Monday, May 9, 2011

Cerita Hari Minggu

Assalamualaikum w.b.t

Hari minggu yang sebok sangat. Cuti dua hari weekend biasalah, inilah kesempatan nak merehat2kan badankan, setelah berhempas pulas hari-hari dengan kerja-kerja seharian di samping tugas2 harian dirumah yang tidaak akan pernah selesai...

Disebabkan hari Sabtu ada pengajian untuk ibu-ibu di surau yang selalu mama pergi, tu, malam sebelum tu dah siap semua basuh/sidai/lipat baju kecuali baju-baju kerja ayah, baru direndam, pagi esok (sabtu) baru nak basuh.

Tengah hari tu (sabtu), masak kari ikan, sambal hati lembu, sup mix vege. At last takder saper pun yang makan, hakim makan nasi goreng, ayah pun jamah sikit begitu juga mama dan hanani dan hadirah. Masing-masing tak berselera sangat disebabkan 'flu' yang melanda seisi rumah, tekak memang tak berselera. Selepas selesai makan dan solat mama gerak sendirian ke surau, sementara anak-anak mama dengan ayah di rumah. Sebelum gerak, dah pesan kat ayah tolong jemur baju dia yang belum berjemur tu.

Alhamdulillah, pengajian bermula jam 2.30 petang, dan berakhir sekitar jam 4.30 petang. Ambil kesempatan kejap berborak-borak dengan kaum ibu-ibu di surau tu. Mama bali di temani 'aunty Ayu', dan hantar dia pulang ke rumahnya yang berdekatan dengan rumah kita. Sampai kat rumah dalam jam 5.00 petang, tengok kain dalam mesin, sikitpun tak berusik...hmmmm hati mmg geram sgt dah....memang tak boleh harap langsung ayah ni, kalau setakat cakap jerk. Sambil angkat jemuran pagi tadi yang dah kering mcm ikan kering dek panas terik hari tu, mama jemurlah sendiri jugak akhirnya baju-baju dalam mesin tu dan rendam pakaian lain pula.

Hari, Ahad ingat nak baring-baring lagi, ayah dah kejutkan mama, cepat bangun hari ni ada pengajian Bulanan di surau. Apalagi, terkejut bangun, jemur baju, dan sempatlah juga masak bubur serta goreng nasi tomyam (resepi baru) hi3...dan selesai semua lebih kurang jam 10.00 pagi kita semua gerak ke surau. Sampai di surau rupanya ada sarapan nasi lemak, Hakim berjaya menghabiskan sebungkus nasi lemak. Selesai pengaijian lebih kurang jam 12.30 t.hari, balik singgah SSW sebab barang basah dah hampir kehabisan. Sampai rumah, mama baring-baring melepaskan lelah...tup..tup tertidur sampai jam 3.00, itupun terkejut bangun sebab Hanani cakap, ' mama, baby berak...dah bocor', apa lagi mama dengan tangkasnya terus bangun mandikannya sekali kemudian mama mandi  dan solat. 

Hadirah dah merengek-rengek kelaparan, mujur bubur mama dah masak pagi tadi, tak sempat nak masak sup, cuma masak  scramble egg jerk dan mix dengan kicap. Berselerah sungguh tiga kali tambah begitu juga Hanani.  Sementara mama, dek ayah, dan hakim pun tak berselera makan, mama masak nasi ayam jerk petang tu, selesai masak lebih kurang jam 4.00 petang,baru masing-masing makan untuk makan tengah hari, hari tu. Tapi mama tak terus makan, selepas solat asar baru mama makan, itupun dah jam dekat 5.30 petang. Ayah makan around jam 6.00 petang sebab dia dah ketiduran. Hakim awalnya masih kekenyayangan sebab dia dah balun lagi nasi lemak 2 bungkus yang mama bawa balik dari surau tu.

Sebelah malamnya pulak, normal duty mama setiap malam ahad, menggosok baju untuk dipakai seminggu, lepas solat Isyak semua around jam 9.00 baru mula ion dan selesai lebih kurang jam 11.00 malam, masuk dalam bilik rupa-rupanya semua dah ketiduran bergelimpangan. Walau pun kepenatan, tapi mata mama masih segar bugar lagi, badan jerk yang penat, dalam ketiduran tu, macam-macam mimpi yang datang.........hu3..tapi mujur takder yang scary, cuma mimpi dilanda banjir, orang cakap, orang cakapla, bukan mama cakap, kalau mimpi banjir kita akan dapat durian runtuh. Hmm memang runtuh sungguh rupanya, pagi tadi sampai jerk kat opis, Kak Saedah, dah bayar duit hutang dia beli telekong dengan mama...Hi3..



Coretan:

No comments: