Assalamualaikum w.b.t,
Part One
Tanggal 1st Mei setiap tahun biasalah sambutan Hari Pekerja. So mama ambil kesempatan tu balik ke Kg. Tok Mak di Segamat, lagipun ada jemputan kenduri kahwin di rumah cucu sedara Tok Ayah. Disebabkan nak packing beg semua, mama ambil half day hari Jumaat tu, ayah pun apply cuti juga sebab ada urusan dengan lawyer berkenaan pembelian rumah belum selesai. Malam tu sekitar jam 7.00 malam kita bergerak ke Segamat. Perjalanan sampai kat simpang KLIA dah 'stuck' teruk rupanya jalan dari 3 lane jadi 1 lane jerk..diorang tengah repair jalan rupanya. Sampai kat hentian Seremban, ingat nak makan dulu, ayah dah kelaparan sangat, coz dia tak makan pun tengah hari tu, sekali nak duduk, kerusi mmg 'fullhouse', at last, mama beli roti dua jerk, then ayah beli nasi lemak 4 bungkus, coz PakCik Faris pun ada ikut kita sekali, so pakatlah makan dalam kereta sahaja. Hakim berjaya menghabiskan sebungkus setengah nasi lemak yang pedas itu, sementara Hadirah makan nasi lemak mama suapkan, Hanani makan roti jerk( yang sorang ni mmg susah makan sket). Selepas solat Maghrib/Ishak kat Petronas situ kita terus gerak terus ke Segamat keluar ikut Tangkak. Sampai kat Segamat lebih kurang jam 12.30 malam.
Coretan:
No comments:
Post a Comment