Monday, August 16, 2010

Kisah 4 dan 5 Ramadhan

Cerita Ramadhan ke 4 dan ke 5. Hari cuti biasalah time ni lah baru nak menunjukkan dan menajamkan skill masakan yang ada hi3.

Hari Sabtu tu, masak takderlah meriah sangat, maklumlah banyak kerja2 lain nk dibuat, basuh, lipat baju sapu and mop lantai. So hari Sabtu tu sekadar masak, ikan percik dan sayur kobis jerk serta buah melaka color merah you, mana tidaknya, malas dah nk gi kedai cari daun pandan, kalo dok kampung leh lah tanam keliling, ni ghumah taman, tanah pun tak dak, pokok daun kari pun tanam dalam pasu jerk


Cerita Hari Ahad 15 Ogos, meriah sikit, jam 4 ptg dah mula kupas bawang dan segalanya. Cadang nak masak kurma ayam, sebab santan lum ada, so tupis dan renihkan dululah rempah kurmanya sementara tunggu hasben gi beli. Dia balik dari kedai katanya, semua kedai yang biasa pegi tu santan dan habis...............Apa ..habis, takkanlah habis...so dia kata nanti dia beli santan segera jerklah. So belilah santan KARA  yang segera. Dah masak ayam kurma campur kentang dan bawang besar tu. Waktu berbuka tu dah makan hmm ok gaks not bad dari santan segar yang biasa beli. Selain kurma ayam aku masak sambal kering ikan bilis campur terung dan petai, ayam percik dan agar-agar milo. Sebelum tu, tengah nk potong-potong agar tu, nak kasi jiran, Hakim dah beia-ia makan puas bertepis tangan ngan dier. Hasben plak offer diri nak masak mee goreng, aku tengah golek2 kepenatan dalam bilik sambil layan Hadirah dia dok menggoreng plak.

Pagi tadi pun tak terjaga, dah jam 5.00 baru bangun, mujur sempat panaskan kurma ayam dan nasi. Hasben plak request telur goreng, kejap jerk sempat laa goreng jugak. Milo aku habis disebabkan buat agar2 ptgnya, so pg tadi kikih tin milo...Hu.3.sadis tul, maklumlah pewot ni sensitif, tak leh sangat minum minuman yang berkafien nih, kang tak pasal kena lagi gastic tuh. So pagi tadi dah amik duit, petang kang kena singgah jugak Econmart beli barang kering lain dah kehabisan tuh. Pagi tadi, pun cuma sempatkan bekalkan anak2 nasi putih dan kurma ayam tu jerk beserta bubur ikan tenggiri mix kentang untuk Hadirah.


No comments: