Tuesday, November 30, 2010

Majlis Perkahwinan Sepupu - Sebelah Perempuan

Tanggal 27 November 2010, cousin mama yang mama panggil dia 'Adik Jan' iaitu anak Pak Dak berkahwin dengan orang Bandar Tasek Selatan. Pada hari Sabtu tersebut majlis pernikahan dilangsungkan di Masjid berhampiran dengan PDRM Tasek Selatan tu, tapi kita semua agak lewat akibat  jammed sepanjang perjalanan. So sampai majlis nikah dah selesai cuma tetamu dan keluarga serta saudara mara kita, Pak Dak,Mak Dak, Awan, Tok Jah, Tok Lang, Maklang, PakJang MakJang sekeluarga dan pengantin semua sedang menjamu selera.

Selesai menjamu selera, semua keluarga dari Sungai Petani, balik ke rumah rehat yang disediakan oleh pihak pengantin perempuan tidak jauh dari kuaters PDRM tersebut. Lebih kurang jam 5.00 petang, Tok Jah, Awan( ayah mama) , MakChag(Shawani), BangChag(Faiz) dan PakSu(Danial), ikut kita semua pulang ke Klang. 



Malam tu, kita makan simple2 jerk, mama masakkan sadin, daging goreng mix bawang and kentang selain sayur kubis goreng. Awan dan Tok Jah dan tidur awal..mungkin kepenatan around 9 pm diorang masing-masing dah tidor. Sampai2 Awan makan dulu sebab dia kelaparan. Awan ni susah sikit nak makan, masaklah lauk2 sedap macam mana pun dia memang tak berselera, itupun sampai kat rumah kita, mama masakkan nasi untuk dia dan sadin saja campur cili padi sebijik2. Boleh habis 2 pot yang mama masak untuk dia dulu tu.

Malam tu akibat kepenatan, mama pun tidur awal..tapi paling-paling jam 11.30 baru nak terlelap mata.

Coretan:


No comments: