Showing posts with label DIRIKU. Show all posts
Showing posts with label DIRIKU. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Genap Seminggu Berpuasa Tahun 1434H/2013 dan Masih Menanti 'Orang Baru'

Assalamualaikum w.b.t,

Alahai, lama jugaklah ye, mama tak menulis di blog yang dah bersarang semut bagai nih...Hari ni ada mood sikit nak menulis, bukannya apa..entahlah tak tahu nak tulis apa benda pun, padahal banyak bendanya untuk dicoretkan.

Pertama kali, syukur ke hadrat Illahi, dengan kesabaran akhirnya, rumah kita siap dah renovate walaupun mengambil masa hampir 3 minggu. Namun sehingga kini, mama dan ayah mengemas tidak habis-habis lagi. In Sya Allah mudah-mudahan sebelum mama bersalin nanti, keseluruhan rumah dah siap berkemas. Cuma nak susun atur perabot jer semula dan kemas kain baju anak-anak mamalaa serta baju mama n ayah sikit-sikit. Sekarang ni bilik depan dah dijadikan Hanani dan Hadirah, sementara Hakim dibilik sendiri, ayah dan mama pindah ke bilik belakang, selesa jugaklaa.

Hai nak bercerita pasal pose ker pasal renovate rumah..hi3..ok, cuma ada selingan saja. Alhamdulillah, hari ni semua umat Islam genap seminggu berpuasa di tahun 1434H/2013. Namun, mama dah tinggal puasa tiga hari dah disebabkan masalah kesihatan dan juga kasihankan baby dalam perut ni yang asyik mengeras jer dek kekurangan air. Dah la minggu lepas kena refer hospital after checkup, so Dr. suggest tak perlu puasa dulu, sebab 'dehydration'. So, mama akur, selama tiga hari jugaklah mama skip puasa. So Ahad, semalam dan hari ni sambung puasa kembali. Esok ada checkup lagi, kena ponteng lagilah gamaknya, sebab tak moo kena refer lagi ke hospital. Bukan apa kat sana, kang kena checkup VE dan ambil darah bagai...tak larat mama....haii baby cepatlah keluarrr......

Minggu ni, kandungan mama dah masuk ke 37weeks, ikutkan due mama 8 Ogos 2013, yakni jatuh hari rayalah...tapi ntahlah sempat sampai tidak, or nak jugak bulan Ogos tak tahulah, baru sama dan ada geng dengan Hazirah..hi3. Apapun mama sering berdoa agar semuanya dipermudahkan dan diberi kelancaran. Ringankan bebanan sewaktu hendak bersalin kelak. Kalau ditakdirkan bersalin awal pun mama redha, coz mama dah tak larat sangat sekarang ni, tambah-tambah di bulan yang Mulia ini. Tapi semuanya atas Kekuasaan Illahi, Dia Yang Maha Mengetahui segala-gala perancanganNya. Apapun mudah-mudahan yang terbaik dan diberi keselamatan untuk diri mama dan baby yang bakal lahir kelak.

Sekarang ni, jarang sakit-sakit, cuma sekali sekala ada la Braxton Hick tu, cuma mama tak ambil kisah sangat coz tanda-tanda betul-betul nak 'deliver' tu memang tak ada sangat. So tunggulah, waktu dan ketikanya akan sampai jugak.

InsyaAllah, Ahad ni, Tok Jah ngan Awan akan datang dari Sg. Petani, syukur, sekurang-kurangnya, Tok Jah bolehlah bantu mama sikit kat rumah nanti. Sekarang ni pun nak datang keje dah tak ada mood...Mood ke laut....Mood Nak Cuti jerk....Hu3...
glitter-graphics.com

Monday, July 1, 2013

Tanda-Tanda Kelahiran....Ooooo Tidakkk..

Assalamualaikum w.b.t,


Syukur Alhamdulillah, minggu ni mama dah masuk minggu yang ke 35 untuk baby yang ke lima nih. Tapi sejak dua menjak ni, tanda-tanda sakit di bhg pinggang, dah bahagian bawah semakin menjadi-jadi. Namun berharap sangat jangan bersalin dulu dalam minggu-minggu nih, biarlah selepas dua minggu berpuasa, kalau tak, kenala lagi mama ganti puasa untuk sebulan macam Kakak Faqihah hari tu......

Tapi sekarang ni, kalau duduk bawah lama2 pun dah tak boleh nak bersila....duduk bawah mesti nak menjulur kaki....ada kengkawan kata nampak perut dah macam turun....oooo tidak!!!!!! takutnyer....hu3. Fobia bersalin tetap ada walaupun dah nak masuk anak yang ke lima.....hu3. 

Minggu depan ada appointment untuk scan, so boleh tanyalah nanti Pakar Gynea, yang baby dah engaged ke belum......hu3...seriauuu...

Kat sini ada 8 tanda2 sekiranya hampir bersalin....jom kita tengok tanda-tanda tu apakah mama sudah atau belum dan sedang alaminya......



1. Engaged (atau pun baby sudah masuk laluan)

Apabila kita pergi 
checkup mesti gynae akan ckp kan sama ada baby dah engaged atau belum...Untuk 1st time mama selalunya baby akan engaged awal dalam 2-4 minggu sebelum EDD ya..dan mama akan dpt rasa bahagian atas "kosong" dan semakin berat di bawah...( tak sure, tunggu gynae inform after checkup minggu depan 36weeks. Tapi sekarang mmg terasa semakin berat shj di bawah....)


2. Kerap Membuang Air Kencing

Ketika bayi sudah "masuk laluan" kepala baby akan berada dekat dengan pundi kencing dan akan menekan pundi kencing...orang tua-tua cakap kalau makin kerap kencing tu rambut baby lebat heeeeee ( mama, memang kerap jugak skrg ni, asyik2 nak terkucil jerk...walaupun tengah2 malam....hu3)

3. Sakit belakang di bahagian pinggang ke bawah
Ligamen rahim dan pelvis semakin meregang untuk proses kelahiran nanti dan baby juga semakin berat di bawah.( Ini memang kerap sangat sejak akhir2 ni....hu3)

4. Kontraksi Braxton-Hicks

Perut mula mengeras pada waktu-waktu tertentu dan kadangkala rasa seperti senggugut ketika datang bulan. Kontraksi Pra-Kelahiran ini tidaklah sekuat dan sekerap kontraksi sebenar ketika kelahiran nanti. Dan mama boleh kurangkan ketidakselesaan atau kesakitan ini dengan menukar posisi contohnya kalau ketika itu anda sedang berdiri, cuba duduk atau cuba berbaring.( Braxton-Hicks ni pun sekarang, kerap jugaklah berlaku...sehari dua tiga kali....alamak.......hu3)

5. Cirit-Birit

Hormon kelahiran juga dipercayai dapat bertindak pada usus dan boleh menyebabkan kekejangan abdomen. Hormon kelahiran juga boleh membuatkan anda loya.( Cirit birit terasa jugak baru2 ni, tp apakah sebab mama makan paprik pedas malam tu, esok pagi terus perut memulas-mulas. Loya pula memang terjadi akhir2 ni...pelik tul...masa awal2 preggy dulu dah loya2...now situasi yg sama dialami lagi...hu3)

6. Keputihan
Terdapat lendir dan lelehan pekat.( Ya, terjadi sungguh akhir-akhir ni, panties boleh basah kalau tak pakai pantie liner) 

7. Keluar lendir pekat dan pendarahan (Show)

Kepala baby turun dalam rongga pelvis boleh menyebabkan Pluk Mukus tertanggal. Pluk Mukus ini menghalaang sebarang kemasukan bendasing ke dalam serviks dan menghalang sebarang jangkitan kuman kepada baby. ( Yang ni, setakat ni belum, harap-harap tiada laa kali, biarlah pecah ketuban je...dah 3 kali mama merasa pendarahan, sakitnya sangat berbanding pecah ketuban..hu3)

8. Pecah Ketuban

Hanya 1 dari 10 ibu hamil yg mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Bagi mama yg telah pecah ketuban sebaiknya segera ke hospital lebih-lebih lagi jika air ketuban berwarna merah atau hijau kerana dikhuatiri baby mungkin lemas atau mendapat jangkitan. ( Harap-harap kali ni pun  pecahlah ketuban sebagaimana baby Faqihah yang lepas, sebab lepas tu cepat sikit mama bersalin, compare dengan yang tiga lain tu, cuma lambat sket je dari Faqihah yang advance, tak sempat nak induce padahal mama dah overdue dah pun).


Alamak, dari 8 tanda-tanda tersebut, 6 daripadanya mama sedang alami sekarang....oooo tidak, baby bertahanlah lagi dua minggu....lagpun sekarang, rumah kita tengah renovate sikit......hu3. Walau bagaimanapun moga Allah permudahkan mama dan kurangkan kesakitan saat-saat kelahiran nanti...Itulah yang mama harap-harapkan sangat.





Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Friday, May 10, 2013

Terima Kasih Hubby..

Assalamualaikum w.b.t,

Fuhhh nampaknya dah bersarang labah2 di blog mama ini......hmm apa nak diciterkan yek, actually byk sungguh cerita..hal pilihanraya tp malas laa nak citer org pun dah bosan perihal pilihanraya ni..Skrg mama nak kongsi sesuatu, 8 Mei 2013, sempena Jcard, ayah ada belikan mama satu mesin vacum...So lepas ni tak perlulah lagi mama nak menyapu satu rumah.....haaa ini mesinnya...mesin ni boleh bergerak sendiri satu rumah..tapi dia sedut pasir2 dan dust yg halus2 sajalah, lagipun mama sejak dulu mmg tak tahan dengan dust nih...Jom kita layan gambar mesin tu dulu.....so dah beli sempena dapat Jcard, dapatlah voucher, so bolehlah shopping barang lain lepas nih....Apapun Alhamdulillah jazakallah hukhoiro buat suami tercinta di atas hadiah ini...InsyaAllah, nanti Aidilfitri mama akan hadiahkan sesuatu yang tidak ternilai dari semua ini...Amin.



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Monday, April 16, 2012

Syukur Atas NikmatMu Ya Allah.

Assalamualaikum w.b.t,

Syukur Alhamdulillah, hari ini mama diberi kesempatan untuk bernafas lagi di muka bumi Allah ini. Hari ini jugalah genap umur mama yang ke 33 tahun. Mama juga bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik, punyai suami yang solleh dan juga anak-anak ramai yang dambakan mereka agar menjadi insan yang soleh dan solehah. Impian mama hanya satu. Ingin lihat kita bahagia di dunia dan akhirat kelak. Ya Allah, aku bersyukur padamu, namun kau tetapkanlah imanku agar jangan lalai dan taksub akan hal duniawi.

Kepada semua kengkawan yang 'wish' Selamat Hari Lahir terima kasih mama ucapkan, semoga doa-doa kalian akan dimakbulkan dan sama-sama kita akan ke Jannah nya Allah.  Amin.


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: ""Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih
(Surah Ibrahim 14 : Ayat ke 7)








Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Wednesday, February 29, 2012

Jemputan Kahwin VIP

Assalamualaikum w.b.t,

Sabtu lepas, mama dapat undangan ke Majlis Perkahwinan anak Y.Bhg. Dato' KP pejabat mama, so disebabkan, tak boleh bawa budak-budak, ayah berkorbanlah jaga anak-anak mama di rumah. Tapi tidak dirumah sebenarnya, petang sabtu tu kita semua ke Kajang, rumah mama Nori yang jugak sepupu ayah. Selepas sahaja Maghrib, ayah dah seluruh ahli keluarga semuanya nak pergi hantar mama. Actually, majlis tersebut di adakan di Dewan Sri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya. Mama dah biasa ke situ, cuma malam-malam jerk tak confident nk drive sorang-sorang. So, lepas ayah hantar mama ke dewan tersebut, anak-anak mama balik semula ke rumah mama Nori kat Kajang tu. Sebelum tu, anak mama Nori, tanya mama nak kemana, so mama cakaplah mama dapat invitation untuk Majlis Lisa dan Yusri...nak ikut katanya, ha..ha..lucu jugaklah, kebetulan pula majlis Lisa pun di Putrajaya jugakkan...so akhirnya terpedaya jugak si Aina.....lepas dah sampai Dewan tu barulah dia tahu....hi3..


Pasangan Pengantin..sorrylah blur....tangan pun shaking...ha3.


Mama tiba sekitar jam 8.00 malam, tengok member-member dah tak ada pulak, so check dekat registration under Puspanita, so mejanya 25, 26, dan 27, mama tercari-cari jugaklah, masa tu orang pun dah agak ramai, jauh di satu sudut mama dah nampak kelibat bos mama, tapi segan nak pergi tegur dia, sebelum masuk tadi ada juga berjumpa wife dia kat pintu luar sebelum nak masuk ke dewan. 


Dengan teman semeja.....mama mana?..sembunyi...ha3.



  Pasangan Pengantin Lama...ooopsss...ni Dato' n Datin after renjis merenjis..

Pengantin, VIP dan VVIP sampai sekitar jam 9.00 malam so, majlis berlangsung sekitar jam 9.00 malam hingga 10.45 malam.  Pada awalnya, biasalah upacara renjis merenjis oleh golongan VIP dan juga ayahbonda kedua-dua pengantin. Sambil menjamu selera, semua tetamu dimeriahkan lagi dengan penyanyi2 jemputan (mungkin kenalan anak2 Dato' kot) sebab kebanyakkannya pramugari-pramugara MAS. Lagpun anak Datin memanglah pramugari MAS dan pasangannya Engineer.  Sebelum para jemputan dihidangkan dengan tayangan 'slideshow' tentang kedua-dua mempelai, di akhir acara, pengantin lelaki menyampai satu lagu ' AmySearch' kalau tak silap mama, Memang sweet sangat and both pengantin pasangan yang sepadan lah. Mudah-mudahan perkahwinan mereka kekal, abadi hingga ke syurga.



Majlis habis sekitar jam 10.45 malam, menunggu sendirian di ruang legar dewan, ramai jugak yang menegur, dah jadi malu sendirian..ha3.. So kita gerak balik ke rumah sampai rumah dah hampir jam 12.30 malam. Sian baby, mama tengok dah terlentok dalam 'babyseat tu'..melalak usah cerita ayah cakap...tapi dia memang..kaki melalak jerk...dia sorang jerk pelik-pelik sket..

Coretan:



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Tuesday, February 14, 2012

Mama oh Mama...

Assalamualaikum w.b.t,


Sejak semalam, mama dah sakit tekak, tapi gagahkan diri puasa jugak, memandangkan, banyak lagi yang perlu diganti, sedangkan masa terus berputar...nanti sedar tidak sedar kita akan menjengah kembali ke bulan Ramadhan yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi....so mama...ayuh...kuatkan semangat....qado' puasa tu.....kalau tak buat macam-macam halangan datang..itu ini..itu ini..sedangkan masa tu terlalu pantas meninggalkan kita...

Coretan:



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Thursday, November 24, 2011

Kepenatan Kelmarin Masih Terasa

Assalamualaikum w.b.t,

Training volleyball kelmarin..kelmarin tau bukan semalam. Kelmarin yang paling mencabar. Mana tidaknya, lebih kurang jam 6.30 tu, awan gelap gelita, dan dalam beberapa saat sahaja hujan turun selebat-lebatnya, tapi mujurlah semua sempat balik, cuma mama saja. Disebabkan mama tak bawa kereta, mama tumpanglah berteduh kat kuaters jabatan tu. Mula tu ada wife staff ajak masuk umah, mama seganlah pulak, cakap boleh kot kat luar ajerk, mama duduk kat tangga sementara menantikan ayah datang.

Tapi masa mama menunggu ayah tu, cuaca makin buruk, guruh kilat berdentum-dentum kuat sesangat, memang naik kecot pewot jugaklah. Adoi tak leh bayangkan orang yang menumpang teduh kena petir dan sebagainya. Macam-macam surah mama baca sementara tunggu ayah tu, sekali lagi, wife staff tu jengok dan ajak mama masuk dalam rumah dia. So nak tak nak, mama pun masuklah. Then berborak2lah, sorang akak tu tinggal kat tingkat atas sekali, dia kata kalau kat atas lagi takut tu yang dia turun duduk bawah tumpang umah jiran kat bawah.  Kak Sal, isteri abang Bob staff wilayah tengah sempatlah berbual-bual dengannya, sorang lagi mama lupa nama, Yati kot.....anak Kak Sal ni, baru 3 tahun tapi badan dia dua tiga kali ganda badan Hadirah, memang montel tapi cute, paling mama suka tgk rambut dia, yang bergulung-gulung original punya.  Sweet sangat. 

Dalam jam 7.05 malam ayah sampai, masa tu petir dan guruh pun masih berdentum-dentum lagi, lepas ucap terima kasih pada diorang, mama pun bergegas ke kereta. Sampai rumah sekitar jam 7.30 malam. Lepas solat dan ambil anak-anak mama di rumah nenek, terus mama bersilat pulak di dapur. So malam tu kita dinner memang lewatlah sangat, manalah badan mama penat dan letih sesangat. So at last menu malam tu cuma Daging Masak Merah, Udang Stim Mix Vege, Ikan Goreng Tepung serta Daging Masak Itam( belance yg semalamnyer). Anak-anak mama, ayah dan pakcik semua pulun, nasi yang masak 3 pot habis jugaklah. Selamat, semua masuk perut so senang nak cuci. Lepas makan semua, mama dah tak daya sangat dah nak cari bantal jerk...nampaknya. So tinggalah semua kat Pakcik dia yang paling last, so dia lah yang tolong cuci pinggan semua.....

Esoknya, mama memulakan routine seperti biasa......pergi kerja, ada training dan balik lewat lagi.


Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Wednesday, November 23, 2011

Training VolleyBall

Assalamualaikum w.b.t,

Sejak akhir-akhirnya mama sebok 'traning volleyball' persiapan untuk Karnival Sukan Jabatan yang akan diadakan pada 17 & 18 Disember 2011. Jadi boleh dikatakan hari-hari sampai rumah dah jam 7.00 malam. Sebenarnya, sukan ni setiap dua tahun, mula-mula mama join Jabatan ni dulu, orang dah sebok traning bola jaring, tapi masa tu mama masih baru kat Jabatan ni so takderlah nak join mana-mana akviti. Ikutkan setiap dua tahun sukan Jabatan diadakan, tapi selepas tahun 2007, tidak ada lagi sukan Jabatan disebabkan peruntukan kewangan Jabatan yang tidak mencukupi. 

Tapi baru-baru ini, mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian/Wilayah dan Dato' KP telah memutuskan untuk 'wajib' diadakan kembali setiap dua tahun. Jadi, tahun ini kebetulan Ibu Pejabat yang jadi tuan rumah. Sebab itulah mama pun ambil kesempatan nak join sekali. Lagipun lama sangat dah tinggalkan sport, last main volleyball masa kat Jabatan Peguam Negara dulu, itupun masa family day kat PD sekitar tahun 2004. Bayangkan punyalah lama, bila join JKR (Cawangan Selangor), so opis kecik jerk so tak banyak aktiviti yang diadakan.

Actually, Jabatan ni tak ada pun Pasukan Bola Tampar Wanita, disebabkan ada beberapa orang yang nak main, so diorang minta mama jadi 'Lead' untuk dapatkan pemain-pemain lain. So, ngam-ngam jerklah dapat player around 8 people. Itupuan setiap kali turun training dua orang tu mesti tak boleh turun sebab diorang lebih concentrate pada acara  favourite diorang iaitu bowling dan badminton. So kami ajerklah berenam yang selalu turun dan yang akan main nanti.  Mama pun bukanlah pandai sangat main volleyball ada pengalaman masa zaman-zaman sekolah jerk dengan auntie Syarida, Nani, Maton, June and Adawiyah, then masa kat Uni kejap itupun masa 1st or 2nd semester jerk.  InsyaAllah dengan pengalaman yang ada dibantu dengan rakan-rakan lain serta imported couch dari Pos Malaysia, harap-harap No. 1.2.3 dalam genggaman....hi3. InsyaAllah. Amin.....Allah akan memberi ganjaran pada yang berusaha kan?..So setiap sesuatu tu perlulah berusaha dan setelah puas berusaha barulah kita bertawakal padaNya. ..Go..Go. Ladies KSKIPL.


Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Friday, November 11, 2011

Digilis Didepan Mata

Assalamualaikum w.b.t,

Rasanya fenomena budak kecil digilis di China belum reda lagi....dan hati masih lagi berdebar2 mengingatkan tragedi di China tersebut. Tup..tup kejadian hampir serupa berlaku di depan mata.

Pada Rabu lepas 8.11.2011, kami team volleyball ada training bersebelah dengan kuaters Jabatan ni, sekali masa tengah training tu ada kereta wira ni mengundur dengan agak laju, sekali terlanggar seorang budak lelaki (lebihkurang 5-6 tahun) yang berlari menuju ke rumah dia  dan terus digilis dibahagian tayar belakang kereta tersebut, kami semua dah menjerit2 dan berlari ke arah kereta terbabit minta dia memberhentikan kereta. Ya Allah, dengan mata sendiri melihat kejadian tersebut dan sampai sekarang masih lagi dibayangi, bayangkanlah kalau anak-anak kita yang jadi macam tu....Masa kami menjerit suruh kereta tu berhenti dia masih lagi bergerak, sampailah budak tadi betul2 berada di tengah2 kereta dan hampir digilis tayar hadapan pula, mujurlah dia sempat berhenti. Mama, terus berlari ke arah budak tu, ramai dah turun dari kuaters, tengok bapa dia dah usung ke sana kesini, jadi mama jerit dah arahkan bawa terus budak ke hospital, sebab tadi dah nampak sendiri bagaimana budak   tu digilis.

Sebenarnya, mama tak berapa kenal sgt, kebanyakkan kuaters tu didiami staff yang bekerja di Wilayah Tengah, dan bukan di ibu pejabat. Dari apa yang mama dengan memang budak tu masih lagi di tahan di HTAR dan sebelah kaki disemen. Ya Allah lindungilah dia dari sebarang musibah yang lebih teruk.( kecacatan). Nanti kalau mama dapati info terkini tentang budak tu mama akan updated di sini.



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

8 Barang RM19.00 - Berbaloikahhhhh?


Assalamualaikum w.b.t,

Nak tanya sikit kat korang, apakah selama ni kebanyakkan sayur2an di negara kita ni imported jugakkah?...Habis sayur2 dari Cameron Highlands tu di bawa ke mana?..takkan untuk tujuan export?..Dan apa kaitannya pula sayur dengan banjir di Thailand?.

Semalam, singgahlah kat pasar malam, ingat nak beli dua tiga jenis jer sayur2, lagipun dua tiga hari ni tak masak sangat, tak sempat, busy teramat...kalau masak ikan..ikan jerklah....kalau rebus daging daging jerklah...So, dalam kekecohan orang cakap sayur2 mahal, memang tak ambil kisahlah. Sekali semalam dah terkena batang hidung sendiri.

Ambil cili padi lebih kurang segenggam jerk, cili besar hijau 10 biji, cili besar merah 10 biji, bendi pun lebih kurang 10 biji-15 biji kot, sebiji peria, sebiji capsicum,  4 biji bwg besar dan 4 labu bwg putih.....sekali kira2...penjual tu cakap...19.20 kot...oklah 19.00 jerklah dia kata. Gulpppp..terkejut gaks aku...8 benda tu jerk sampai 19 hinggit, selama ni dok beli sayuq tak pernah pun sampai dekat 20 hinggit, kalau ambil meee, fishball dan sayur2 daun lain, baru lebih kurang 14 or 10 hinggit ke bawah jerk...memang mencekik mengkedarah sungguh...Tak moo beli dah haaaihh.....sayuq..makan jaa la apa yg ada..boikot dulu wat sementara waktu ni.....



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Thursday, October 13, 2011

Rumah ke 2

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, setelah hampir dua tiga bulan, akhirnya selesai jua urusan pembelian rumah. Syukur ke hadrat Illahi, dengan gaji mama yang tidak seberapa ni, dapat jugaklah membeli sebuah rumah sendiri. Sebelum ni mama ada beli rumah kos rendah saja kat Sungai Petani nun, itupun pakai loan bank, tapi rumah tersebut untuk Tok Jah dan Awan tinggal. Disebabkan, ayah dengan komitmen lain, so urusan rumah, mama pulalah yang buat loan.  Awal bulan September masa rayalah kiranya rumah loan dah pun masuk. So, Alhamdulillah, automatically rumah tersebut dah jadi milik mama dengan ayah. Seperti mama citer bulan-bulan sebelum ni, yang kita hanya beli rumah Tok Ayah yang kita duduki sekaranglah, so bila dah bertukar milik tu, senanglah sikit nak renovate ikut citarasa sendiri, sebab nak beli rumah lain rasanya dah tak mampu.

Dulu kita ada sebuah rumah lain, Condo kat Bayu Villa, Bukit Tinggi tu, ada gym, swimming pool bagai, walaupun ada lift dan rumah tu tingkat 4 jerk, tapi mama tak suka sebenarnya, mama lebih suka tinggal kat rumah ada tanah....entahlah memang tak best sangat duduk rumah macam tu, nak turun ke swimming pool pun bukanlah selalu, tak silap mama dengan ayah dan abang Hakim sempat tinggal kat rumah tu lebih kurang setahun jerk..lepas tu, pindah ke rumah sekarang dan rumah condo tu kita sewakan. Now Alhamdulillah, rumah tu pun dah terjual. Kita jual kat Pak Uda jerk, kebetulan memang dia tengah cari rumah, lagipun dia bukannya tinggal sangt kat rumah tu sekarang rumah tu masih lagi disewakan. Pak Uda kan belayar, so 3 bulan sekali baru naik ke darat ni.

Seperti yang mama citerkan pada bulan-bulan lepas, rumah ni rumah teres, tapi mama puas hati sebab besar dan memanjang ke belakang, kalau nak dibandingkan dengan rumah sekarang, paling murah pun 270k ke atas, dah tu bertingkat-tingkat tapi keluasan dia kecik saja, kalau nak keluasan besar memang ada tapi tak terjangkau lerk...tak mampu..Sebab tu mama pakai baju ukur di badan sendiri, tak pernah minta ukuran badan orang lain...hi3. Rumah sekarang pun dah ada 4 bilik dan dua bilik air, ayah cadang nak tambah satu lagi bilik air, InsyaAllah kalau ada rezeki lebih. InsyaAllah juga bulan 11 ni, Awan akan datang tolong pasang tiles kat semua bilik dan juga renovate dapur tu sikit. Itu saja yang mama mampu buat sekarang, yang lain-lain setakat ni tak perlulah nak renovate. Kalau ada rezeki lebih InsyaAllah. Doakanlah yerk. 

Hampir sebulan lepas mama ada order drawer( almari tingkat2) dan shoe rack, mak ai dekat sebulan jugaklah baru sampai. So bolehlah kemaskan sikit bilik yang berselerak tu, bukan apa selerak dengan baju Si Hadirah dan Hazirah lah, dah tak muat drawer plastic yang ada tu. So, lepas ni bolehlah mama mendeko-deko rumah pelan-pelan. Nak deko sepenuhnya, mana mau cari uwang...udahlah bermula bulan ni gaji mama dah tinggal separuh...hu3..Takperlah mudah-mudahan rezeki anak-anak mama ada kan?. InsyaAllah.


Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Wednesday, October 12, 2011

Cerita Raya KeDua dan Perginya Tak Kembali

Assalamualaikum w.b.t,

Seperti kebiasaan, kalau raya pertama di Segamat, raya ke dua atau ketiga kita tetap akan balik ke Sungai Petani. Tengah hari tu ramai jugaklah lagi yang datang mengunjungi teratak tok Mak, masa mama tengah bilas kain kat belakang rumah, dari atas bukit tu nampak kereta besar2 menyusuri masuk ke jalan rumah Tok Mak...tergerak dalam hati siapalah pulak...Keluar dari kereta, ada sorang makcik tu tanya, di rumah Paty (panggilan kepada nama Tok Mak ( Fatimah)...Paty.....American lagi...actually, officemate Tok Mak semua panggil Tok Mak...Paty. Aha, mama cakap, jemputlah masuk..mak ada kat dalam...Mama pergi panggil Tok Mak, Tok Mak pun terpinga2 siapalah pulak, dia pun ingat2 lupa...rupa-rupanya sepupu dua tiga pupu Tok Mak. Dalam kesebokan menyiapkan hidangan untuk tetamu tu, mama dapat call dari Pak Teh( Abg Jalil, abg mama) memaklumkan Tok Kiah yakni ibu kandung mama telah kembali ke rahmatullah. Mama terhenti sekejap kerja-kerja semua, memang rasa sebab di hati..waktu jam hampir 3.00 petang, dengan keadaan mama mcam ni, ayah pun bukannya larat nak drive direct ke Kedah dari Johor ni. 

 Pic ni diambil tahun 2007, Mama, Hakim, Hanani dan Tok Kiah....waktu ni dia dah sakit tapi still boleh jalan laa..ada pic tahun 2009 tapi tak ada pula dalam folder kat sini, dalam fb adalaa...

Lagipun mama dan tahu condition Tok Kiah, dah lama menderita sakit kencing manis, disebabkan tu, mama minta diorang kebumikan dulu jangan tunggu kita. Malam tu, Mak Lang Nor bagi tau, yang Tok Kiah dah selamat dikebumikan jam 10.00 malam. Masa tu kita  dah on the way balik ke Klang dulu. Sampai Klang pun dah jam 1.00 pagi, esoknya pagi-pagi baru kita gerak ke Kedah. Dek kerana kepenatan malam tadi lewat sampai rumah, paginya dalam jam 11.00 pagi baru kita gerak. Kali terakhir kita jumpa Tok Kiah masa raya China hari tu sekitar bulan 2...kita balik kejap, sebab diberitahu dia tengah nazak, tapi dah dia ok, kita semua balik semula ke Klang, dek tuntutan tugas. Walaupun Tok Kiah tak menjaga mama, tapi dia yang melahirkan mama, melalui dialah mama dapat melihat dunia ini. ' Ibu setiap waktu aku tidak pernah putus mengirimkan doa buatmu'. Mudah-mudahan kau tenang dan bersama golongan solehah. Wahai anak-anak mama, andai kiranya mama tiada lagi di dunia ini, hanya satu mama pinta, janganlah putus kirimkan mama walaupun seayat doa, hanya itulah dapat bantu mama di akhirat kelak.




Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Cerita Raya Pertama....Dah Pekasam Pun

Assalamualaikum w.b.t,

Sebenarnya, banyak cerita yang tertangguh, dek kerana mama bercuti bersalin untuk dua bulan saja, sama seperti cuti-cuti yang lalu. Masa dalam pantang, Tok Jah dari SP turun ke sini, jaga mama lebih kurang 26 hari, hari ke 27 dia balik dengan Pak Ngah Jan, sebab mama tahun ni giliran kita beraya di Segamat. Disebabkan tiada siapa lagi di rumah, so pada 27hb Ogos tu, mama mengemas beg, sekitar jam 11 pagi kita gerak ke rumah Tok Mak, mama masih lagi dalam pantang waktu itu. Perjalanan masa tu kita cuma makan KFC jerk. Sampai rumah tok Mak dah petang sekitar jam 6.30 dah dekat-dekat nak berbuka pun lagi 1/2 jam lebih jerk, ayah ajerklah yang pose mama masih lagi diberi cuti tapi kenalah bayo balik.

Malamnya tu, kakak Hanani sakit perut muntah-muntah, tak tahulah salah makan apa, keeseokkanya diikuti dengan abang Hakim dan kakak Hadirah. Mama pun hairan ntah apa yang dimakan, ayah pun begitu tapi dia tak derlah sampai muntah-muntah, cuma sakit macam angin jerk. Sekali lagi ayah bawa anak-anak mama, Hanani dan Hakim ke klinik. Alhamdulillah semua dah kembali normal pada Hari Raya. Sebaliknya, sehari sebelum raya, Tok Mak, Acu Aki, Pak Cik Faris dan Pok Uda semuanya kena cirit birit dan muntah-muntah...semuanya tumbang tak bangun terus pada Hari Raya tu. Kesian Tok Mak, hari sebelum raya mama tolonglah Tok Mak masakan Gulai Daging, dan bantu sikit buat Rendang Ayam. Dalam sakit-sakit tu, Tok Mak gagahkan diri juga nak masak. Mama tolong apa yang terdaya saja, sebab badan belum baik sepenuhnya lagi. 

Pagi raya, Alhamdulillah, Tok Mak dah sihat dia masak kuah kacang dan masak lodeh jerk pagi tu, sempat lagi tu. Kalau ikutkan setiap tahun menu Laksa Johor mesti ada. Barang-barang semua dah ada dek kerana Tok Mak tak daya nak masak, so raya ke-2 baru masak Laksa Johor tu. Hari Raya pertama pula, giliran keluarga Pak Long sakit perut cirit birit. Dalam ramai-ramai tu, Alhamdulillah, mama dengan baby ajerklah yang tiada apa-apa lagipun mama masih dalam berpantang, dan tak minum ais. Sebab mama suspect ais yang dibeli, mungkin itu yang puncanya, sebabnya kebanyakkan dari mereka yang sakit perut semua minum ais. Tok Ayah tak sakit pun sebab dia tak minum ais, berbuka dengan air panas jerk.

Seperti biasa setiap tahun, ramai yang akan bertandang ke rumah Tok Ayah ni...memang dari pelusuklah, anak, cucu cicit, saudara mara sana sini memang dah jadi kewajipan datang ke rumah Tok Ayah, jadi semua orang memang tak menang tangan, dalam tu pun mama turut juga bantu apa2 yang patut.


 Gambar Raya kita tahun ni, ...

 Mama dengan baby....dah kewajipan setiap tahun mesti dengan anak mama...anak2 lain ada tapi tak sempat nak upload...kena korek kat lab pakcik dulu..

Auntie Ijan and Family...tapi yang baju oren dua tu..anak saudara dia plak..

 Pic Atas: Family Pak Cik Tahir datang bersama anak cucu dia......iaitu anak saudara Tok Yah...mama ngan ayah panggil dorang abang ngan kakak jerklah...

Pic Bawah: Sepupu dua tiga pupu Tok Mak...


Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Tuesday, October 11, 2011

Hazirah 2nd Time Check Up.

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni bawa si Hazirah pergi checup untuk 2 monthsnyer. Disebabkan appointment jam 8.00 penuh so mama ambil appointment jam 11.00 pagi. Tapi keluar opis dah jam 11.45 gitu, sampai klinik tak ramai sangat. Berat cuma naik 0.4 kg jerk, bulan lepas 4.4, bulan ni baru 4.8 jerk, panjang pun cuma beza satu2 cm( cm ker inci erk..tak perasanplak yang nyata beza 1 jerklaah) jerk semua. Kemudian kena inject, menangis kejap, kali ni nurse bagi ubat sebab takut demam, so balik dari klinik tadi terus mama bagi ubat. 


Kasih Kakak....hi...sampai muncung2 gitu nak sayang baby....


Gedebak gedebuk...sempatlah masak, ikan jenahak mik kurau masak kicap, celur carrot dah lauk semalam ada sikit lagi mama panaskan jerk. Sebelum ke klinik tu, singgah umah nenek ambil baby, mama suh Pak Cik masak nasi dulu. Dah selesai semua, gedebak gedebuk, gerak semula ke pejabat. Baby mama tinggalkan semula kat rumah 'nenek'.



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Thursday, October 6, 2011

Bermulanya Episod Kayuh Pelan2

Assalamualaikum w.b.t,

Nak beritahu jerk, hari ni mama pose, maklumlah, masa bulan Ramadhan dulu, mama dah raya awal-awal lagi, sebulan gitu, tak pernah-pernah. Kalau tidak lihat orang lain jerk bersalin time bulan Ramadhan, kali ni kena batang idung sendiri, hahhh amik ler kena gantilaahhh utang yang sebulan tu. So, hari ni mama ambil kesempatan berpuasa, walaupun bf, tapi Alhamdulillah, susu boleh produce baik jerk. Kayuh pelan-pelan, masih ada 10 bulan lagi, tapi kalau boleh mama nak cepat habis awal-awal.

Petang semalam, mama balik dari pejabat, sinsing lengan baju terus masuk dapur, sempatlah masak Asam Pedas Ikan Kembung dan Peria Goreng Telur.  Itupun tak ada sesiapa yang makan, sebab ayah nak pergi surau awal, dia singgah beli roti canai dulu kat kedai mamak yang selalu dibeli tu. Pukul 10 baru mama makan dah terasa plak lapar, anak-anak mama semuanya tak nak makan sebab kata dah makan kat rumah nenek.

Pagi tadi, dah kunci jam 5.00 pagi, sekali mama terlelap semula, terjaga semua dah jam 5.45 nak sahur apa lagi. Alhamdulillah la, perut tahan sket, mungkin sebab dah makan lewat semalam.

Balik karang, cadang nak singgah pasar malam tengok apa yang adaaaaa........So hari ni mama tak balik lah tengah hari, memandangkan tengok nenek aka Auntie Jue dah serasi dengan baby, dan baby pun dah mau minum guna botol. Tapi stok baby mama still pump kat opis ni.



Glitter Text @ Glitterfy.com

Tuesday, October 4, 2011

Jom Kita Ngintai Rentetan Kelahiran Baby....

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, kelahiran baby kali ini diluar jangkaan, dan Allah itu Maha Mendengar segala rintihan mama selama ini. Disebabkan baby dah 'over due' maka pada 31 Julai 2011 mama admitted ward pada tengah hari tu. Anak-anak mama semua datang dan iringi mamalah. Selepas masa melawat berakhir t.hari tu, anak-anak mama balik ke rumah dengan ayah, tapi masa melawat sebelah petang pula ayah dan abang hakim jerk yang datang hingga habis waktu melawat sementara Hadirah dan Hanani ikut tok mak.

Mama, ada request  first class punya ward, tapi disebabkan hari tu ward tersebut masih penuh, jadi mama ditempatkan dulu di ward biasa. Tapi bila dah duduk situ, pun dah rasa okay selesa juga tempat nak solat pun dekat bilik air pun sebelah jerk, so mama fikir tak dapat first class pun tak mengapalah. Apa-apa yang ada ajerklah, lagipun melihatkan doktor-doktornya pun friendly jerk begitu juga nurse-nurse yang lain. Memang seharian tu, tak ada rasa sakit pun, doktor buat ujian takder pun tanda-tanda contractions.   Doktor check buku merah mama, tak ada pula terkini punya result scan, malam tu sekitar jam 10.00 malam doktor buat scan lagi, menurut doktor baby lebih kurang 3.5kg.  Mak aii...mama terbayang macam-macam dah, besarnyer, padahal anak-anak mama sebelum ni, paling kecik 2.73 dan paling besar Hanani 3.06 jerk, tak sangka pula baby kali ni besar semacam.

Masa tu, mama tak rasa sakit lagi, cuma kadang-kadang rasa perut menegang-negang. Sekitar jam 12 t/malam, nurse datang, jemput ke ward first class. Dia dah ambilkan mama kerusi roda, tapi mama cakap, tak mengapa mama boleh jalan lagi takder sakitpun, so barang-barang diletakkan ke dalam troli dan berjalan ker ward tersebut, tepat jam 12.03 minit mama jejak kaki di ward tersebut. Masa tu pun tak sakit apa-apa lagi, sampailah jam 1.00 pagi mula rasa sakit sikit-sikit tapi macam menegang-negang saja perut tu. Mama ingat biasa jerk ni. Tapi sekitar jam 2.00 pagi, mama dah mula rasa contractions dah kerap sangat dah lima minit sekali lima minit sekali. Mata tak berkedip-kedip tengok jam aje masa tu. Dalam jam 2.30 masa tu, mama dah tak tahan sangat dah, so menjerit panggil nurse sebab dah sakit sangat, tapi belum rasa nak meneran.

Masa tu, ada 3 orang nurse yang handle. Diorang bawa mama ke bilik Rawatan di situ, untuk buat CTG about 1/2 hours jugaklah. Masa tu, contraction makin kuat ya amat yang dapat mama rasakan. Lebih kurang jam 3.15 mama ditolak ke LR, sekitar jam 3.30 baby selamat lahir. Alhamdulillah, masa contraction tu memanglah sakit ya amat, tapi lepas tu semuanya hilang. Sempat lagi berborak-borak dengan bidan yang dok tengah jahit luka mama tu. Mama bertanyakan tentang bius, sebab sesetengah hospital tak ada bius masa jahit luka. Jadi mama tanyalah dia. Bidan tu cakap, ada dua jenis bius, sembur atau injection,  dia kata ianya akan diberi pada semua pesakit. Alhamdulillah, selepas semuanya selesai, sekitar jam 4.45 pagi mama pun ditolak ke ward semula.

Penantian berakhir selepas 9 bulan mama menanti. Rupanya baby nak jengah ke dunia pada 1 Ramadhan 1432H/ 1 Ogos 2011. Orang sebok nak bersahur, dia sebok nak keluar, mana tak kelam kabut, nurse2 kat situ, sampaikan diorang tak sempat masukkan air pun ke badan mama, biasanya ke jugalah drip kat tangan tu, ini tidak..tak sempat dahh....so ubat pun tak sempatlah nak dimasukkan. Masukk sahaja ke ward, setengah jam lepas tu, mama cuba call ayah, tak pulak dapat-dapat tak berangkat, so call pulak kat rumah. At last Tok Mak yang angkat, dia sebok menyediakan makan untuk bersahur.  Tanya Tok Mak, ayah mana, Tok Mak kata, lum bangun. Patulah tak dengar mama telefon. So Tok Mak tanya mama kenapa?....Mama cakap kat Tok Mak.....'mak dengar tak tu, (masa tu suara baby melalak menangis), apa Tok Mak cakap, mak dengarlah betul-betul......hah suara baby....hmm iyerklah tu mama cakap, dah selamat dah pun, tak sempat nak masuk ubat. Alhamdulilah, cepatnya tok mak cakap. So, mama tak nk ayah rushing-rushing datang, so mama pesan kat Tok Mak, nanti selepas solat Subuh datanglah untuk mengazankan baby. Sekitar jam 6.30 macam tu, ayah dah berada di sisi, mama baru keluar dari toilet tengok ayah dah pangku baby dan azankan pun.

Alhamdulillah, oleh kerana semuanya mama dan baby sihat, petang tu jugak, sekitar jam 5.30 petang mama dah dibenarkan keluar.

Syukur Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan mama selama ini dan Dia telah permudahakan segala-galanya. Walaupun sakit ketika melahirkan,  mama mengharapkan ianya dapat menghapuskan dosa-dosa yang ada. Sesungguhnya siapalah diriku disisiMu Ya Rabbi....


Glitter Text @ Glitterfy.com

Menhadep Blogku Yang Bersarang Semut Ni....Bukan Kueh Sarang Semut Yaaa..

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni, first day, mama di opis, mujurlah kerja tak banyak sebab Cik Anis dah take over sepanjang mama dalam maternity leave. Pagi tadi nak updated blog ni, yang dah bersarang semut segala sarang bagai kat blog ni, tapi takder mood nak update, terpaksa tunggu Encik Mahmood jugak datang....jeng..jeng......now si encik dah kembali ke dalam jiwa mama.

Pagi tadi, dengan berat hati nak tinggalkan buah hati mama si Hazirah pada nenek, tapi dek terpaksa cuti pun dah kehabisan itupun mama sambung cuti dua hari jerk, kalau ikutkan mama dah kena masuk kerja 30 September 2011 hari tu lagi. Mulanya ingat nak sambung cuti lagi, tapi duduk rumah pun mengadap benda yang sama dan kerja-kerja rumah yang tak pernah-pernah habis......so mama ambil keputusan hari ni masuk kerja.

Oleh kerana, baby, tidak dapat menyesuaikan diri dengan botol, so tengah hari tadi mama balik sekejap ke rumah. Sampai rumah, nenek kata dah habis jugak sebotol yang mama pump pagi tadi, so tak jadilah mama nak menyusukan baby. Alhamdulillah, minta-mintalah lepas ni, baby dapat menyesuaikan diri dengan botol biasa jadi tak perlulah mama balik ke rumah setiap hari. Masa dalam pantang hari tu, bukan mama tak nak ajar, tapi tak berkesempatan, macam-macam nak dibuatkan kat rumah tu, ntahlah tak tahu mama nak cerita, bila berada di tempat mama jerk  orang akan faham......




Glitter Text @ Glitterfy.com

Monday, July 25, 2011

Persoalan Akan Terus Berulang...

Assalamualaikum w.b.t,

Pernah tak korang selalu ditanya...soalan-soalan berikut dalam sepanjang kehidupan. 'Bila Nak Kahwin, Bila Nak Ada Anak?, Bila Nak Tambah Lagi? Dah mengandung dan tak bersalin-salin, pun masih bertanya, Bila Nak Bersalin?, Tapi sekiranya kita menghadiri majlis kematian, ada tak orang pernah tanya kita, mahupun kita tanya orang, 'Turn Engko Bila Pulak?. Actually, mama tak tujukan, persoalan ni pada sesiapa yang tertentu, tapi itulah kehidupan, selagi kita masih bernafas dan bernyawa, soalan-soalan itu akan terus berulang dan berulang sampailah hingga hujung nafas kita. 

Pada, mama, kalau kita rimas dengan persoalan-persoalan demikian, jadi, diri kita 'stop' dari question kan orang dengan persoalan-persoalan tersebut. Ramai yang boleh terima, ramai jugak yang tak boleh terima. Mama tahu, sebab mama sendiri pernah mengalami situasi-situasi sebegitu. Kadang-kadang memberi 'impact' yang amat sangat dalam kehidupan...tension..tension. 

Macam situasi mama sekarang, sepatutnya mama dijangka bersalin 22nd July 2011 lalu, tapi sehingga kini, masa mama menulis di blog ni, dah 25hb July pun, melebihi 3 hari dari jangkaan bersalin. Ingatkan hari ni dah tak masuk pejabat dah, tapi disebabkan belum terasa apa-apa pun, mama gagahkan diri masuk pejabat jugak, walaupun terpaksa tepis dengan persoalan-persoalan langau-langau sekeliling mama, (ina jangan terasa, nko bukan yg dimaksudkan mungkin org lain yg aku tak suker hu3).  Tabahkan sajalah hati wahai 'hasney', itu sahaja yang mama mampu katakan pada hati, walaupun pada hakikatnya mama tak suker..hu3.  Actually, doktor dah bagi tarikh seminggu, 29hb ni last appointment dengan dokter, biasanya kalau tak bersalin jugak, dia akan tambah 3 hari lagi, so means by Monday, 1st August 2011 mama akan admit dan seterusnya induce for the next day nya (2hb August 2011).  

Bukan tak pernah merasa 'induce' padahal masa pregnantkan Hadirah hari tu pun, induce jugak, lebih 10 hari jerk nak tak nak bersalinlah jugak. Tapi masa tu mama dah ambil cuti awal, balik Sg Petani rumah tok Jah, jadi takderlah nak tepis-tepis sangat persoalan 'officemate' sekeliling. Tapi disebabkan kali ni bercadang bersalin di Klang saja, so mama tak ambillah cuti awal, kalau ambil cuti awal pun rugi jerk, tengoklah sampai sekarang pun mama belum bersalinkan baby ni. InsyaAllah, nak tak nak harinya akan tiba juga, paling lewat pun 2nd Ogos nantilah.

Semalam sempat bermukabuku(facebook) dengan kawan mama yang berada di Kedah. Shahnishah nama dia, dia ni kawan mama sejak sekolah rendah lagi. Kami berjumpa balik di alam maya, setelah putus hubungan sejak sekolah rendah. Kalau ikutkan due dia sehari selepas due date mama, kalau tak salah mamalah. Tapi semalam 24 Julai, sekitar jam 6.00 petang, dia msg kat FB yang di dah admit coz dah buka 5cm. Then, itulah last msg mama terima, sekitar jam 10.15 malam macam tu, hasben dia letak kat wall yang kawan mama ni dah bersalin jam 10.04 malam siap dengan gambar baby lagi 'fresh from oven'. Dah sorang lagi kawan mama bersalin. Nampak gayanya tahun ni, antara kawan-kawan mama ramai bersalinkan baby boy. Sekitar bulan April hari tu, kawan mama masa kat UiTM pun bersalinkan baby boy..kembar lagi...both boy, then pada 13 Julai hari tu, officemate mama pun bersalinkan baby boy. Next turn mama tak tahulah, sebab scan, doktor asyik cakap tak nampak, so mama malas nak tanya lebih-lebih.  Itupun, anak-anak mama semua dah bahasakan baby dalam perut mama ni 'baby boy', harap-harap kalau masin mulut anak-anak mama, dapatlah baby boy....Sekali jadi macam Pak Long, keluar baby girl padahal jangkaan baby boy. Biarlah janji baby keluar nanti sihat dan sempurna hendaknya. Amin.

Thursday, July 21, 2011

Tersangatlah Sebok.....

Assalamualaikum w.b.t,


Semalam, hari penat sedunia, mana tidak dengan kerja kat opis menimbun, bos dah masuk opis, setelah seminggu dia di London hadiri satu mesyuarat kt sana. Masa dia tak ada, memang mama free ler sesangat takder sapa2 nak ganggu. Bila bos dah masuk opis, tau-taujerklah macam-macam hal lahhh...Dengan surat masuk keluar yang berlambak-lambak, dengan nak jawab surat-surat lain lagi, dengan telefon berdering-dering lagi, dengan nak siapkan 'claim', overseas and localnyer 'claim 'sebelum mama cuti panjang, memang busylah. At last mama dah kepenatan sangatdah, 'sharp' jam 5.30 turun ke bawah untuk solat, lepas tu terus balik rumah.

On the way balik rumah, call ayah, bagitau mama tak larat nak masak dah malam ni, so singgah kedai jap, beli Yong Tau Fu Sup kegemaran. So semua-semua makan tu jerk semalam. Dah sampai rumah dengan kerja rumah pulak. Mana dengan pinggan menimbun anak-anak mama/ayah makan bukan nak reti nak basuhkan. Dah tu kain dua raga nak berlipat, dengan baju satu machine nak dijemur. Badan rasa tak larat sangat. Lepas makan semua mama lepak kejap. Lepas solat, barulah mama angkat jemuran yang dah kering tu then, jemur pula baju-baju dalam machine tu, sambil menunggu Isyak masuk sempatlah mama habis lipat baju-baju yang beraga tu. Biasalah kan, memang nampak banyak, yang banyaknya baju anak-anak mamalah. Tapi kejap jerk boleh habiskan sambil santai-santai dah habis dua raga.  Lepas solat Isyak cadang nak basuh pinggan. 

Bila dah selesai solat, rupanya Ayah dah basuh semua pinggan-pinggan dalam sinki tu. Alhamdulillah, jazakallah hukhoiro ayah yerk, kerana sudi tolong mama. Sangat-sangatlah berterima kasih pada ayah.  Ayah pernah cakap, kan bagus, kalau balik jerk kerja, mama boleh rehat, santai-santai, makan dah siap terhidang, rumah dah siap kemas, anak-anak dah siap mandi dan sebagainya. 

Tapi itulah, mimpi hanya mimpi jerklah.Ayah memang nak carikan 'maid' untuk mama, tapi itulah bila memikirkan 'problem' maid-maid persekitaran mama, risau jugak nak amik maid, biarlah mama buat kerja, masak semua sendiri, anak-anak hantar jerk kat rumah orang jaga. Sebab setakat ni, ibu/nenek yang jaga anak-anak mama takderlah apa-apa masalah. Bila memikirkan nak senang semuanya, ramai lagi kawan-kawan sekeliling mama pun hidup macam mama jugak, balik rumah letak jerk handbeg terus sinsing lengan masuk dapur. Awal-awal pagi dah bangun masakkan untuk anak-anak, tambah-tambah ada anak-anak yang agak besar, masak dan tinggalkan kat rumah, nanti boleh pandai-pandai makan sendiri jerk.  Jadi, kalau orang lain anak ramai, mampu settledkan semua kerja-kerja rumah, apakah mama yang punyai tulang khudrat yang sama juga tak mampu lakukannya.  Lagipun, kalau kita dengan rela hati dah ikhlas semuanya pahala untuk mama juga, tak kemana pun, cuma penat lebih sikitlah.

Tapi, malam tadi, cuba lelapkan mata tak boleh-boleh. Gelisah semacam, perut memulas-mulas, rasa macam nak buang air besar, tak der pulak tapi memulas-mulas, dengan baby gerak tak henti-henti. Tapi at last mama tertidur waktu mana pun tak sedar. Terjaga pun dah jam 6.45 pagi, tapi mata tak boleh buka sangat, sebab semalam tu tidur mcam, tidur-tidur ayam jerk.  Esok due date mama, nampak gaya kalau tak deliver on the due date, mungkin doktor akan bagi lagi tempoh 7 hari kat mama, tengoklah esok macam mana, lagipun esok pagi ada appointment kat HTAR. Apapun result tunggu esok. Kalau terpaksa 'induce' pun induce lah, lagipun sampai bila baby nak  duduk lama-lama dan perut mama, nak tak nak dia kena keluar jugak. Tapi kalau ikutkan EDD masa first scan, EDD kat situ pada 29 Jual 2011, means kalau add more 7 days, memanglah dapat tarikh 29 Julai tu, maknanya Jumaat minggu depanlah. Tak tahulah kan semua kuasa Allah, mama serah dan bertawakal sahaja padanya. Bila Dia nak bagi dan tak nak bagi semuanya ketentuanNya, mama hanya berserah, yang penting Allah permudahkan segala urusan mama dan kelahiran baby nanti selamat semuanya.


Coretan:

Tuesday, July 19, 2011

Mama Dapat Merasa, Anak-Anak Dapat Apa Yang Dihajat

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam, balik jerk dari kedai singgah sekejap Ekomart beli barang-barang basah/kering. Hubby plak request nak makan Ikan Sadin Masak Kari. So, sampai jerk rumah ambil budak-budak terus sinsing lengan masak. Menu makan malam semalam simple2 jerklah. Ikan Sadin Masak Kari Mix Potato, Kangkung Goreng, Paru Goreng Berlada dan Sambal Daging dipanaskan (Adik Faris bawa balik dari kenduri kawen).

Dari hari Ahad lagi teringin nak makan serawa durian. Suruh ayah beli, ayah malas nak keluar hari Ahad tu, so semalam singgah kat Ekomart nak beli durian tak cukup duit plak. Dah tu, dah balik rumah barulah telefon ayah suruh beli sebab ayah masa tu belum balik dari opis lagi. Dah selesai masak semua menu untuk 'dinner', mama mula masak serawa durian tu, kejap jerk bukan lama pun. So pagi tadi sarapan berbekalkan serawa durianlah dengan roti. Hmm dapat jugaklah merasa sebelum hari-hari menjelang tiba. 

Selesai solat maghrib semua, kita makan malam, mama cadang nak melipat kain jerklah. Tup..tup ayah beria mengajak keluar sebab nak cari kasut anak-anak mama, sebab nak ambil gambar untuk konvo. Macam nak konvo betul-betul, padahal barujerk tadika, excited plak ayah. Kita pergi Giant jerk malam tadi. Alang-alang Hakim dah nak sekolah tahun depan, mama beli siap-siaplah sepasang kasut sekolah, sementara Hanani dan Hadirah mama minta ayah belikan siap-siap kasut raya. Kang nanti time bulan pose mama dah tak boleh sangat nak turun padang........Lepas ni pun nak shoping baju raya untuk tambahan, nampaknya kena shopping dengan ayahlah..

Kita semua dah dapat apa yang nak, ayah jerk.....yang mengeluarkan duit, apapun, thanks yerk ayah....Alhamdulillah jazakallah hukhoiro.


Glitter Text @ Glitterfy.com