Thursday, May 26, 2011

Mengkrususkan Diri Di Pulau dan Checkup Lagi

3 hari berlalu, menyebokkan diri disebuah pulau yang tak berapa nak pulau di Port Klang ni dengan kurus Pengurusan Pejabat Yang Berkesan, kalau tak berkesan-kesan lagi tak tau laaaa..hu3.

Hari pertama, hari kedua, memang tak jemu dan tak mengantok langsung sebab Prof yang bagi lecture tu memang suka wat lawak....macam-macam joke yang dia buat kadang-kadang terpikir, boleh masuk pertandingan Raja Lawak lepas ni, prof ni, udahler nama dia pun dah cukup geli hati untuk didengari....shhhhhhh tak leh cakap...rahsiaaa...

Tapi hari ke3, mama terpaksa ke Hospital sebab ada appointment, biasalah, kalau dah ke hospitah memang sampai tengah hari lah, so after lunch around jam 2.00 ptg tu baru mama masuk semula ke kelas. Tak sangka pula, dah mama tak ada, member cakap nama mama dipanggil untuk mengulas tentang kursus yang dihadiri semalam, tapi mujurlah mama tak ada...hi3...selamattttttttttt.

Keputusan check up, Alhamdulillah, dost untuk ubat thyroid telah diturunkan dari 3 biji ke 2 biji sehari, hb pun dah naik sikit walaupun begitu masih lagi belum mencecah angka 10. InsyaAllah, mama target within a week boleh naik kot, sebab next Monday dah ada appointment lagi di klinik Port Klang juga. Pejam celik, pejam celik rupanya dah masuk minggu ke 32 sekarang, so lebih kurang 6 minggu jerklagi sekiranya ditakdirkan bersalin sekitar 38 minggu. So far, mama tak lebih dan tak kurang sangat, cuma masa pregnantkan hadirah sahaja sehingga almost cecah 40weeks. InsyaAllah, mudah-mudahan kali ni, tak lah juga terlalu awal, atau terlalu lewat sangat. 

Alhamdulillah, so far keperluan baby semua dah hampir lengkap sepenuhnya, cuma set mandian jerk yang belum mama belikan, lain-lain semua dah siap di dalam raga dan nak packing sikit lagi masukkan ke dalam beg ( for emergency case) dan barang-barang keperluan mama pun sikit sahaja lagi yang diperlukan. Lagipun Jumaat depan ( 3 Jun) nak balik Sungai Petani, manalah tahu apa-apahal kan, so better mama prepare awal awal. At least semua dah ada dalam kereta.

Coretan:






No comments: