Thursday, June 17, 2010

Bercuti ke Kedah-Perlis - Tanjung Dawai - Padang Besaq

(char sg dua yang terkenal dengan trademark nyer 'TELUR AYAM DI BASUH'

Cuti-cuti tahun ni tak ke mana sangatpun. Minggu lepas jerk hari Jumaat( 11 Jun) aku bertolak ke Kedah negeri tercinta Jelapang Padi diberi gelaran, jam 8.30 malam dan tiba di Sg. Dua, Penang sekitar jam 12.30 t/malam. Kami konvoi dua kereta, mother in law and aku sekeluarga. Tiba di Sg. Dua kami singgah makan di restaurant char korteaw(cam naa eja aa..fail sungguh)..Sg Dua yang terkenal...fuhh..and marvelos..mmg sedap sekali..pic tk sempat nk snap, akibat kebuluran..ha..ha..tp saper yang dah terai makan kat sini, mmg nak lagi..nak lagi..nak lagi....sepinggan tak cukuplaa..Lepas makan kami bertolak ke Sg. Petani, sampai  sana dah lebih kurang jam 2.30 pg dah...mmg ngantuk sgt2 ya amat...


Sebelah paginya, hari Sabtu tak kemana-mana pun, cuma lepak kat rumah mak jerk., makan tidoq, makan tidoq ja..ngantok hat semalam tk hilang lagi....he3. Kemudian hari Ahadnya , mother in law datang kitaorang bawa diorang pergi ke Tanjung Dawai...apalagi....lubuk ikan keringlaa..and nak shoppin2 makanan laut kt sini...sempatlah singgah dan menikmati deruan ombak di pinggir pantai tu....sambil menjamu selera dengan Laksa Kedah laa pa lagi...best sangat. Memang susah, kalau dok kat Klang ni susahlaa nak makan Laksa Utara yang mmg qaww..qawww.. punya...nak tak nak buat sendiri lagi sedap dari beli....tp hat Utara nu tak leh nak lawan laa...ha..kan chek speaking utara dah...mai dah..mai dah...he3


Hari Isnin , 14 Jun, aku suami dan anak-anak bertolak ke Perlis..sampai ke Padang Besaq. Syok sungguh sepanjang perjalanan menikmati panorama alam yang menghijau dihiasi  sawah padi terbentang nan indah, gunung ganang..dan lalu kat Cuping, Perlis  cerah mata melihatkan kehijauan ladang Tebu yang terbesaq di Asia



 
Sampai kat Padang Besaq ...shopping...shoppinglaa apalagi....nak kata murah tu..tak ada la jugak, haga macam kat2 Selatan gaks, tapi tu lar..beli barang-barang yang mmg tak dak jual kat sini jaa...haa ini dia asam bersalut gula my favorite..susah nk dapt sini..dan lain-lain shoppin, bunga mesti ada pasu kan?..pasu dari kayu mempelam(manggalaa)...biasalah org pompuan, mmg tk leh tgk bungaaa..., tilam tuk baring2 tgk tv tu, bubur cha-cha,pulut itam, gula gerek(org utara panggil)..kt sini panggil gula gelang kot...dan pulut susu.Beli pun kat kedai org hat dok perang-perang tu laa..org Yala...comey2 orgnyaa.. 

 
  (menghijau jerk ni pandangan dari keluar dari dalam(pic bawah)dan  Gua sebelah belakang(atas) )



Dalam perjalanan pulang ke Sg. Pentani, singgahla ke Gua Kelam...Aku pernah pergi sini , lama dah sgt, masa kecik2 dulu tu pun rombongan sekolah kalo tak silap darjah 4 ker mcm tu lar...sampai sana mmg kelam sungguh, tak nampak jalan...haha..wat lawak sungguh, padahal tak masuk pun dalam tu (gambar pemandangan belakang gua dan dalam tu ambil dari tenet jerk nk share ngan koranglaa).....wak budak2 jaa mandi kat sungai kat luar tu, ayaq mak aii kerohh sgt cam ayaq tea....ayaq tea pun tak sekeroh nih...he3..Ingatkan nak singgahla kat taman ular2 tu, tp penat ya amat dah...budak2 pun dah meragam2 nak tidor dan sebagainya...so balik jerk laa teruss...


15 Jun, jam 11.30 pagi kamipun bertolak balik ke Klang, mak bekalkan lauk-lauk, so tengah hari makan kat bangsal kat Hentian Simpang Pulai. Menu tengah hari tu, Gulai Ikan Kering wit Terung dan Kentang, Sambal Terung Pipit, Sayur Campur Cendawan dan Ikan Goreng....Masakkan mak mmg sedap, tiada tandingan....

(lain pic nanti upload later)



No comments: