Semalam, lepas balik keje, singgah PARAM (Pasar Ramadhan) jerk, itupun beli sup daging campur, ikan rebus air asam dan kuih tako. Then balik rumah masak nasi dan goreng sayur jerk sikit. Lepas makan dan solat maghrib aku kat rumah meneruskan routin harian, angkat jemuran dan basuh baju, sementara hasben bawa Hakim gi solat Terawikh kat surau berdekatan.
Selepas solat Isyak dan Terawikh aku pun mula sinsing lengan masak untuk sahur dan bekalan untuk anak2 esoknya. Sempatlah masak lemak telur campur sooun dan kentang, sayur kacang pis campur carrot serta udang dah potong pagi tadi baru goreng. Dalam 10.30 mlm nak tidor tpi mata tk leh lelap2 gak, agaknya dah biasa tidor lewat, tu mata tk nak tidor awal..last2 ntah jam baper aku terlelap.
Pagi tadi, mmg kunci jam 4.30 pagi, tup..tup lagi 5 minit dah nak masuk jam 5.00 pagi, apalagi terus bangun dan panaskan nasi dan goreng ikan masin dan sayur yg dah potong2 tu serta panaskan juga masak lemak telur.
Lepas sahur, biasalah routin tak habis lagi, lepas cuci pinggan manggkuk semua, jemur baju lagi kemudian ion baju yg nak pakai gi keje hr nih. Hari ni macam awal sikit,hantar anak-anak gi rumah pengasuh pun takder yg meragam, Easya jerk ada wat hal sikit ntah apa tak kena, tp lepas ayahnya dukung masuk umah pengasuh barulah ok. Teruskami bertolak ke opis, tpi ngam..ngam ho gaks aku thumbprint jam 8.00 pg, lambat seminit dari semalam. Hi3.
No comments:
Post a Comment