Wednesday, June 2, 2010

Rombongan Cik Kiah Ke One Fathom Bank Lighthouse..


Pada 1 Jun 2010 yang lalu, Kelab Puspanita JLSM telah mengadakan lawatan ke Rumah Api Permatang Sedepa atau lebih dikenali One Fathom Bank Lighthouse yang terletak lebih kurang 10 batu nautika dari luar pantai Pelabuhan Kelang. Ianya dibina bertujuan sebagai panduan untuk kapal-kapal yang berlayar di Selat Melaka.



 

 (pic lokasi OFB..ambil dr google..for d real photo i'll upload later'


 (OFB yang lama..dibina zaman British)
(inilah One Fathom Bank Lighthouse- pic dari jauh hingga dekat)

(ini adalah lighthouse baru dan lama..yang kecil warna hitam putih ni dibina zaman British yang lalu, sementara yang belang merah putih adalah yang terkini)


 berkumpul di Wilayah Tengah, Port Klang
 (baru tiba di Jeti OFB, nk turun dari boat)


Sarapan kami di dalam kapal yang di bawa oleh AJK Kelab, Bihun Goreng dan Karipap..sedappp.....Kemudian makan tengah hari kami ialah, Kari Ayam, Sayur Campur Goreng, Telur Dadar. dan buah Tembikai selain buah betik dan anggur yang dipek olah Kak Ani.selaku AJK Kelab. Hidangan tengah hari tersebut adalah hasil air tangan crew2 kapal, bukan senang kan nak makan masakan orang lelaki nih, apapun mmg sedapp..licin jugaklah..semuanya.

Perjalanan ke sana dengan menaiki 'Spica Boat' kepunyaan Jabatan Laut mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk tiba. Rombongan diketuai oleh Y.Bhg.Datin Mastura, isteri kepada Ketua Pengarah Laut dan juga isteri TKP Hjh.Zarina yang mana disertai oleh hampir 33 orang ahli


Tiba disana, biasalah acara memancing, namun hanya beberapa orang sahaja yang terlibat dengan xtvt memancing.....kecuali aku ler...almaklumlah puteri lilin, manah leh terbakor dalam kepanasan tu hu3. Kami bertolak dari Pejabat Laut Wilayah Tengah jam 9.30 pagi, dan tiba di OFB dalam jam 11.30 pagi, memang panas memuncaklaa ketika itu


(antara hasil tangkapan dan pemandangan dari atas OFB)



.
Selain, activiti memancing, kami juga di bawa naik ke tingkat 3 menara OFB tu, memang jelas kelihatan kapal-kapal lain dari kejauhan, malangnya tidak dibenarkan naik ke puncak yang lebih tinggi atas faktor-faktor keselamatan. Naik ke level 3 tu pun, masing-masing dah lenguh lutut..hu3.
.
.(at Level 3 OFB..hmm gayat jugaklaa kt ats nih)

 (itulah serba sedikit corat coret rombongan kami ke OFB pada 1 Jun 2010 yang lalu)
  
Sekitar jam 2.30 petang, rombongan bertolak pulang ke Ibu Pejabat, suasa petang tenang dan kedinginan angin laut memang mengasyikkan sekali. Petang semua lepak kat depan kapal jerk....Rombongan tiba di Ibu Pejabat pada jam 4.45 ptg disambut dengan hujan renyai-renyai membasahi bumi....

Actually, untuk kaki pancing memang tempat ini lah lubuk yang palinggg sesuai...kalau ada rezeki boleh menaikkan ikan talang...ha3..jangan tak percayaa...Thanks so much to Ain, di atas sumbangan photo from her. 

 Sekian, laporan...he3

4 comments:

LOV NOTE said...

Assalammualaikum, wah hebat laporan ni..naseb baek ada laporan cenggini

bos kt ofs lov pn soh buat lwtn kt tmpt ni tp tatau cmne..bokak2 jumpa plk blog ni..tengkiu ye..

jbtn lain boleh ke buat lwtn ke sni? mcmn proses pmohonan? boleh bgtau?.. ^^

@hasney^-^ said...

W'salam...Maaf Lina, i baru perasan ada orang comment kt my blog nih...bukannya apa sejak dua menjak ni llama tak update blog, bz dan kekalutan macam-macam hal.

Ok, rasanya nak buat lawatan ke sana dibolehkan tapi biasanya, setiap permohonan tu dibuat di atas nama persatuan contoh, Persatuan Puspanita RTM or Kelab Kebajikan dan Sukan dsbnya. Tapi buat masa sekarang di tambah musim-musim tengkujuh ni rasanya segala lawatan ke sana ditutup buat sementara waktu atas faktor cuaca..sebab perjalanannya pun agak jauh dr daratan.

Kalau Lina rasa nak buat lawatan lepas ni, boleh dimajukan surat permohonan terus kepada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.
web jabatan: www.marine.gov.my.

LOV NOTE said...

Alhamdulillah terima kasih. tercarik2 psl rumah api ni.. tjumpe plak blog ni..ehehe xsedo jumpe gak member blogger yg dok kt klang.. salam perkenalan..

@hasney^-^ said...

Salam perkenalan kembali..