Friday, April 23, 2010

SIAPA LELAKI DAYUS?


Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelakidan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidakmemadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amatberkaitan dengannya.

Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.

Sebenarnya, bab ini agakpanjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadapahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas iniakan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelakidayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golonganyang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakanazab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, siperempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad& An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278)

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌقد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمدوالنسائي .
Ertinya : Tiga yang telahAllah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhakakepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan olehahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagihadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini.Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?



ERTI DAYUS

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-


1) Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول اللهقال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمرقالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لايبالي من دخل على أهله
Ertinya : DariAmmar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : "Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, siwanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabatberkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagiharak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAKMEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DANANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)


Dari hadith di atas, kitadapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapayang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteridan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahajaisterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebaranganlelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayusitu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yangmembiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan olehahlinya ( isteri dan keluarganya)

Source: www.zaharuddin.net

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

No comments: