Showing posts with label KEDUKAAN. Show all posts
Showing posts with label KEDUKAAN. Show all posts

Monday, February 4, 2013

AL-FATIHAH BUAT SAHABATKU...

Asslamualaikum w.b.t,

Tanggal 1 Februari 2013 bersamaan,  20 Rabiual Awal 1434H, telah kembalinya sahabatku Che Norsalina binti Salji, di rumah ayahandanya di Manjung, Perak.

Patutlah sejak dua tiga hari sebelum tu, mata ini asyik berkedip sendiri sahaja di sebelah kiri, terdetik jugak dalam hati, nak menangis untuk siapakah mataku ini.Bukan percaya sangat, cuma mungkin kebetulan.  Telefon kampung bertanyakan perihal kesihatan mak dan ayah, Alhamdulillah, semuanya baik, tapi hati jugak masih tidak tenang.

Tup, tup pagi tersebut terbaca status di FB allahyarhamah yang diupdated oleh suaminya menyatakan, "DariNya Kita Datang, Kepadanya Kita Kembali-Alfatihah buat Allahyarhamah". Waktu tu, hatiku memang tak sedap hati, reply kat Fb tak derpun berbalas. At last, sepupunya sendiri yang menjawab keraguan hatiku. Memang betullah Ina yang kembali itu. Waktu tu, aku tak boleh sangat terima kenyataan, sebab sebelum tu memang tahu dia admit hospital di Manjung tapi tak sangka pulak sampai serius begini, cuba tanya di di fb tu tapi takderpun jawapan. Kebetulan, kami main KUTU sama-sama dan dia jadi pengurus KUTU tersebut. Lgipun dah biasa dah dua tahun main bersama-samanya walaupun Mac tahun lepas dia berpindah ke Sarawak dan bertugas di sana disebabkan suaminya telah ditukarkan ke sana, jadi dia pun mohon ke JPJ Sarawak. 

Akhir yang aku FB dengan dia pada 11 Januari 2013, masa tu dia msg aku, tanyakan perihal resepi kerabu betik, teringin katanya sebab lama tak buat, so aku pun sempatlah jawab fb dia tu, tapi sedikit pun dia tidak ceritakan perihal masalah kesihatan dia, dan aku pun tidak sedikit terlintas untuk menanyatakan kesihatannya. Sebab yang aku cuma ketahui dia sebelum ni memang mengidap penyakit Atritis dan juga Darah Tinggi namun tak sangkalah seserius begini.


Masih lagi, terngian-ngiang ditelinga ni, sebelum dia berangkat ke Sarawak Mac tahun lepas. Dia ada nyatakan padaku, 'has, aku rasa aku ni dah tak lama kt dunia ni', ish engko ni janganlah cakap macam tu, soal hidup mati semua ditanganNya balasku'. ' Tapi itulah aku rasakan, aku risau sapalah yang akan jaga anak-anak aku ni'. Aku pun terdiam, sebab masa kami sama-sama di Jabatan, kalau ada kelapangan dia akan datang ke meja aku dan aku akan dtg ke tempat dia, masa tu kalau berbual2 memang tak ingat apa dah. Kebetulan, anak sulung kami sama-sama lahir pada tarikh dan tahun yang sama 8 Jun 2005, so banyaklah yang dikongsi bersama perihal anak-anak. Sebelum dia berangkat tu, pernah dia berpesan, 'engko kalau nak turun Sarawak, turun rumah aku ja, tak payah nk sewa2 hotel', InsyaAllah, kebetulan tahun ni memang aku merancang nak bercuti dengan anak -anak hujung tahun ni, tapi aku pun belum beritahu dia, cuma perancangan. Itulah kita hanya merancangkan.

Allahyarhamah, walaupun dia ada sakit, tapi dia tak tunjuk sangat yang dia sakit. Allahyarhamah seorang yang periang dan ibu serta isteri yang penyayang. Masa sama-sama di sini pun, kami jugak pernah bincang pasal kematian. ' dia kata lagi, macam manalah kalau ditakdirkan aku mati dulu, anak-anak aku macam mana?, so aku pun cakaplah benda yang sama, aku lebih risaukan anak-anak daripada suamiku, kalau ditakdirkan aku pergi dulu dari dia',.  Ina, tak sangka, rupanya kau akan pergi dulu dariku, firasatmu 10 bulan yang lalu, kini menjadi kenyataan. 

Sepupunya juga bercerita, bahwa anak sulungmu demam panas, waktu pemergianmu, aku tak dapat bayangkan waktu itu. dan walaupun macam-macam cerita yang aku dengar perihal kesihatanmu yang membawa dirimu kembali mengadap Maha Pencipta, semuanya adalah penyebab Ina, semoga kau tabah dan tenang kembali kepadaNya.  Memang aku terkilan sangat tak dapat menziarahi sewaktu jenazahmu masih dirumah, mungkin Allah tidak izinkanku macam-macam halangan yang menghalang untukku menzirahimu sebelum dirimu disemadikan. Namun, aku sentiasa titipkan doa agar rohmu tempatkan disisi hamba Allah yang beriman....Maaf, tak mampu untuk ku teruskan coretan ini. Hati semakin sayu dan pilu bila mengenangkannya. 

Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Wednesday, March 10, 2010

Macam2 Cerita Suka Dan Duka

Salam you all,

Lama betul, Has tak update blog, bukannya apa, kebizian melanda hidupku...semingu dan minggu2 yang lepas. Tambah2 minggu lepas macam2 aja terjadi.

Minggu lepas jugak, aku terpaksa bercuti..nak tk nk kenapaksa jugakla...Mmglah seronok kan cuti, tp bagi aku pulak, tak seronok, mana tidaknya kena hadap keje rumah yg belambak, yg tak abis2 dr pagi sampai ke petang. Kalau kerja opis tu, masuk jam 8 pagi then jam 5 ptg takyah nk pikir sgt dah..Tapi keja rumah dari subuh hari sampai ke malam tak habis-habis..Itulah kerja org pompuan ni. Actualy, aku terpaksa bercuti disebabkan,'babysitter' anak aku minta cuti selama tiga hari. Kenapayerk..Sebabnya dia nak wat majlis perkahwinan anaknya pada hari Sabtu lepas 6hb Mac 2010. So, aku dah pun cuti start on 3 of March until 5 March. Then...Ada pula tu..ya, kemudian ada sesuatu pula yang berlaku.....jeng..jeng............Dua hari selepas itu................


On, Monday, 8 March, sedang enak aku tengah menggoreng nasi goreng untuk dibawa bekal ke opis, tiba-tiba dapat panggilan yang mengejutkan. My mother in law called frm Kg, informed that yang Mak Cik Limah dah meninggal dunia. Actually, malam tadi pun dah tak berasa sedap hati bila diberitahu mak yang makcik limah koma coz of heart attack. Tiba2 jerk pagi itu dikhabarkan akan pemergiannya untuk selama-lamanya. Act. makcik limah ni, kembar. Tapi kembar dia dah meninggal 5 tahun yang lalu. Dan kebetulan pula, hari semalam hari meninggalnya makcik Limah tu, sama pula dengan tarikh kematian kembarnya 5 tahun dahulu iaitu Pakcik Yem (Ibrahim) bapak mertua noury @ ijan. Dan masih ingat lagi, waktu Pakcik Yem pergi, aku tengah mengandungkan Hakim, 3 to 5 months tk silap. PakCik pun meninggal jugak secara mengejut, dia pun tak ada apa2 penyakit yang serious.

Begitu jugaklah, dengan MakCik Limah, dia jugak tidak ada apa2 penyakit yang serous, sakit darah tinggi pun bukanlah tahap serious. Namun tiba2 sahaja diserang sakit jantung dan terus koma. Selepas koma, pihak hospital Segamat hantarnya ke Johor Bahru, namun di sanalah dia menghembuskan nafas terakhir.

Kesedihan melanda Che'A sekeluarga. Takziah dari aku dan family. Apatah lagi. si Aida, anak makCik Limah yang bongsu sedang mengandung  dan tiga bulan lagi dijangka bersalin. Memanglah sedih, tambah2 orang yang disayangi pergi secara tiba-tiba. Terlalu sukar untuk ku gambarkan.Arwah kemudian dikebumikan sebelah rumahnya sahaja, kebetulan pulak, kawasan rumah mereka bersebelahan pagar kubur. Mudahlah untuk anak2 dan suaminya melawat. Namun, aku pun rasa nak menitis air mata, bila melihatkan Pakcik Seman, suaminya arwah. Sebenarnya, yang lebih uzur adalah PakCik Seman, namun, Allah lebih menyayangi MakCik Limah. Semoga Allah memberikan ketabahan pada mereka semua.

Namun, disebabkan, aku tidak punya waktu yang cukup, kami hanya balik melawat sahaja dan kemudian dalam jam 9.30 malam bertolak ke Klang semula lagipun, husben susah sekarang nak cuti...Dan tiba di Klang hampir jam 12.30 malam.




Thursday, January 7, 2010

Entah..Tiba-Tiba Kenangan Lama Menjengahhh

Entah kenapa tiba2 nak hari ini nak search cari tentang kematian Azman Zakarian(Man Zek) yang meninggal tahun 1998... kawan/teman tapi mesra...ecehhh.... tup..tup terjumpa dalam web sekolah nih.....actually aku  mengenali man pun secara kebetulan. Semasa tu, saya belajar di sebuah university tempatan, manakala beliau belajar di boston dan hanya surat menjadi penghubung persahabatan kami.

Disebakan, jarak yang jauh, dan nak save cost...surat sahaja menjadi penghubung.....Setiap 2 minggu sekali aku atau dia akan menerima surat dr aku...dan sebaliknya dia...best jugak ms tu..dpt kumpul setem2 luar negara...

So, persahabatan kami, hanya berhubung melalui surat sahaja, namun bibit sayang tu...ha.ha..dah ada ke tak..tk pasti..yang pasti aku suka sekali tatkala menerima suratnya yang panjangnya berkajang2...maklumlah nak kumpul story 2 weeks nyer...

Namun, semuanya hanyalah kenangan silam....dan ianya amatlah  mendukacita dan sedih sekali, apabila aku dikhabarkan akan kematianya, masa tu aku dalam perjalanan pulang ke kampung di utara. Sampai di rumah sekitar jam 10.00 malam, ibu maklumkan bahawa kakaknya menelefon dan memaklumkan akan kematiannya. Kebetulan aku pulang ke kampung waktu itu disebabkan kematian arwah atok...Mmg dugaan besar menimpa ketika itu, dua org yang disayangi meninggal dalam sekelip mata.

Kesedihan bertandang lagi, bila aku pulang semula ke college dan menerima sepucuk surat terakhir darinya yang dipos pada hari kematiannya....(sebab aku dimaklumkan dia meninggal malam pada 1 July 1998) dan cop surat itupun pada 1 July 1998)..Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku waktu itu. Surat itu menyatakan keceriaan beliau tentang percutiannya di tanah air selama 3 bulan dan pelbagai aktiviti disusun..namun tiada tanda2 pun yang dia akan pergi untuk selama2nya...

Namun, kini, semuanya dalam kenangan yang tidak pernah luput dari ingatan. Semoga arwah ditempatkan bersama2 yang beriman..   -Azaman Zakarian- 14 Oktober 1977- 1 July 1998-





Friday, November 28, 2008

Kematian Menjemput lagi

Semalam Selasa petang aku bertolak ke SP, ada tok sedara meninggal di usia 89 tahun. Dengan keadaan aku mcam ni balik..mmg penatlah sesangat, dah lar dua2 tu lasak...Mujur dapat mc, so hari khamis br aku bertolak semula ke Klang. Hari ni baru masuk keje semula..Dalam bulan ni jugak, dah 2 kematian ahli keluarga terdekat kami. Semoga mereka ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.Amin.


Tuesday, November 18, 2008

Al-Fatihah buat Arwah Atok Elias

(Atok dirimu dalam kenangan)

Kelmarin tanggal 16 November 2008, ketika usia 88 tahun, atok Elias pergi mengadap Illahi Maha Pencipta. Arwah adalah atok husband aku. Beliau meninggal kerana keuzuran dan sakit tua. Sebelum ini pun kerap juga keluar masuk..keluar masuk hospital. Dalam jam 7.00 pagi kami mendapat berita tentang kematian beliau, dan terus bergegas pulang ke Segamat, memandangkan hari itu adalah hari Ahad, jadi terpaksalah aku mengambil cuti sehari selepas itu memandangkan cuti aku yang dah tak berapa nak ada....orang kata.ala..hujung2 tawon ni..cuti pun dah nak abis lar....Jam 12.30 t/hari kitaorang tiba di surau di mana jenazah beliau ditempatkan. Jenazah atok telah siap dimandi dan dikafankan, cuma menunggu mak(anak beliau) sahaja, sempatlah juga aku menatap wajah atok dengan kemas dan bercelak siap rapi disolek, seolah-olah sedang tidor...tapi hakikatnya......

Sementara, menantikan azan Zohor masuk dan terus untuk solatkan jenazah buat atok untuk kesekian kalinya, aku sempat berbual-bual dengan Hakim anak sulungku yang berusia 3 tahun dan seolah2 tidakmengerti apa2. Antara perbualan aku....


Aku: Hakim saper kat dalam tu?

Hakim: Dia mendiamkandiri seketika, kemudian dia bersuara..'mama ada orang mati kan? Tanya dia tanya aku...

Aku: Aku menjawab...iye.itu Tok Nek...Tok Nek dah meninggal la sayang.....

Hakim: Tak lah mama...Tok Nek sakitla mama....

Aku hanya tersenyum dalam suasana pilu cuba untuk memahami dan memahamkannya yang masih tidak mengerti apa-apa..


Sebab sebelum ini, kerap juga kami melawat atok yang sakit adakalanya di hospital....jadi dia pun menganggap...atok atau tok nek bagi nya tu sedang sakit....kan dah terbujur kaku....


Pada sebelah malamnya, ahli keluarga mak mengadakan kenduri dan tahlil serta perhimpunan untuk ahli keluarga di rumah arwah Atok..Aku sekali lagi bertanyakan Hakim mana perginya Tok Nek..berikut antara perbualan aku...

Aku: Hakim, Tok Nek mana sayang tak der pun..kat sini...(merujuk kepada rumah arwah)

Hakim:.....Tok Nek dah matilarrr...balasnya.....

Aku sebenarnya ingin mengujinya apakah dia(hakim) benar2 memahami apa yang aku maksudkan pada sebelah t/hari tersebut. Alhamdulillah, dia mengerti.........tapi Hani mungkin tidak memahami sesuatu punnn...Namun atok sorang yang panggil aku dengan panggilan 'Seni', kini semuanya hanya tinggal kenangan.