kini menjadi kenyataan. dan kita akan merindui suara yang mendayu-dayu itu. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan keluarga Ustad Asri tabah menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya kita masing-masing hanyalah pinjaman semata-mata di dunia ini, tiada yang kekal melainkan Allah Yang Esa.