Monday, June 13, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Anak-Anak Mama

Assalamualakum w.b.t.

Bulan Jun adalah , bulan kelahiran anak-anak mama. Tanggal 8 Jun lalu genap umur abang Fareez Hakim yang ke 6 tahun. Balik jerk dari kerja, terus abang soal mama, mana kek, Hakim nak potong nak tiup lilin dan nak potong kek..Aduhai terharu mama dengar, padahal, mama pernah celebrated Hakim punya hari lahir masa umur setahun itupun 5 tahun lalu, lepas tu dah tak celebrated lagi.



Namun, memandangkan, dah lama tak celebrate besar-besaran mahupun kecil-kecilan, dan kebetulan minggu ni ( 16 dan 17 Jun) adalah hari lahir Hanani Fariesya dan Hadirah Farhana yang masing-masing genap 4 dan 2 tahun. Jadi Sabtu lepas kita meraikannya di rumah sepupu mama di Putrajaya. Bukannya apa, memandangkan dia dah pindah ke kuaters teres dan kebetulan belakang dengan rumah dia (straight) sliding door tempat ruang makan tu mengadap betul2 kat taman permainan. So, dah penat-penat makan, bolehlah anak-anak mama dan anak2 sepupu mama main bersama di situ.

 
Sepupu mama cuma jadi tuan rumah jerk, lain-lain mama masak. Itupun takderlah special mana, yang cepat mudah dan ringkas saja cuma masak  Laksa dan bihun goreng, buah-buahan sikit serta sebiji kek. Kiranya Laksa 3 bungkus habis jugaklah begitu jugak bihun goreng. Disebabkan kepenatan sangat, mama dah standby kain baju untuk  bermalam jerk di rumah cousin mama tu. Jemputan pun takderlah ramai sangat, cousin mama jemput kakak dia yang ada 3 orang anak, so meriah jugaklah dengan budak-budak. Sementara kawan mama yang tinggal berdekatan dengan rumah cousin mama tu pun datang bawa dua orang anak baya anak-anak mama dan seorang baby. Ajak jugak Pak Long yang tinggal kat Sepang, tapi dia dah balik Melaka kerana ada urusan.

 Antara Juadah yang terhidang....

Esoknya, cadang, nak pergi jalan-jalan kat Alamanda, tapi dapat call mengatakan mak kawan ayah Tok Cik Bedah meninggal setelah 21 hari berada di hospital. Bertolak balik ke Klang, sampai Klang pun dah tak sempat tengok lagi, kerana jenazah dah kebumikan sekitar jam 10.00 pagi.


Jom kita layan gambar anak-anak mama, bermain, makan kek dan sebagainya...

melayan kerenah anak-anak dan tetamu yang datang





Coretan:





No comments: