Wednesday, June 8, 2011

Part 1 - Cuti Sekolah

Assalamualaikum w.b.t.

Cuti sekolah yang lalu, kita semua balik ke Sungai Petani, kerana cousin mama yang mama panggil 'Adik Zura', anak Pak Teh berkahwin. Kita bertolak dah jam 7.00 pagi dari Klang, perjalanan amatlah slow disebabkan banyak sangat kenderaan. Sampai kat hentian Rawang, beli sarapan makan kat kakilima jerk, disebabkan ramai sangat orang dan tak der tempat nak duduk. Bergerak semula dan sampai di Sungai Petani sekitar jam 2.30 petang.

Sebenarnya, mama ada juga jemputan kahwin di Yan, officemate mama tapi dah tak berkesempatan pergi, tengok keadaan ayah seorang yang memandu penat sangat. Sampai di rumah Tok Jah, ayah tidur dulu sekitar jam 4.00 kita ke jemputan kahwin berdekatan dengan rumah jer, itupun sepupu Tok Dak. Lepas makan singgah di rumah Tok Dak sebentar tengokkan Alisya, yang baru 30 hari, anak sepupu mama Adik Bob dan Fiza. Selepas ke rumah Tok Dak, kita terus ke Taman Putrijaya, rumah Tok Teh yang nak buat kenduri pada keesokkannya.....


Coretan:




No comments: