Tuesday, November 30, 2010

Majlis Persandingan

Keesokkan ( 28 November 2010) hari nya majlis bersanding di adadakan di dewan PDRM situ. Kita semua dah bertolak dari Klang around jam 12.30 hari, so budget nak sampai jam 1.30 petang. Sebab dijangkakan majlis bersanding akan berlangsung selepas azan solat Zuhur lebih kurang jam 2.00 petangla. Tup..tup masa sampai dah masing-masing bergerak nak ke padang tempat letak kereta sebelum naik ke dewan, hujan turun selebat-lebatnya.

Apalagi tunggu lar sehingga hujan berhenti sikit. Lama tak lama lar tapi dekat2 sejam jugaklah duduk dalam kereta. Dah boleh keluar sikit itupun still berpayung,  tunggu pula kedua-dua mempelai bersiap kat mana ntah tak sampai2, itupun hampir setengah jam jugaklah. Tempat majlis kawen biasalah penjual2 aiskrim ambil kesempatan lar, apalagi, anak mama, Hakim, Hanani melompat2lah nak aiskrim. Mama pun belikanlah, beli aiskrim roti. Then, your cousin   Alya pun nak jugak, so mama belikan satu untuk dia jugak. Kemudian, Haziq datang dengan Uminya, dia pun melompat-lompat jugak nakkan aiskrim tu. Dah masing-masing makan aiskrim barulah pengantin diarak dengan paluan kompang menusuk ke lubang telinga berarak ke dalam dewan.

Pengantin, berseri-seri dengan theme merah hitam bersanding di singgahsana yang dihiasi ros-ros merah dan pelamin nan indah. Memang menariklah, sayangnya mama tak ambil sekeping gambar pun dengan telephone  camera, coz itu jerk yang mama ada..hi3. Tapi lepas tu kita semua bergambar ramai-ramai bersama pengantin. Banyak jugak koleksi gambar2 pengantin dengan mama. Mama, Tokjah saja bersama pengantin, tapi dalam camera PakSu(Adik Bob) adik pengantin. Mama masih menanti dia emailkan kepada mama untuk dimasukkan ke dalam blog ini. InsyaAllah.

Coretan

No comments: