Thursday, April 15, 2010

KESILAPAN WANITA TENTANG AURAT- SIRI 1

 Mungkin sekarang, ramai wanita samada dalam sedar, ataupun tidak sedar, ataupun terlupa ataupun buat-buat lupa tidak dimengertilah pula. Pemahaman dan ciri-ciri penutupan aurat yang sebenar-benarnya. Ramai wanita di luar sana, mahupun peringatan jua buat diriku seolah-olah lupa akan tanggungjawab sebawai wanita dan peranannya menutup aurat itu disebabkan apa dan bagaimana yang sebenarnya. Jadi di sini, marilah sama-sama kita lihat apakah kesalahan-kesalahan wanita berkenaan dengan penutupan aurat.

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangkabahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepatsama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya merekaitu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMUMENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."(an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung),iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apayang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitubelahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajibmenutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk jugaleher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutupdari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahathatinya.

Menurut Syeikh Dr YusofAl-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula,iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baikberbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh,ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allahmemerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikanperhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidakmemberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itupara ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir ituserta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabiseperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahiritu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti iniialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincinwanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya,iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan olehulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul MukmininAisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasanyang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu dipergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapiberkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masihdiperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawijuga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai olehperempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merahdi pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yangsangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah.Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah,adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalahharam.




No comments: