Thursday, June 16, 2011

Temujanji Minggu ke 34 +

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni sudah masuk minggu yang ke 34 minggu ++. InsyaAllah lebih kurang 30 hari sahaja lagi kita semua akan menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Mama seperti biasa, hari ni, ada temujanji dengan doktor dan sekali dengan scan. Ikutkan, doktor buat scan di sebelah petang, tapi disebabkan mama dah datang pagi-pagi ni, lagipun tak ramai orang dia buatlah sekali scan hari ni. Result jantina masih lagi tidak dapat dipastikan, mama ada tanya juga, cuma doktor mcam tak nak cakap jerk, mungkin dia dah nampak. Biasalah kalau scan kat klinik/hospital kerajaan, jarang diorang nak inform kat patient. Tak mengapalah yang penting baby kita sihat dan selamat semuanya. Perempuan ker lelaki ker mama redha, dah itu ketentuan Illahi. Kalau perempuan juga, Hakim janganlah sedihyerk, Hakim masih lagi mendominasi cucu Tok Mak yang hanya satu-satunya cucu sulung Lelaki dan tiada lain lagi buat masa ini cucu lelaki Tok Mak.

Setakat ni, baby sudah melintang di dalam perut, belum turun ke bawah betul-betul lagi, InsyaAllah, ada masa lagi untuk dia berpusing-pusing di dalam tu. Kedudukan, placenta pun ok dah naik ke atas begitu juga dengan air ketuban pun doktor cakap ok dan mencukupi. Buat masa sekarang, berat baby lebih kurang 1.9 kg baru. Tapi kebiasaannya macam Hadirah dulu, dekat-dekat nak bersalin juga, tapi berat around 1.9  jerk, tapi bila keluar dah 2.73 oklah tu tak kecil dan tak juga besar sangat. Lagipun berat masa mama mengandungkan Hadirah dan baby sekarang pun lebih kurang sama je. Tak boleh nak compare dengan Hanani, masa mama mengandungkan Hanani, berat mama mencecah hingga 75kg, itu dah nak bersalin la, mama pun gerun jugak, tapi Allah permudahkan mama bersalinkan Hanani, mama rasa dalam ketiga-tiga anak mama sebelum ni, Hananilah yang paling senang. Mungkin sebab ayah tiada disisi waktu itu (ayah masih di Arab), mama bersendirian sahaja. Hanani dah 6 bulan baru ayah balik ke Malaysia.

HB masih lagi, turun naik...kalau dua minggu lepas 9.0, hari ni dah turun ke 8.3. Memang kena pulun makan lagi laaa gayanya, padahal, timbang hari ni berat dah naik 2 kilo berbanding minggu lepas cuma 64.6, tapi minggu ni dah 66.6. Agaknya, lately, mama kerap makan nasi lemak itu yang naik sangat tu. Hu3. Lepas ni kenalah control semula, makan sayuran hijau jerk banyak-banyak, bukan risau apa, risau kalo naik lagi, kang kena minum air gula pula....Aduhai...itu lagi perit daripada kena inject inferon. Tak sanggup. Padahal mama tak ada masalah, darah tinggi mahupun kencing manis.

Lagi dua minggu mama ada temujanji lagi di klinik biasa dan juga hospital. Nanti mara check up di hospital, doktor kat Klinik Port Klang ni, suruh ingatkan doktor Hospital supaya buat scan sekali lagi, nak tengok kedudukan baby lagi bagaimana, sebab kalau ikukan lagi dua minggu kiranya baby dah masuk minggu yang ke 36. Ada sesetengah orang boleh juga bersalin time 36 minggu ni. Tapi mama InsyaAllah, harap-harap betul-betul dengan due date, 22 Julai 2011 pun tak mengapa. Janji boleh bersalin normal dan mudah-mudahan Allah permudahkanlah mama kali ini.

Coretan:


Glitter Text @ Glitterfy.com

No comments: